01 June 2011

siapa kata ?

  5 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat semua rakan rakan yang sudi mengunjungi blog aku ni. Dah masuk tengah tahun rupanya hari ni. Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan harian tak sedar masa yang berlalu dengan begitu pantas.


Pagi tadi sempat jugak telinga aku mendengar dengar berita kat radio Perak FM sambil membuat kerja. Antara isu yang aku ambik perhatian pasal kenaikan taraf letrik yang sedang rancak diperbincangkan sekarang ni.


Kalau sebelum ni kita rasa sikit lega bila kerajaan membuat keputusan mengekalkan harga petrol RON95, sekarang ni susah hati pulak bila kerajaan bercadang nak naikkan taraf letrik. 

Alasannya mudah je. Akibat taraf letrik sedia ada yang rendah membuat pengguna tidak menghargainya dengan banyak melakukan pembaziran yang tak terkawal. 


Boleh terima tak alasan tu ? Korang membazir letrik tak ? Siapa kata kita ni membazir bekalan letrik ?


Bagi yang kaya raya hidup mewah tu aku tak pasti la. Bukan la diorang tu tak bayar perkhidmatan TNB tu tapi kalau tengok dari gaya hidup tu memang gerun jugak. Penghawa dingin keliling rumah, pagar automatik, lampu yang menerangi keliling rumah setiap malam tak termasuk lagi dengan peralatan elektrik yang memenuhi segenap ruang rumah.


Bagi yang macam aku ni, juga pembayar tetap perkhidmatan yang dibekalkan oleh TNB tapi pada tahap kesederhanaan je la. Rumah takde penghawa dingin. Pagar pun manual je. Peralatan elektrik pun boleh kira dengan jari. Takde maknanya kalau nak pasang semua perkakasan elektrik tu sebagai pembaziran setiap hari. 

Walaupun sebelum ni kerajaan ada memberikan subsidi kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan bekalan TNB ni kurang dari RM20, tapi kesian jugak kat TNB tu nak kena tanggung semua kos tu ye tak ? 


Jadi sekarang ni bila dirasakan macam banyak sangat kerugian yang ditanggung, adakah dengan menaikkan taraf penggunaan elektrik ni akan menyelesaikan masalah ? 


Andai kata pembaziran la punca diorang menaikkan taraf elektrik ni, pada siapa kita nak tuding jari ? Mungkin sudah sampai masanya kita kena kreatifkan diri. Buat stesen penjana elektrik sendiri untuk kegunaan sendiri. Buat empangan hidro kat longkang depan rumah ke, buat kincir angin ke atau mungkin ada baiknya bertukar kepada penggunaan kuasa solar. 


5 comments:

  1. Biasa lah..gomen mesti pandai buat alasan..

    TNB ialah sebuah institusi monopoli..

    Saya sedih sebab kita negara beriklim panas..boleh saja utilise tenaga solar..

    Tapi sebab nak maintain kan monopoli TNB sebagai pembekal ulung elektrik, maka kita telah sia sia kan cahaya matahari anugerah Allah

    ReplyDelete
  2. gomen yg benarnya..dah xde duit...tu yg sana sini di naikkan...huhuhu...

    tp ok juga naik kan tarif elektrik ni..baru org beringt nk berjimat.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BUTTERSCOTCHANYONE??

    ReplyDelete