30 May 2011

tadau ka'amatan

  7 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Ke mana destinasi korang cuti sekolah ni ? Balik ke kampung halaman ? Melancong ke luar negara atau hanya melancong dan melawati tempat tempat menarik dalam negara je ?

Hari ni 30 Mei adalah hari cuti umum bagi penduduk di Sabah. Bukan hari ni je tapi esok pun sama gak. Cuti sempena hari pesta kaamatan. Setiap tahun pada 30 dan 31 Mei penduduk kat Sabah akan merayakan hari pesta kaamatan atau pesta menuai ni.


Apa dia pesta menuai ni ? Ramai ramai menuai padi ke ? Ok la, bagi yang tak tau lagi tu jom aku nak kongsikan sama sama pasal pesta kaamatan ni atau dalam bahasa dusunnya tadau ka'amatan.

Pesta ka'amatan ni disambut oleh kebanyakan rakyat negeri Sabah sebagai meraikan tuaian baik. Ianya dah macam perayaan tahunan la sejak dari zaman dulu lagi sampai la sekarang ni.

Pada zaman dulu, penduduk tempatan kebanyakannya mempercayai kepada semangat atau makhluk halus. Mereka mempercayai terdapatnya lima jenis makhluk halus ni yang terdiri dari kinorohingan, rusod, koududuwo, tombiruo dan rogon.

Kinorohingan ni leh kata ketua makhluk halus dan pencipta la. Rusod pulak semangat bagi semua benda hidup kecuali manusia. Koududuwo tu semangat manusia manakala tombiruo ni semangat orang yang dah mati dan rogon pulak semangat yang jahat.

Kinorohingan ni jugak dikenali sebagai bambarayon atau semangat padi yang disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi bambarayon ni dimuliakan pada pokok padi, beras dan nasi kerana ramai mempercayai tanpa adanya padi maka tiadalah kehidupan.


Bagi upacara memuja semangat kinorohingan ni ada enam peringkat dimana peringkat pertama biasanya bobohizan atau ketua pendita akan mengambil tujuh tangkai padi yang terbaik dari sawah yang subur dan kemudiannya akan menaburkan padi dari tujuh tangkai tu sebagai 'makanan' kepada semangat yang ada pada padi tu tak akan menggangu ketika proses penuaian dijalankan.

Peringkat kedua atau dinamakan sebagai kumotob pulak bobohizan tadi akan mengambil tujuh tangkai padi dari sawah yang belum dituai kemudiannya memasukkan tujuh tangkai padi tu tadi ke dalam tadang iaitu sejenis bakul untuk menyimpan padi yang akan dijadikan benih.


Pada peringkat ketiga pulak dinamakan posisip. Bobohizan tadi akan mengambil tujuh tangkai padi yang diikat bersama dan diletakkan dalam tadang tu ke pondok simpanan padi. Sementara mentera dibacakan, padi tu tadi akan dimasukkan ke dalam batang buluh. Mentera tu sebagai menyeru semangat padi tu tadi akan duduk diam dalam pondok tu sampai la dipanggil balik masa nak menanam padi akan datang.

Peringkat seterusnya iaitu upacara poihib dimana masih didalam pondok menyimpan padi tu bobohizan tadi akan menaburkan padi ke dalam tangkob sehingga penuh sebelum menyeru semangat padi tu agar menjaga keselamatan padi yang disimpan tu dari kecurian atau makhluk perosak lain.

Peringkat utamanya dinamakan upacara magavau dimana persembahan memberi 'makan' kepada bambarayon. Kalau zaman dulu biasanya upacara magavau ni diadakan ditengah sawah ketika bulan penuh selepas musim menuai. Tapi sekarang ni kebanyakan upacara magavau ni dijalankan dirumah tuan sawah je.


Peringkat yang terakhir pulak atau upacara humabot dijalankan sebagai merayakan kegembiraan dan ianya kemuncak kepada perayaan pesta ka'amatan ni. Berbagai sambutan diadakan seperti tarian tradisional, makan makan dan apa apa je la yang menggembirakan. Acara yang terpenting sekali adalah pemilihan Unduk Ngadau. Unduk Ngadau ni ala ala ratu cantik la jugak. Tapi sempena pesta ka'amatan ni je. Ianya simbolik kepada Huminodun, anak perempuan kepada Kinorohingan yang mengorbankan dirinya. 

Tapi tak semua sama sambutannya ni. Kadang kadang tu setiap daerah lain lain upacaranya. Cuma motifnya je yang sama iaitu sebagai menghargai semangat padi tu yang menjadikan tanaman diorang subur.

Cuma sekarang ni upacara memuja semangat padi ni kebanyakannya diadakan sebagai satu adat je la. Sempena merayakan pesta ka'amatan dan memelihara tradisi kaum tempatan. 

Kalau pergi ke Sabah masa pesta ka'amatan ni bila bertemu dengan penduduk tempatan, jangan lupa ucapkan "kotobian tadau tagayo do ka'amatan" atau maksudnya "selamat hari menuai". 

Tu je la perkongsian untuk hari ni. Kalau ada tersalah silap tu, harap boleh diperbetulkan. Mane la nak tau kan kot ada rakan rakan pengunjung yang dari Sabah yang lebih arif pasal ka'amatan ni. Aku ni menantu orang Sabah je ba. 


7 comments:

  1. gitu cite sebenarnya ...

    berapa kali setahun balik sabah?

    ReplyDelete
  2. oh...mcm tu yer,,,

    panjang juga yer nak sebut...Selamat Hari Menuai tu...

    mmg di sambut seluruh penduduk Sabah ye...

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    1H 4W

    ReplyDelete
  3. Ati Masrif :

    asalnya macam tu la..

    jarang gak balik sabah..kalo ada cuti panjang sikit je baru balik sana..

    ReplyDelete
  4. nabilah_2908 :

    begitu la..memang seluruh rakyat sabah kebanyakan merayakan pesta ka'amatan ni..

    ReplyDelete