06 June 2011

carambola

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan yang mengunjungi blog aku ni. Seronoknya bila cuti kerja ni. Walaupun seminggu pun jadi la. Dapat jugak nak meluangkan lebih masa dengan anak aku yang semakin 'gandad' bak kata wifey aku dalam bahasa Dusun.

Nampak tajuk entri hari ni ? Sebut betul betul tau. Bukan Karam Walia Singh main bola tapi carambola atau nama penuhnya averrhoa carambola atau dalam nama yang lebih mudah nak mengenalinya tu belimbing. 


Bukannya pekan Belimbing kat Pahang atau Kampung Belimbing kat Kuala Selangor tempat orang tengok kunang kunang tu tapi buah belimbing yang enak dimakan atau dibuat air jus belimbing. Buah belimbing ni kaya dengan anti-oksidan dan vitamin A. Selain tu jugak buah belimbing ni mempunyai vitamin B (thiamine, riboflavin), mineral kalsium dan zat besi.


Kat negara kita ni boleh kata kat mana mana pun ada buah belimbing ni. Tak kira la samada dijual di pasaraya atau di gerai buah tepi jalan atau ditanam sendiri kat tepi atau belakang rumah.


Antara khasiat belimbing ni, ianya boleh bertindak untuk menurunkan paras darah tinggi. Buah belimbing ni dapat melawan kesan pemakanan makanan terproses yang menyumbangkan kepada kenaikan tekanan darah tinggi. Ia jugak mempunyai sifat sifat antibakteria seperti staphylococcus penyebab beberapa penyakit seperti penghadaman dan masalah kulit.


Tapi jangan tak tau, buah belimbing ni jugak sebenarnya boleh menyebabkan kematian. Kadar asid oxalic yang tinggi dalam buah belimbing ni sangat membahayakan pesakit buah pinggang atau sesiapa je yang mempunyai buah pinggang yang lemah.


Antara tanda tanda kesan sampingan bahaya buah belimbing ni, korang akan mengalami sedu atau dalam bahasa omputihnya hiccups, muntah, sukar tidur, loya, menggigil dalam masa beberapa jam selepas memakan atau meminum jus belimbing, maka cepat cepat la dapatkan rawatan doktor.


Kalau memang mempunyai masalah buah pinggang, jangan cuba cuba nak membahayakan diri pulak. Walaupun sikit tapi buah belimbing ni memang tersangat la bahaya bagi pesakit buah pinggang. 

21 comments:

  1. aku tak suka belimbing buluh..sbb masam gila..

    belimbing yg besar2 tu aku suka la. sedap..haha

    ReplyDelete
  2. ayah sy cukup suka jus belimbing...

    tiap hujung minggu..kalau pergi pasar..sure dia akan beli belimbing...lepas tu suh sy blender..huhu..

    alhamdulillah la..setakat ni ayah sy tkde pun mual bagai...rasanya dia tkde masalah buah pinggang... :)

    ReplyDelete
  3. ohh yeke..bahaya ni.thanks share info

    ReplyDelete
  4. laaa yeker..
    xnak la makan belimbing dah pasni....

    ReplyDelete
  5. masa kecik dulu ada pokok belimbing
    tepi rumah..selalu kerjakan saje

    lani susah nk jumpa dah

    selamat bercuti pipoq :)

    ReplyDelete
  6. thanks....informasi cukup lengkap baik/buruk belimbing

    ReplyDelete
  7. This is a very good article material and it is very useful for us all. thank you . cara menggugurkan kandungan

    ReplyDelete
  8. By taking cara menggugurkan hamil the time to read a lot of information like this to add my insight . cara menggugurkan kandungan dengan garam

    ReplyDelete
  9. Ce sac cartable Michael Kors est si universel qu'il pourrait plaire à tout le monde. Dans cet article, je vais essayer de passer en revue les caractéristiques principales et les éléments qui distinguent ce sac à main des autres.

    tags:Bolsos Michael Kors Rebajas,Bolsos Michael Kors Baratos,Bolsos Michael Kors El Corte Ingles

    L’extérieur de ce fourre-tout Michael Kors est un cuir métallisé de laiton froncé et froncé. Si vous connaissez les sacs à main Michael Kors, vous savez que ce cuir sera doux et souple. Les deux grandes poignées supérieures sont attachées au sac avec quelques centimètres de chaînes dorées, puis les moitiés supérieures des bretelles présentent le même cuir couleur laiton.

    tags:Bolsos Michael Kors Baratos,Michael Kors Örhängen

    La diversité des couleurs et la taille utilisable de ce sac le rendent parfait pour un usage quotidien. Les poches intérieures ne manquent pas pour aider à garder les choses en ordre. Il y a des endroits parfaits pour votre téléphone ou votre Blackberry. Le zip top empêche les malfaiteurs de saisir votre sac dans un bar et aide également à contenir tout ce qui se trouve à l'intérieur lorsque vous courez pour créer ce train.

    tags:Windguru Longchamps,Longchamp Soldes Destockage,Pronote College Longchamp

    ReplyDelete
  10. Michael Kors Outlet Online was a huge success there and became very well known. The designer Kors then branched out into accessories including Michael Kors Handbags Clearance. He never lost focus on his American chic styling. Some of his most notable collections include the Michael Kors Totes, Michael Kors satchel and the Designer MK Outlet and Michael Kors Outlet Online Store.

    No one has to know that they are cheap Ray Ban Sale UK and no one will know unless you tell them. Each of the cheap designer Ray Ban Sunglasses Sale UK carries the signature brand on the lens to let you know that you do have authentic designer Cheap Ray Ban Sunglasses UK.

    tags: Cheap Oakley Sunglasses UK,MK Outlet

    ReplyDelete