30 June 2011

segera

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat rakan rakan pengunjung sekalian. Masa aku menaip entri ni, mata aku sedang fokus pada dua skrin. Sebelah mata pandang skrin laptop sambil jari menaip entri, sebelah lagi pandang kaca TV layan Grey's Anatomy kat StarWorld. 


Dunia sekarang ni semuanya semakin laju. Cuma talian jalur lebar aku ni je yang tak berapa nak laju. Hehehe..Apa pun perkaranya semua nak cepat. Ye la, masa tu kan ibarat emas. Macam apa yang aku buat ni pun lebih kurang la. Sambil menaip entri sambil menonton TV. 


Bila cakap pasal laju, cepat dan apa apa yang semaksud dengannya ni, teringat pulak sampaikan makanan pun terlibat sama. Malah dari zaman dulu lagi pun dah wujud makanan yang tak memerlukan masa yang lama untuk dinikmati.


Siapa yang tak suka makanan segera ? Ayam goreng segera, burger segera, karipap segera, mee segera dan macam macam lagi yang segera. Sedap tu memang la sedap. Senang lak tu tak payah nak tunggu lama macam memasak. Tambah lak kalo aku yang memasak. 


Wifey aku cakap kalo aku masuk dapur nak siapkan hidangan memang lama. Tapi yang penting sedap dan menyelerakan. Sebelum makanan tu dinikmati, proses memasak tu pun kena jugak dinikmati sama tul tak ?


Berbalik pada makanan segera tu, walaupun sedap, pantas dan menyelerakan tapi dalam kebaikan yang ada pada makanan segera tu ada jugak keburukannya. 


Mungkin kita jarang jarang nak periksa segala kandungan yang ada dalam bahan bahan penyediaan makanan segera tu. Apa yang ada pada bungkusan produk tu pun hanya kandungan nutrisi yang pada tafsiran minda kita ianya agak menyihatkan.


Apa yang kita fikirkan cuma mudah, murah dan segera. Tak payah nak susah susah tunggu lama untuk disumbatkan dalam perut. Seluk poket keluarkan duit dan masukkan makanan dalam perut. Kesan jangka masa panjang tu abaikan je.


Bukan la nak menafikan pulak. Memang la bagus dengan adanya kemudahan camtu tapi kesimpulannya biarlah terhad dan terkawal. Sekali sekala tu mungkin la tak mengapa sekadar melepaskan gian kepada makanan segera ni. Tapi kalau selalu sangat, jangan menyesal pulak dikemudian hari.


Dan yang lebih penting lagi dalam dunia yang serba segera ni, amal ibadat tu lebih utama kalau nak disegerakan. Kalau mee segera 2 minit tu pun kita sanggup abadikan dalam kehidupan, takkan solat segera bila masuk waktunya tu dan bila dilaksanakan mungkin hanya mengambil masa 2 minit jugak tu pun liat nak abadikan dalam hidup. 


29 June 2011

wordless wednesday - israa'

  6 Komen    
label: ,

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al Harram (di Mekah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui".




Al Quran, surah 17 Al-Israa', ayat 1, juzuk 15, mukasurat 286.

28 June 2011

kuala kangsar (siri 2)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Hujung bulan camni semuanya senyum sampai ke telinga ye. Maklum la bagi yang berkerja tu gaji dah masuk. Kalau yang belajor tu pulak mak ayah pun dah masukkan duit belanja dalam akaun. Jangan berjoli sakan pulak. Beli ikut keperluan je bila berbelanja tu. 


Macam biasa setiap hari selasa ni entri zoom Malaysia. Kalau minggu lepas kita dah kenal sikit sikit pasal Kuala Kangsar dan asal usulnya, hari ni pulak jom kita terjah apa yang menarik sangat dengan Bandar Di Raja ni.

Dengan keluasan 79.1 batu persegi, daerah Kuala Kangsar ni terbahagi kepada sembilan mukim yang terdiri dari Mukim Chegar Galah, Mukim Sayong, Mukim Lubok Merbau, Mukim Kota Lama Kiri, Mukim Senggang, Mukim Kota Lama Kanan, Mukim Kampung Buaia, Mukim Pulau Kemiri dan Mukim Sungai Siput.


Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati sebenarnya kat Kuala Kangsar ni. Bersesuaian dengan nama Bandar Di Raja tu, bila dah sampai kat bandar Kuala Kangsar ni tak lengkap rasanya kalau tak mengunjungi Istana Iskandariah di Bukit Chandan. 


Mengambil nama sempena nama Sultan Iskandar Shah (1918-1938) yang bertanggungjawab atas pembinaan istana tempat bersemayamnya raja raja pemerintah yang ditabalkan sebagai Sultan Perak semenjak siap pembinaannya pada tahun 1933.

Kedudukan tapak Istana Iskandariah ni yang terletak di tebing kiri mudik Sungai Perak di atas Bukit Chandan ni adalah bersamaan dengan tapak asal istana negara yang dibina oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I yang dibina pada tahun 1895.


Pada tahun 1984, Istana Iskandariah ni telah diperbesarkan lagi dengan penambahan dibahagian belakang istana bagi menempatkan balairong seri, dewan santapan baru dan ruang letak kereta raja raja. Bagi maklumat lanjut mengenai Istana Iskandariah, boleh la klik kat sini.

Selain dari Istana Iskandariah, tempat menarik yang boleh juga dilawati ketika berada di Bukit Chandan ni adalah Masjid Ubudiah yang terletak tak jauh dari Istana Iskandariah ni.


Masjid bersejarah ni bermula pembinaannya dengan peletakan batu asasnya oleh baginda Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I pada hari jumaat, 26 September 1913 setelah baginda bernazar sekiranya kesihatan baginda pulih selepas berehat dalam rawatan di Port Dickson.

Namun begitu, pembinaan masjid ni tertangguh agak lama kerana cetusan perang dunia pertama di Eropah telah melambatkan penghantaran batu marmar yang diimport dari Itali bagi menggantikan batu marmar yang musnah diamuk oleh gajah kepunyaan baginda Sultan dan Raja (sir) Chulan dalam satu kejadian yang bersejarah. 


Masjid Ubudiah ni siap disempurnakan dan dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917 setelah baginda menggantikan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I yang mangkat pada tahun 1916.

Tu baru dua tempat menarik untuk dilawati bila sampai kat bandar Kuala Kangsar ni. Kalau nak tau tempat lain yang ada lagi, insyaAllah nantikan siri akan datang dihari yang sama. Jom kita zoom Malaysia.


27 June 2011

umpat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Sambil pekena neslo air yang menyegarkan tekak yang gatal gatal di pagi yang sedikit keredupan ni sempat jugak la aku jenguk jenguk blog orang lain. Ada yang sempat aku tinggalkan kata kata dan ada yang cuma aku singgah membaca je. 


Mungkin ada jugak yang tak berkesempatan lagi untuk aku jenguk jenguk tapi tak bermakna pulak aku mengabaikan. InsyaAllah bila ada kesempatan pasti akan aku singgah jugak. Kalau nak terjah semua sekali setiap hari mau tak jalan pulak pasaran saham papan utama BSKL tu. 


Hari ni aku nak berkongsi pasal umpat. Tak boleh dimakan atau dipakai pun umpat ni. Pengertian umpat ni dalam penjelasan Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin jilid ke 3 ada berbagai jenis. 


Menurutnya kita ni terlibat dalam mengumpat bila kita memperkatakan tentang seseorang pasal tubuhnya, keturunannya, kelakuannya, perbuatannya yang bersangkutan dengan agama, perbuatannya yang bersangkutan dengan duniawi dan pakaiannya.


Umpatan ni pulak terjadi bila seseorang bercerita dengan seseorang yang lain berkenaan seseorang yang lain pula. Andainya apa yang diceritakan tu perkara yang baik baik, maka terhindar la dari dosa mengumpat tapi jika apa yang diceritakan tu perkara yang menjelikkan, semoga kita terhindar dari perbuatan zalim camni.


