04 May 2011

Malaysia boleh !!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu diucapkan kepada semua rakan pengunjung dengan doa dan harapan agar semuanya berada dalam keadaan sihat dan bersemangat sepanjang masa.

Pagi ni cuaca di Ipoh dan kebanyakan kawasan di negeri Perak ni dilanda hujan. Namun begitu sedikit pun tak mematahkan semangat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab seharian. 


Kalau sebelum ni bandaraya Ipoh dimeriahkan dengan karnival Minggu Saham Amanah Malaysia anjuran PNB, kali ni pulak akan dimeriahkan dengan perlawanan hoki lelaki antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah kali yang ke 20.

Bagi peminat peminat sukan hoki, boleh la datang dan menyaksikan perlawanan yang akan berlansung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dari 5 Mei sehingga 15 Mei ini. Masuk adalah percuma. 

Antara pasukan yang bakal berentap ialah pasukan negara kita Malaysia, Korea Selatan, India, Australia, Pakistan, Great Britain dan New Zealand. Perlawanan pertama akan berlansung pada jam 4 petang esok dimana pasukan Pakistan akan menentang pasukan New Zealand manakala perlawanan kedua pada jam 6 petang diantara India menentang Korea Selatan dan bagi penyokong pasukan hoki Malaysia pula boleh la ramai ramai hadir pada jam 8 malam untuk meyaksikan perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Great Britain.

Perasmian juga akan berlansung pada malam esok sebelum perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Great Britain yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah sendiri. Bagi yang tak dapat nak datang ke stadium, acara perlawanan ni jugak ada disiarkan secara lansung di astro arena.


Kalau ada yang tak tau astro arena ni kat channel mana, tekan je 801 kat remote astro tu. Kesemua perlawanan akan disiarkan secara lansung ke kaca TV anda. 


Pasukan Malaysia dibawah jurulatih Tai Beng Hai menurunkan 18 pemain setelah dua pemain cedera mengalami kecederaan ketika menentang Pakistan pada perlawanan memanaskan badan semalam.


Hotel Impiana menjadi penginapan bagi pegawai dan peserta kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke 20. Hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah ni berbesar hati menaja penginapan rasmi pegawai dan peserta.



Ni la dia piala yang menjadi rebutan pasukan yang menyertai kejohanan hoki kali ni. Kalau tahun lepas ianya menjadi milik bersama pasukan India dan Korea Selatan, harapnya tahun ni akan berada dalam genggaman pasukan Malaysia pulak.



Datuk Jamaludin Al Amini Ahmad mewakili kerajaan negeri Perak menyampaikan replika cek sumbangan kepada DYMM Sultan Azlan Shah. Antara penyumbang lain yang menjayakan kojohanan kali ni adalah Astro Arena, Kuala Lumpur Kepong Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Tenby International Schools, Sapura Groups of Companies, Ngan Yin Groundnuts Factory Sdn Bhd, YNH Property Bhd, Husaida Enterprise Sdn Bhd, Ladang Perbadanan Fima Bhd dan Majlis Bandaraya Ipoh.


Jadi tunggu apa lagi, moh kita ramai ramai ke Ipoh weh. Cuma aku nasihatkan supaya sediakan payung sebelum hujan. Mane la nak tau kan tengah syok tengok perlawanan hoki tu tetiba hujan turun pulak. 


Pasukan pilihan aku ? Dengan penyertaan pasukan India dan Korea Selatan selaku juara bersama tahun lepas membuatkan aku berbelah hati nak membuat pilihan. Pasukan lain pun tak kurang hebatnya. Ok la, nanti tak patriotik pulak kalo tak pilih pasukan negara. Hehehe..jom kita laungkan Malaysia boleh !!



15 comments:

  1. Saya dlu kipas susah mati pasukan hoki Malaysia..zaman Mirnawan Nawawi..mmg tak pernah miss klau diorg ada any games..walaupun hanya mampu tgk kt TV je la..

    Now dah tak berapa kenal player2 hoki negara..huhu~

    Pape pun, all d best to them!Malaysia Boleh!!

    ReplyDelete
  2. Surie :

    sekarang ni banyak muka baru yang tak feymes sangat cam zaman geng Mirnawan tu..

    ReplyDelete
  3. bersemanagt betul En Pipoq bercerita..hehe..

    nk jerit juga la...Malaysia boleh....!! :)

    ReplyDelete
  4. salam pipoq,

    ni boleh jadi duta negori perak ni

    kak ati ni ..sukan mmg always ketinggalan :)

    ReplyDelete