03 May 2011

obama, osama dan transformers

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog ni. Diharapkan semuanya bersemangat hari ni setelah bercuti lebih kurang tiga hari sempena cuti hari pekerja tempohari. 

Semalam media seluruh dunia digemparkan dengan kematian Osama Ben Laden dalam petempuran di Pakistan. Presiden Amerika sendiri, Obama mengumumkan kejayaan tenteranya menghapuskan pemimpin Al Qaeda tu.


Ketika kita rakyat Malaysia meraikan cuti hari pekerja, tentera Amerika pulak sibuk membedil tempat persembunyian Osama. Mungkin mereka dibayar gaji tiga kali ganda kot. Bila berita kematian Osama ni diumumkan, kebanyakan rakyat Amerika berpesta bagaikan meluahkan rasa lega apabila 'musuh' utama Amerika ni berjaya dibunuh.


Aku tak la teruja sangat dengan berita ni tapi macam kelakar pun ada aku rasa. Sekian lamanya pencarian sampai berbilion dolar dihabiskan hanya untuk mencari seorang individu yang dikatakan merancang segala propaganda pengeboman dan kegiatan pengganas. 

Pulak tu, akibat kematian pemimpin Al Qaeda ni jugak memberi implikasi terhadap harga minyak. Entah apa kena mengenanya aku pun tak pasti. Tapi setelah Amerika mengumumkan kematian Osama Ben Laden ni, tiba tiba harga minyak jatuh lak. 


Mungkin dengan kematian Osama ni memberikan kelegaan terhadap Amerika dan sekutu sekutunya terutama sekali pemimpin diorang tu. Tapi bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti la. Belum tentu kematian Osama ni bakal mematahkan semangat juang pejuang Al Qaeda yang lain. 


Dan yang lebih tragik lagi apabila Amerika memutuskan untuk menyemadikan jasad Osama ni di dalam laut. Dah macam citer transformers la pulak aku rasa. Agaknya diorang dah sumbat raksa dalam jasad Osama agar tenggelam di dasar laut supaya takde siapa yang boleh nak melawat pusara dia kot. Ye la, kalo buat kuburan nanti ada pulak orang datang melawat pehtu diresapi semangat berkobar kobar nak menentang Amerika pulak.

Sebagai umat Islam, aku mengutuk tindakan Amerika tu nak menyemadikan jasad Osama di dalam laut. Apa lagi yang diorang tak puas ati tu aku pun tak tau la. Walaupun mereka tu bermusuhan, tapi sebagai manusia perlu la ada sifat berperikemanusiaan. Geram macam mana pun kena gak menghormati musuh sendiri. Ni kalo main campak campak je dalam laut ingat bangkai biawak ke apa ? 

Walaupun Osama betul bersalah mengakibatkan kematian beribu ribu orang terutamanya kafir, tapi perbuatan menghumban jasad beliau dalam laut tu adalah penghinaan terhadap Islam. Mungkin Obama terpengaruh dengan cerita transformers tu kot. Tapi tu la, nampak sangat ketakutan orang kafir ni terhadap orang Islam sampaikan dah mati pun masih lagi memberi impak yang besar terhadap diorang. 

Lepas ni siapa pulak akan diburu ? Apa pulak yang akan berlaku ? Semoga negara kita dijauhi dari bala bencana sudah la. 


10 comments:

  1. kafir ape nak diharapkan..
    sume xcerdik sebab 2 sampai nak humban kt laut...

    ReplyDelete
  2. hahahaha... smlm ms aku tgk berita ni kat kdai mkn ngan awek aku,die tunjuk tulisan kat bwh tu,harga emas,perak jatuh, WTH?ape kena mengena osama ngan bnd tu? kalau humban dlm laut,nnt terhapus la bukti tu,kalau dlm kubur,kire ada tanda la... tu sume auta je tu..
    p/s: harga minyak pasaran naik,harga minyak malaysia naek,harga minyak pasaran turun,harga minyak kat malaysia turun x?

    ReplyDelete
  3. jumpa lah bomoh.kot2 bomoh boleh tau kat mana tpt persembunyian dia kan?

    jemput terjah new entry

    1) (>.<) Sampai Hati Yu Tinggalkan Ai (>.<)

    ReplyDelete
  4. o0o..osama dan obama orang kaen2 rupenye..hehe *xtengok brite lgsong

    ReplyDelete
  5. sy rasa...berita kematian Osama ni...mcm tipu jer... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    HOMEMADE PIZZA

    ReplyDelete
  6. gue konfius juga dgn brita ni..
    rupany konspirasi..
    eheheee

    ReplyDelete
  7. osama bin laden macam tak wujud..propaganda sahaja..

    ReplyDelete
  8. konpius..konpius....mcm2 agenda diorang kan...

    ReplyDelete