14 June 2011

ipoh (siri 4)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Kalau semalam hari pertama bermula kembali kerja diiringi dengan cuaca yang sedikit panas, pagi ni pulak langit kat Ipoh agak mendung dan berjerebu. Ramai sangat yang bakor sampah secara terbuka kot kat Malaysia ni. Cintailah alam sekitar kita ni untuk generasi masa depan. Kesian kat diorang nanti dapat bumi yang tercemar je.

Hari ni aku nak sambung lagi pasal Ipoh dan kawasan sekitarnya. Kalau entri Ipoh yang terdahulu banyak perkongsian pasal apa yang ada dalam kawasan bandaraya Ipoh, kali ni aku nak bawak keluar sikit dari kesesakan bandaraya tu.


Kita menyusur ke selatan keluar sikit dari bandar Ipoh ni, selepas melalui persimpangan tol Simpang Pulai ke depan sikit tu kita akan jumpa simpang untuk ke Batu Gajah. Tak jauh dari situ kita akan nampak Kellie's Castle.


Ceritanya pada tahun 1890 encik William Kellie Smith ni datang ke Tanah Melayu yang belum membangun lagi masa tu sewaktu berumur 20 tahun. Masa dia sampai kat Tanah Melayu ni, dia bergabung perniagaan dengan seorang pemilik tanah yang kaya raya. Encik Kellie ni memulakan perladangan getah dan perlombongan bijih timah dengan jayanya.


Pada tahun 1903, lepas dia berkahwin dengan isteri tercintanya di negara asal dia tu, dia bawak isteri dia datang ke Tanah Melayu ni. Masa tu istana Kellie ni dah sebahagian yang siap. Disebabkan encik Kellie ni taksub dengan agama hindu dan budaya India, maka istana dia tu dibina khas dengan material yang diimport dari India malah pekerja binaan istana tu pun dibawak khas dari negara India jugak.


Setelah lama mengidam nak ada anak lelaki untuk dijadikan pewaris, pada tahun 1915 lahir la anak lelaki yang diidam idamkan tu. Dengan lahirnya anak lelaki dia tu, encik Kellie bercadang nak memperbesarkan lagi istana dia tu. Dilengkapi dengan 14 buah bilik, satu bilik bawah tanah, terowong rahsia dan sistem lif pertama dibina kat Tanah Melayu. 


Malangnya istana Kellie ni tak sempat nak disiapkan selepas kematian Kellie Smith akibat penyakit radang paru paru kat Portugal pada tahun 1926. Bangunan tiga tingkat yang dibina mengikut reka bentuk istana Moghul kat bandar Agra, India tu terbengkalai camtu je tanpa dapat disiapkan dengan sempurna. Tambahan lagi sebahagian istana ni runtuh masa perang dunia ke-2.


Ada orang cakap istana Kellie ni berhantu. Kononnya hantu keluarga Kellie dan buruh buruh pembinaan istana tu berkeliaran kat situ. Kalau betul hantu je yang berkeliaran kat istana tu takpe jugak, jangan 'hantu dadah' ngan 'hantu berpacaran' yang buat sarang kat situ sudah la.

Cukup sampai sini dulu kali ni. InsyaAllah minggu depan kita terjah tempat lain pulak. 


8 comments:

  1. dulu byk kali lalu depan ni masa nak ke Univ Petronas..

    Teringin nak ambil gambar kat sini

    ReplyDelete
  2. ramai gak org kata kt sini berhantu...sampaikan team seekers pun dtg cari hantu kat sini...tp x jumpa pun..huhuhu... ;)

    ReplyDelete
  3. da lama teringin nak pegi kellie's castle xtaula bile sampai.hu3

    ReplyDelete
  4. dekat je dgn tempat hani study...xpernah pon terpk nak pergi..sbb kengkawan ckp situ berhant* cikit...hani dah la penakut, dr xdapat tdo mln, baek xpayh pegi..hehe

    ReplyDelete
  5. assalam,
    istana yg nampak usang tu kot yg org kata nampak mcm berhANTU...

    ReplyDelete
  6. salam,

    kak ati mmg teringin nk ke istana ni
    tapi tak tahu kat mana masa gi
    gopeng hari tuh :)

    ReplyDelete