14 May 2011

poligami

  14 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Alhamdulillah hari ni dah boleh kembali berblogging bagi pengguna blogger. Semalam agak mengejutkan sebab tiba tiba tanpa ada sebarang notis awal, tak boleh nak bukak pulak blogger tu.

Sehari dua ni aku tengok sedikit kecoh pasal kes artis tempatan kita yang terkenal tu kahwin untuk kali yang ke empat. Siapa lagi kalau bukan encik Salih Yaakob tu. Apa pun, tahniah aku ucapkan pada beliau.


Dah rezeki dia nak berkahwin empat, apa nak kecoh sangat ye tak ? Sebagai umat manusia, kita doakan je la agar kebahagiaan menjadi milik beliau dan pasangan pasangannya.

Apa salahnya nak kahwin sampai empat kalau mampu untuk menjadi adil serba serbi. Aku tak pernah la pulak nak terfikir nak kahwin sampai dua tiga empat tu. Satu pun cukup la. Bukan tak menyokong poligami tapi ikut kemampuan la kan. 


Teringat pulak cerita P.Ramlee yang berjudul madu tiga tu. Kahwin sebab nak lari dari masalah. Tapi tu kan hanya filem. Walaupun ada terselit sedikit pengajaran, kalau nak ikut bulat bulat macam filem ni memang tak baik woo.

Siapa ada teringin nak kahwin lebih dari satu ? Mane la nak tau kan kot ada cita cita camtu. Kalau ada yang bercita cita camtu, apa pun pastikan la diri tu memenuhi segala syarat untuk berpoligami tu. 


Duit banyak berkepuk bukan syarat utama pun. Kemampuan untuk berlaku adil tu yang penting. Adil dari segi layanan, pemberian, nafkah zahir dan batin, kasih sayang, didikan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sedangkan sekarang ni yang kahwin satu pun banyak je kita dengar tak bertahan lama. Aku pun tak tau la apesal. Bosan dengan pasangan ke ? Kalau masa bercinta dulu tak pulak pikir pasal tu nape lepas dah hidup bersama baru nak terasa jeliknya ?

Kahwin la semampu yang boleh. Kalau rasa ada kekurangan tu, mintak la tunjuk ajar dari generasi terdahulu. Pikul la amanah yang Allah bagi tu sebaik mungkin insyaAllah bahagia sepanjang masa.


14 comments:

  1. Tanniah kepad SY kena kuota 4 telah penuh. Kawan saya yang sebaya dengan saya sudah berkahwin 3 macam tidak percaya sahaja.

    ReplyDelete
  2. kawin sorg hari2 pandang bende yg sama, buat benda yg sama pasal tu la cpt bosan.. kawin 4 hari2 lain org.. kalau balik umah bini pertama bini yg lain ni mesti rindu kt suami... bile suami balik rumah isteri mesti layan baik je.. tu yg best.. kalau xbest xkn boleh sampai 4 punye.. baru sebut nk kawin lg bini dh mintk cerai..

    ReplyDelete