23 June 2011

gelar

  9 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Hari ni bersamaan 21 Rejab tinggal sembilan hari je lagi nak masuk bulan Sya'ban. Tak lama lagi pulak dah masuk bulan Ramadhan. Hutang puasa tahun lepas dah habis bayar ke belum ? Kalau ada yang belum tu, cepat cepat la tunaikan. 


Kalau yang tahun lepas rasa 'terseksa' sangat nak berpuasa bulan Ramadhan tu, cuba cuba la penuhkan puasa wajib bulan Ramadhan tahun ni. Bukan susah pun kalau setakat nak menahan lapar dan dahaga dalam 14 jam sehari. Sebelas bulan asyik makan minum je sampai buncit perut takkan sebulan tak leh nak makan siang tak sanggup lak ?


Entri hari ni bukan nak kongsi pasal puasa. Tajuk puasa nanti la tunggu nak masuk Ramadhan kang. Hari ni aku nak berkongsi sikit pasal gelar menggelar. Perkara pasal gelaran ni bukan cerita baru pun. Dari zaman dulu pun manusia dah gunakan gelaran ni sebagai ganti nama. Malah gelaran jugak digunakan oleh Allah untuk para nabi dan rasul utusan Nya.


Tak kira bangsa, negara ataupun dari rumpun mana sekalipun, ada je gelaran yang diberikan. Gelaran ni pulak banyak kategorinya. Ada gelaran nak menunjukkan kekuasaan, kehebatan, kekejaman, kelebihan, kecacatan dan macam macam la lagi tujuannya. 


Masa aku masuk belajar kat sekolah dulu pun banyak betul dengar gelaran ni dan aku pun tak terkecuali dapat gelaran yang diberikan oleh kawan kawan sekolah tu. Kadang kadang tu siap boleh tukar tukar gelaran setiap tahun. Ada yang dibagi gelaran mengikut fizikal. Ada yang dibagi gelaran selepas pengubahsuaian nama sebenar. Ada yang kureng sikit dibagi gelaran sebab nama bapaknya ala ala bahan lawak jenaka.

Kadang kadang dari sesuatu peristiwa pun boleh jugak jadi bermulanya gelaran ni. Biasanya bila terjadi peristiwa yang melucukan la. Kesiannya kalau gelaran tu terus melekat sebagai nama glamer. Bila sebut nama asal lansung orang tak kenal. Tapi bila sebut je gelaran dia tu, terus je kenal. 

Apa pun gelaran yang diberi atau diterima tu biar la yang baik baik. Tak salah kalau nak bagi gelaran kalau gelaran tu baik maksudnya. Yang salah kalau gelaran tu bertujuan menjatuhkan aib, menghina atau mengejek kekurangan orang yang digelar tu. 


Dalam Al Quran mukasurat 516, surah ke 49 Al Hujuraat juzuk yang ke 26 pada ayat ke 11, Allah berfirman yang maksudnya, 
"Wahai orang orang yang beriman ! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (dari perbuatan fasiknya) maka merekalah orang orang yang zalim."

9 comments:

  1. sy suka beri gelaran pada org...huhu...

    tp di kalangan kawan2 je la yg tau..bila kita bercerita ke apa..kita tak sebut nama..cuma gelaran...so org tak tau la siapa yg kita maksudkan...

    tp tu dulu la..zmn2 nakal...nama cikgu bertukar...nama lecturer..apa tah lagi nama warden yg garang..huhuhu.... :)

    ReplyDelete
  2. asenye majoriti org msti ade je kn nme glarn yg plik2.. hehe mcm kwn sy, ade yg di pggil suis sbb tahi lalat, seterika pon ade sbb dahi berkerut, gelarn mata on ade sbb mata besar, sumpit la, org jungle la. mcm2.. lemah pon ade sbb kurus n ljn slow. hehe. sumernye jd happening ble borak n saling bergurau kne mngene. hehe

    ReplyDelete
  3. pssssst:dia ni pun suke nak bagi nama gelaran masa skola2 dlu..skang pun ade gak..sssshh..jgn bagitau dia..hehe

    ReplyDelete
  4. tak sabar sebenarnya nak tunggu puasa

    nak kurus!

    >.<

    ReplyDelete
  5. nabilah_2908 :

    hehehe..masa dok asrama dulu memang tiap warden ada nama gelaran masing masing..sampaikan makcik kantin pun ada gelaran woo..

    ReplyDelete
  6. JaRyiE jEmArYiE kOo :

    mau tak happening kalo nama tu lawak giler..

    ReplyDelete
  7. wifey :

    eh..mama pun ada jugak kan ? hehehehe..

    ReplyDelete
  8. mr.syazwan :

    long time no see mr. syazwan..

    apa kata mula puasa start dari bulan Sya'ban nanti..baru la superb..

    ReplyDelete