20 June 2011

hepatitis

  1 komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Aku doakan semoga semua berada dalam keadaan sihat dan ceria ceria selalu. Banyak masalah ? Jangan khuatir jangan susah hati. Itu tandanya kita ni masih hidup kat bumi yang nyata. 

Korang tau tak bermula dari 16 sampai la 30 Julai ni nanti akan berlansungnya kempen hari hepatitis sedunia. Kat negara kita je sebanyak 20 buah hospital akan berkempen bersama dalam kempen hari hepatitis sedunia ni.



Hepatitis ni maksudnya penyakit keradangan hati. Bukan sakit hati cam kalau kena pedajal ngan kawan tu tapi penyakit yang disebabkan oleh virus, bahan kimia, ubatan hinggalah alkohol.



Virus hepatitis ni pulak bukan sikit jenis. Ada virus A, B, C, D dan E. Biasanya virus hepatitis A ngan E ni menjangkiti melalui pencemaran air minuman dan makanan. Sama ada air minuman tu tak bersih atau makanan yang tidak dibasuh bersih, tak cukup masak atau dijangkiti oleh pengendali makanan yang membawa virus hepatitis. 



Virus hepatitis B pulak yang selalu kita dengar. Virus ni kerjanya menggangu sistem hati sampai hati menjadi tak mampu nak berkerja dengan betul. Bahaya virus hepatitis B ni kalau lambat dirawat boleh mengakibatkan kematian. Virus ni boleh dijangkiti melalui pindahan darah, jangkitan melalui ibu mengandung kepada anak yang dikandung, penggunaan jarum suntikan, alat tindik, jarum akupuntur atau apa saja peralatan yang tercemar dengan virus hepatitis ni la. Begitu jugak dengan virus hepatitis C. 



Virus hepatitis D pulak biasanya menjangkiti pesakit yang mempunyai jangkitan virus hepatitis B. Gabungan keduanya la yang boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Antara tanda tanda seseorang tu dijangkiti dengan virus hepatitis ni ialah demam yang teruk, air kencing berwarna gelap, kulit dan kawasan mata putih menjadi kuning, hilang selera makan, perut membuncit keras, badan menjadi lesu dan muntah muntah.



Cara cara pencegahan pulak paling mudah sekali dengan mendapatkan pemeriksaan lanjut di pusat perubatan. Selain tu sentiasa pastikan tahap kebersihan dalam pengambilan makanan dan minuman, pastikan segala peralatan diseterilkan dengan sempurna, banyakkan minum air kosong, dapatkan vaksinasi, jangan minum alkohol, kurangkan garam dalam masakan dan sentiasa berwaspada dengan tahap kesihatan diri.

Dengan segala pemeriksaan dan pencegahan awal ni insyaAllah andai kita dijangkiti maka rawatan awal tu dapat membantu. Dan bersempena kempen hari hepatitis sedunia yang akan berlansung mulai 16 hingga 30 Julai ni nanti, cuba cuba la dapatkan pemeriksaan yang diadakan secara percuma tu. Mana la tau kot kot hepatitis ni ada bersarang dalam tubuh badan kita. 




1 comment:

  1. Today Michael Kors Handbags outlet continue to be one of the world's best sellers in the handbags market and with the new Michael Kors Handbags Sale Clearance released in 2018 there seems no end to the company's rise to the top.
    Source: Homepage
    If you consider the sheer volume of new Michael Kors Handbags Outlet Clearance launched every year there are only a handful of bags that attain iconic status and the Michael Kors Handbags Outlet Clearance falls into that category.
    Source: Facebook.com

    ReplyDelete