02 May 2011

padi

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung blog ni. Masih lagi dalam mood bercuti ke ? Manfaatkan la cuti yang ada ni dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah. 

Bagi yang dah bersiap sedia nak kembali ke kediaman masing masing tu, berhati hati la dalam perjalanan tu nanti. Petang ni dah sah jalan akan sedikit sesak. Aku tengok kat stesen bas tadi pun dipenuhi dengan orang ramai. Mak bapak yang antar anak naik bas pulang ke asrama ada, kumpulan pelajar IPT yang menyemarakkan kesesakan pun ada gak. Hehehe..apa pun berhati hati la agar takde berlaku apa apa yang tak diingini.


Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang padi. Bukan kumpulan muzik dari Indonesia tu dan bukan jugak padi yang merujuk pada penyelam profesional tu tapi tentang padi yang diproses menjadi beras yang kemudiannya dimasak menjadi nasik yang kita makan setiap hari tu.

Macam yang pernah aku bagitau sebelum ni dalam entri yang dulu dulu, aku ni kira beruntung jugak la sebab dapat merasa tumbesaran di dalam suasana kampung yang indah permai. Dan dengan bangganya aku sendiri dapat jugak merasai pengalaman dari sebutir benih padi menjadi nasik ni.

Mungkin ada yang tak tau camne proses dari benih padi menjadi nasik ni kan ? Zaman sekarang ni kebanyakannya menggunakan mesin. Tapi apa kata hari ni kita tengok bagaimana proses menjadikan padi kepada nasik ni ketika era tahun 80-an dulu. 


Proses pertamanya ialah menyemai benih padi ni dulu. Selepas selesai musim menuai, para petani padi ni selalunya akan menyimpan benih yang terbaik untuk ditanam kemudiannya. Anak benih yang dah dipilih ni akan dimasukkan ke dalam guni sebelum direndam selama beberapa hari sebelum disemai.


Kemudian benih tu tadi akan ditabur ke atas tanah lumpur untuk dijadikan semaian. Biasanya ketika proses permulaan ni selepas benih tu tadi ditaburkan ke atas lumpur, kawasan semaian ni akan ditutup supaya tidak dimakan oleh burung pulak hinggalah anak anak padi mula bercambah baru la tutupnya yang biasa diperbuat dari pelepah kelapa dibukak.


Anak padi tu pulak kemudiannya akan dipindahkan ke dalam sawah apabila berukuran setinggi lebih kurang sejengkal agar pertumbuhannya semakin menggalak. 


Biasanya waktu ni sawah padi yang mulanya kering kontang sudah mula dimasukkan air agar proses membajak sawah dapat dilakukan. Masa era 80-an, kebanyakan petani sudah sedikit moden dan tidak lagi menggunakan kerbau untuk membajak sawah ni. Kalau tengok kat gambar di atas ni, nama mesin bajak tu Kubota. Hehehe..aku pun pernah gak bawak benda alah ni. Layan woo..


Lepas dah siap dibajak dan anak padi pun semakin matang, baru la proses penanaman dilakukan. Kalau dulu, anak anak padi ni ditanam menggunakan manual je. Satu alat yang dinamakan kuku kambing digunakan untuk memudahkan proses penanaman. 


Selesai proses penanaman, kawasan sawah akan terus dibanjiri dengan air agar pertumbuhan padi akan menjadi mudah. Waktu ni pulak, para petani akan melakukan aktiviti sampingan seperti membaja padi, membuang rumpai yang mengganggu pertumbuhan padi dan bersuka ria memancing ikan apabila tiada kerja nak dibuat.


Selepas pokok padi mencapai tahap kematangan yang diperlukan, air di sawah akan dikeringkan seterusnya proses penuaian dapat dilakukan dengan jayanya. Sabit padi akan digunakan bagi memudahkan proses penuaian. Padi yang sudah dipotong akan dikumpulkan setempat bagi memudahkan proses menceraikan biji padi dari tangkainya pulak.


Padi yang sudah dikumpulkan tu tadi kemudiannya akan dipukul bagi menceraikan biji padi dari tangkai dan jeraminya. Proses ni akan dilakukan berulang ulang sehinggalah habis semuanya diceraikan baru la biji padi tu tadi akan dimasukkan ke dalam guni seterusnya dibawa ke kilang untuk ditimbang.


