22 May 2011

takziah

  7 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat semua rakan rakan pengunjung. Semalam takde entri baru dikemaskini atas sebab talian internet yang sedikit bermasalah. Ni yang rasa macam nak bertukar perkhidmatan pulak. Dengar kata unifi dari TM tu lebih memberansangkan. 

Hari ni aku bercadang untuk menangguhkan seketika entri tentang ulasan filem yang menjadi pilihan setiap minggu. InsyaAllah minggu hadapan aku akan teruskan seperti biasa dimana setiap hari ahad adalah entri ulasan filem pilihan.

Seperti yang kita maklum, dalam beberapa hari ni banyak kita dengar berkenaan pemergian individu individu yang kita kenal dan yang kita hanya dengar di media. Jika melalui media je, hampir setiap hari kita akan mendengar berita tentang kematian. Samada kemalangan, kes bunuh, sakit dan macam macam lagi.

Malah semalam sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa akibat tertimbus tanah runtuh. Sehingga awal pagi tadi, pihak berwajib berjaya menemui kesemua mangsa yang terdiri dari remaja berusia 11 hingga 14 tahun.

Memang menyayat hati dan perasaan apabila mendengar ataupun berhadapan dengan berita yang melibatkan kehilangan nyawa ni lebih lebih lagi jika ianya melibatkan ahli keluarga atau sanak saudara kita sendiri.

Hakikatnya begitulah kehidupan kita di dunia ni. Setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi kematian kerana itulah janji yang telah termateri sejak azali antara kita dengan Pencipta kita. 

Dalam setiap kesedihan meratapi pemergian insan tersayang, disebalik tu jugak mungkin ada kegembiraan menerima kehadiran insan baru dalam ahli keluarga. Segalanya telah dirancang dengan sebegitu rapi oleh Allah Taala. 

Apa pun, takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga yang kehilangan insan insan tersayang. Bersamalah kita mendoakan semoga pemergian mereka akan menguatkan lagi keimanan kita dan kita doakanlah semoga roh mereka yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita agar dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan hamba hamba Nya yang diredhoi.


7 comments: