28 June 2011

kuala kangsar (siri 2)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Hujung bulan camni semuanya senyum sampai ke telinga ye. Maklum la bagi yang berkerja tu gaji dah masuk. Kalau yang belajor tu pulak mak ayah pun dah masukkan duit belanja dalam akaun. Jangan berjoli sakan pulak. Beli ikut keperluan je bila berbelanja tu. 


Macam biasa setiap hari selasa ni entri zoom Malaysia. Kalau minggu lepas kita dah kenal sikit sikit pasal Kuala Kangsar dan asal usulnya, hari ni pulak jom kita terjah apa yang menarik sangat dengan Bandar Di Raja ni.

Dengan keluasan 79.1 batu persegi, daerah Kuala Kangsar ni terbahagi kepada sembilan mukim yang terdiri dari Mukim Chegar Galah, Mukim Sayong, Mukim Lubok Merbau, Mukim Kota Lama Kiri, Mukim Senggang, Mukim Kota Lama Kanan, Mukim Kampung Buaia, Mukim Pulau Kemiri dan Mukim Sungai Siput.


Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati sebenarnya kat Kuala Kangsar ni. Bersesuaian dengan nama Bandar Di Raja tu, bila dah sampai kat bandar Kuala Kangsar ni tak lengkap rasanya kalau tak mengunjungi Istana Iskandariah di Bukit Chandan. 


Mengambil nama sempena nama Sultan Iskandar Shah (1918-1938) yang bertanggungjawab atas pembinaan istana tempat bersemayamnya raja raja pemerintah yang ditabalkan sebagai Sultan Perak semenjak siap pembinaannya pada tahun 1933.

Kedudukan tapak Istana Iskandariah ni yang terletak di tebing kiri mudik Sungai Perak di atas Bukit Chandan ni adalah bersamaan dengan tapak asal istana negara yang dibina oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I yang dibina pada tahun 1895.


Pada tahun 1984, Istana Iskandariah ni telah diperbesarkan lagi dengan penambahan dibahagian belakang istana bagi menempatkan balairong seri, dewan santapan baru dan ruang letak kereta raja raja. Bagi maklumat lanjut mengenai Istana Iskandariah, boleh la klik kat sini.

Selain dari Istana Iskandariah, tempat menarik yang boleh juga dilawati ketika berada di Bukit Chandan ni adalah Masjid Ubudiah yang terletak tak jauh dari Istana Iskandariah ni.


Masjid bersejarah ni bermula pembinaannya dengan peletakan batu asasnya oleh baginda Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I pada hari jumaat, 26 September 1913 setelah baginda bernazar sekiranya kesihatan baginda pulih selepas berehat dalam rawatan di Port Dickson.

Namun begitu, pembinaan masjid ni tertangguh agak lama kerana cetusan perang dunia pertama di Eropah telah melambatkan penghantaran batu marmar yang diimport dari Itali bagi menggantikan batu marmar yang musnah diamuk oleh gajah kepunyaan baginda Sultan dan Raja (sir) Chulan dalam satu kejadian yang bersejarah. 


Masjid Ubudiah ni siap disempurnakan dan dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917 setelah baginda menggantikan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I yang mangkat pada tahun 1916.

Tu baru dua tempat menarik untuk dilawati bila sampai kat bandar Kuala Kangsar ni. Kalau nak tau tempat lain yang ada lagi, insyaAllah nantikan siri akan datang dihari yang sama. Jom kita zoom Malaysia.


7 comments:

  1. saya dulu sekolah di Taiping..hanya pernah sekali singgah di Kuala Kangsar ni...

    ReplyDelete
  2. menarik kuala kangsar ni...akan sampai juga nnti... ;)

    ReplyDelete
  3. kellies castle 2 dkat cni ke?hu3

    ReplyDelete
  4. Daddy Ziyyad :

    MRSM taiping ke ? dulu zaman kita masa penghujung 90-an kuale kangsor ni tak berapa dipopularkan sangat dengan pelancongan..sekarang ni baru dibaikpulih + ditambah banyak insfrastruktur untuk pelancongan..

    ReplyDelete
  5. nabilah_2908 :

    kalo ke Utara tu, singgah la bandar kuale kangsor ni..tunggu je entri zoom malaysia akan datang pasal kuale kangsor ni..banyak lagi nak kongsi..

    ReplyDelete
  6. aleen aiden :

    Kellie's castle kat Batu Gajah..jauh woo..Kuala Kangsar ni ke Utara Perak..

    ReplyDelete