Siapa saja pun boleh terlibat dalam perkara umpat ni. Nak jadi pengumpat boleh. Nak jadi pendengar umpatan boleh. Nak jadi mangsa umpatan pun boleh. Mungkin ahli keluarga kita. Mungkin rakan rakan kita. Mungkin jiran jiran kita. Semuanya berpotensi untuk terlibat sama.


Tambahan pulak dalam dunia serba lebar macam sekarang ni. Kalau zaman dulu nak bawak cerita pasal orang lain mungkin tahap kesebarannya sedikit terhad. Berbanding zaman sekarang ni, segalanya hanya dihujung jari je. 



Memberi contoh kalau la aku ceritakan pasal kambing jantan peliharaan aku tu yang tak tau malu. Sudah la telurnya besar sebelah, seluar dalam tak pernah nak pakai. Tapi ada hati nak mengurat kambing betina dara Pak Abu kampung seberang.


Cukup hanya dengan beberapa perkataan camtu pun dah boleh menjadi buah cerita seluruh dunia. Sampaikan individu yang kita tak kenal, tak pernah kenal dan tak lansung mengenali pun boleh memanjangkan cerita umpatan pasal kambing tu.

Kadang kadang dalam tak sedar kita terumpat pasal seseorang kepada orang lain. Ada yang bercerita tentang ahli keluarga sendiri. Ada yang bercerita tentang pasangan hidup sendiri. Ada yang bercerita tentang kawan, rakan dan sahabat sendiri. Dalam tak sedar kadang kadang tu kita menceritakan keburukan mereka lalu dalam tak sedar jugak keburukan tu akan tersebar luas tanpa kita maksudkan.


Jadi berhati hati la dalam urusan seharian tu. Berhati hati dengan apa yang diperkatakan. Jauhi diri dari sifat tercela ni. Andai terdengar, cepat cepat la pekakkan telinga seperti mana firman Allah dalam surah yang ke 20, Al-Qashash ayat ke 55 dari juzuk ke 20 dimukasurat 392 yang bermaksud,
"Dan apabila mereka (orang orang beriman) mendengar perkataan yang sia sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata : "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu, selamat tinggallah kamu, kami tidak ingin berdamping dengan orang orang yang jahil".

25 June 2011

astro

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Apa kabor hari ni ? Ada sihat ke ? Kalau sihat tu, bersyukur la banyak banyak. Kalau tak sihat tu, bersyukur la jugak sebab sekurang kurangnya ada jugak kasih sayang Allah tu nak bagi kat kita. Baru baru ni masa melayari MyNewsHub kat facebook, ada berita tentang astro nak menaikkan harga pakej. Sebagai salah seorang pelanggan astro, berita camtu sedikit sebanyak memberi impak jugak kat aku. 


Bukan la nak kata tak reti nak baca terma dan syarat yang diorang bagi masa mula mendaftar dulu tu. Tapi sebagai pelanggan yang melanggan, bak kata pepatah inggeris "customer always right" tul tak ? Lambat bayar sikit diorang potong. Nak sambung balik macam tak masuk akal je bayarannya. Servis tak la mantop sangat. Hujan sikit dah takde siaran. Rancangan yang ditayangkan entah berapa juta kali dah dipusing pusing ulang tayang. Kebelakangan ni pulak aku tengok iklan semakin menjadi jadi banyaknya ditayangkan. Dah miskin ke astro ni ?  


Aku ni kadang kadang rajin jugak nak menyemakkan pita rakaman panggilan telefon diorang tu yang kononnya untuk tujuan latihan. Selalu jugak aku bertanyakan soalan soalan cepumas kat operator yang menjawab tu. Selalunya aku telefon tu untuk kutuk kutuk sikit la pasal servis yang diorang bagi tu. Dan kebanyakannya soalan sinis yang aku ajukan.


Ada sekali tu aku bercadang nak bertukar pakej. Nak buang beberapa pakej terdahulu dan menukar dengan pakej yang lain. Sebenarnya pernah dua kali aku menukar pakej ni. Pertama kali tu aku nak menghentikan langganan Astro Box Office sebab dari sepuluh tayangan yang ditawarkan tak sampai lima pun yang aku berminat untuk tonton dan menambah pakej movie sebagai galang gantinya. Untuk tu aku dikenakan bayaran tambahan bagi pembatalan pakej sebanyak RM10 yang dimasukkan dalam bil. 


Kali kedua pulak aku menambahkan pakej kartun untuk hiburan anak aku. Hairannya tiada sebarang bayaran tambahan penambahan pakej kecuali bayaran untuk langganan pakej tu je akan dimasukkan dalam bil. Lalu aku pun bertanyakan kenapa aku tak dikenakan bayaran tambahan macam yang sebelum tu. Jawab operator tu hanya bila nak mengurangkan pakej je akan dikenakan bayaran tambahan tu, kalau tambah pakej tak dikenakan bayaran apa pun kecuali bayaran mengikut pakej tu je. Bila aku tanyakan pada operator yang melayan aku tu adakah bayaran tambahan untuk pembatalan pakej tu ibarat satu denda kepada pelanggan yang ingkar meneruskan langganan, lansung tak terjawab dengan jawapan yang memuaskan hati persoalan aku tu. Lawak tul.


Tu belum lagi berhadapan dengan perayu perayu pakej astro jalanan. Diorang punya ayat punya la tahap menghasut. Kononnya begitu begini kalau melanggan perkhidmatan diorang tu. Terbaru pulak ada yang sanggup mempromosikan perkhidmatan astro biyon dengan berjalan kaki dari rumah ke rumah yang dikesan melanggan astro dengan berpandukan piring penerima gelombang satelit yang terpacak kat atas bumbung rumah tu. Antaranya rumah aku la tu. Dengan eksyennya wakil perayu perkhidmatan tu menjelaskan kat aku kenapa aku harus bertukar kepada astro biyon menggantikan langganan perkhidmatan astro lama tu.


Macam macam cuba dihasutnya kat aku masa tu yang hanya berkain pelikat dan berbaju t-shirt. Katanya gambar lebih jelas sebab perkhidmatan tu menyediakan gambar berdefinasi tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang lama. Aku bagitau perayu tu, aku tidak mempunyai televisyen yang menayangkan definasi tinggi untuk membolehkan aku menikmati perkhidmatan tu. Perayu tu terdiam seketika. Tanpa berputus asa, perayu tu menghasut lagi.


Kali ni katanya televisyen apa pun tak menjadi masalah sebab lambat laun aku pasti akan membeli televisyen yang baru jugak satu hari nanti. Aku mengiyakan malah menceritakan hasrat aku untuk memiliki sebuah televisyen LED 50" bagi menggantikan televisyen lama aku tu dengan egonya. Tersengih seakan kerang busuk perayu tu sambil menambah hasutan jika aku menukar kepada biyon walaupun sekarang ni menggunakan televisyen lama, mutu siaran juga akan menjadi lebih baik kerana tahap penerimaan gelombang dari sistem biyon tu lebih baik dari yang lama. Sepontan aku bertanyakan apa akan berlaku jika hujan lebat mencurahi bumi ? Jawabnya itu masalah yang tidak dapat untuk dielakkan oleh semua pelanggan. Ceh..


Abis tu camne ni ? Takde ke taikun taikun yang berhasrat nak menyaingi astro ni dengan menawarkan pakej yang lebih munasabah ? Banyak dah suara rakyat berbunyi pasal perkhidmatan yang sebegini rupa. Mana pergi slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' tu ? Adakah maksud slogan tu rakyat yang terpaksa lebih dahulu menanggung segala kesusahan dan kepayahan akibat penindasan kuasa kuasa besar yang ada dalam negara kita ni ? Adakah pencapaian mereka untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan tu lebih diutamakan dari memenuhi keperluan dan keinginan rakyat ? 


Kalau naik jugak harga bayaran pakej tu camne ? Nak berkumpul ramai ramai buat perhimpunan haram ke ? Atau ramai ramai pegi baling cat merah kat ibu pejabat astro tu ? Atau nak tak nak, pejam mata tutup mulut tutup telinga je sebagai jalan terakhir ? Apa pulak kata minda korang ?