Bila semua pokok padi di sawah tadi tu selesai semuanya dipotong, beberapa minggu kemudian semua jerami yang ditinggalkan tu akan dibakar. Masa ni memang berasap sepanjang hari la. Tujuan sawah padi ni dibakar adalah untuk memudahkan proses pembersihan sawah dari segala makhluk perosak samada yang jenis tanaman rumpai atau serangga perosak. Lagipun senang kalau nak membajak bila sawah padi tu dah togel kesemuanya.

Lepas abis proses membakar ni, para petani padi ni biasanya akan goyang kaki kat rumah sambil mengira hasil jualan padi untuk tahun tu. Ada yang mengambil kesempatan pergi mengerjakan haji atau umrah, ada yang mengadakan kenduri kahwin untuk anak anak dan ada jugak yang memperindahkan rumah dengan membaik pulih atau menambah binaan rumah tu. Macam nenek aku la tu. Hehehe..


Padi yang dah dihantar ke kilang tu tadi pulak kemudiannya akan diproses untuk menjadi beras pulak. Kalau dulu sebelum ada kilang, mungkin prosesnya agak lambat sikit sebab mesin pengasingan padi untuk mengeluarkan beras dari sekamnya tu bukan besar pun. Kena guna kuasa tangan lak tu. Kalau sikit boleh la tapi kalau banyak, sib baik la kerajaan bagi subsidi untuk membina kilang bagi memudahkan proses penguraian beras dari padi tu.


Padi yang sudah dibeli dari petani yang mengusahakan sawah tu tadi akan dimasukkan ke dalam mesin penguraian beras ni sebelum dimasukkan ke dalam guni untuk diagih agihkan dan dijual kepada pengedar pengedar beras pulak.


Setelah beras tu digredkan dan dimasukkan ke dalam bungkusan mengikut timbangan untuk dipasarkan, baru la kemudiannya akan dihantar ke pemborong pemborong untuk diedarkan di kedai kedai atau pasaraya yang kemudiannya akan dibeli oleh pengguna.


Dan kemudiannya dari beras yang kita beli tu pulak akan dimasak dengan berbagai jenis masakan. Ada jugak yang menjadikan beras ni tadi kepada tepung untuk dibuat adunan kuih. Ada jugak yang mempelbagaikan masakan beras ni menjadi bermacam macam nama masakan. Ada jugak yang menjadikan beras menjadi bubur. 


Jadi macam tu la lebih kurang prosesnya macam mana dari sebutir benih padi menjadi nasik. Sekarang ni segalanya dah guna mesin je. Kalau di era 80-an dulu padi ni hasilnya dituai setahun sekali, sekarang ni setahun dua kali tuai dah. Para petani pun kebanyakan dah semakin kurang aktif sebab duduk kat rumah tunggu duit hasil jualan je. 

Apa pun, gitu la camne proses padi ni. Macam dalam iklan kat TV tu la, sebutir nasik tu macam setitis peluh petani. Jadiknya hargailah apa yang kita ada tu. Bukan mudah tau nak menikmati makanan ni. Banyak individu yang terlibat. Tu sebab kita kena bersyukur kepada Allah bila dapat rezeki makan ni. Jangan membazir. Hargai usaha orang lain. 

Lambat pulak update hari ni sebab tadi siapkan kerja dulu. Semalam lambat update sebab berebut laptop dengan anak aku. Dia asyik nak suruh pasang A B C dia je. Hehehe..esok dah mula hari berkerja semula. Harap harap jangan ada yang malas malas pulak. 


4 comments:

  1. mesti ade ikan puyu kan dalam sawah?..bestnye la haii!

    ReplyDelete
  2. cik ubi :

    sekarang ni dah mengalami kepupusan..kalo dulu jangan kata ikan puyu, ikan sepat, haruan, keli, belida, semuanya ada kat sawah..

    ReplyDelete
  3. Sekarang ini cara penanaman padi sudah jauh berubah mengunakan mesin dari penyediaan tanah hingga menuai.

    Saya tidak ada pengalaman mengerjakan sawah tapi pernah tinggal dikawasan berhampiran bendang :-)

    Betulkah mas kahwin anak gadis Kedah bergantung berapa luas bendang?

    ReplyDelete
  4. Banyak jasa para petani ni kan?
    Now totally guna mesin ek? Sy xtau sgt psl hal ni..huhu~

    Dulu waktu zaman matrik kat Changlun, suka tengok bendang yang menghijau (klau sebelum musim menuai la)..tenang je =)

    ReplyDelete