29 July 2011

harga menghargai

  5 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung . Sejak menjadi bapa tunggal untuk sementara waktu ni memang bukan sedikit pengorbanan yang perlu aku lakukan sebab aku la segalanya untuk anak aku ni. Penat jugak terasa sampai tak sabar sabar aku menunggu anak aku tidur bila dah balik rumah.


Aku mintak maaf sebab lama tak update entri blog ni dan tak berkesempatan nak  mengunjungi blog rakan rakan semua. Memang aku sendiri sebenarnya tak sempat nak berada dalam talian internet. Balik ke rumah pun masih lagi terpaksa melayan anak aku sampai la dia tertidur dan aku sendiri pun tidur.


InsyaAllah esok wifey aku akan pulang kembali ke pangkuan kami setelah menghabiskan masa menjaga bapa mertua aku selama lebih dua minggu. Alhamdulillah perkembangan terkini bapa mertua aku semakin pulih cuma kaki dan tangan sebelah kiri beliau masih memerlukan fisioterapi agar dapat pulih seperti sediakala. 

Kita mungkin pernah atau biasa dengar kisah bagaimana nabi SAW menjahit sendiri baju baginda yang terkoyak atau membantu isteri baginda melakukan kerja rumah.

Atau mungkin jugak kita pernah atau biasa dengar kisah amirul mukminin saidina Omar Al Khattab yang begitu tegas dalam pemerintahannya dan sangat ditakuti oleh para musuh Islam ketika itu tetapi apabila beliau pulang ke rumah dan dileteri oleh isterinya maka beliau hanya mendiamkan diri je. 


Kenapa jadi camtu ? Sebabnya mudah je. Bila kita perhatikan pengorbanan seorang wanita yang ada dalam hidup kita ni, bukan sedikit bebanan yang ditanggung mereka.


Aku selalu jugak bergurau dengan wifey aku bila dia mengadu letih menjaga anak aku ni. Aku katakan bukan susah pun nak jaga anak yang baru sorang. Lagipun wifey aku hanya berada di rumah. Tapi tak la aku abaikan je aduan wifey aku tu. Memang anak aku yang baru sorang ni terasa macam menjaga sepuluh orang.


Walaupun camtu, dah memang tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu untuk menjaga, mendidik dan membesarkan seorang anak yang dilahirkan ke dunia ni dengan sesempurna mungkin. 


Zaman sekarang ni kadang kadang tu tanggungjawab tu dah bertukar ke tangan pembantu rumah pulak. Maklum la bagi ibu bapa yang berkerjaya kebiasaannya tak cukup masa untuk anak anak. Segalanya diserahkan kepada pembantu rumah je. Kalau zaman dulu, letak je anak tu kat kampung bagi mak ayah tolong jaga.


Tu pun masih jugak yang tak menyedari untuk menghargai susah payah menjaga dan membesarkan seorang anak. Bila anak nakal, disalahkannya pembantu rumah. Bila anak degil, dituding jari kat isteri cakap tak pandai nak jaga anak. 


Pada yang bergelar suami atau ayah atau yang bakal bergelar suami atau ayah tu, selalu la muhasabah diri banyak banyak. Jangan fikir mencari nafkah untuk keluarga je tanggungjawab yang harus dipikul. Dah nama pun ketua keluarga, jadik sebagai ketua tu kena la memikul segalanya.


Kalau balik rumah tengok tak berkemas bersepah sana sini, jangan terus dimarahi isteri atau pembantu rumah tu. Bukan orang lain yang buat sepah sana sini tu pun, anak awak tu jugak. Jangan malu nak ringan ringankan tangan bantu kemaskan rumah tu walaupun diri berasa macam boss besar kat rumah.


Apa yang paling penting, berikan penghargaan walaupun sedikit kalau dah kedekut sangat. Harga menghargai sesama ahli keluarga atau sesiapa juga yang terlibat dalam kehidupan kita. InsyaAllah selesai segala masalah.





16 July 2011

diari bapa tunggal [hari ke 6]

  8 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog ni. Sehingga ke hari ni dah nak cukup seminggu aku jadi bapa tunggal menjaga dan mengasuh anak kesayangan sejak wifey aku pulang menjaga bapa mertua aku yang diserang strok tempoh hari.

Setelah mendapatkan rawatan dan beberapa siri pembedahan, alhamdulillah menurut wifey, bapa mertua aku sudah sedar cuma masih dalam keadaan lemah akibat serangan strok tu. 


Dalam masa hampir seminggu ni jugak, aku lebih banyak menghabiskan masa bersama dengan anak aku. Kalau biasanya jarang jarang dapat nak habiskan masa bersama kecuali bila waktu aku bercuti, kali ni memang boleh kata 24 jam dengan aku je dan dalam pemerhatian aku.


Dengan usia yang baru 2 tahun 10 bulan 2 minggu ni, memang karenahnya kadang kadang tu memeningkan kepala jugak. Tapi tu la ibarat kata orang, anak la madu dan anak jugak la hempedunya. 

Masa mula mula anak aku ni lahir memang aku sendiri pun rasa macam tak percaya. Walaupun sepanjang wifey aku mengandungkan anak kami ni aku sentiasa menanti nanti saat kelahiran tu tapi bila lahir je anak ni aku rasa seolah olah bermimpi pulak.



Di awal kelahiran tu memang kuat meragam jugak anak aku ni. Tak reti reti nak tidur awal. Mentang mentang la lahir pun awal pagi jam 0027 setelah 40 minggu dalam kandungan wifey aku. 

Namun begitu dapat jugak aku dan wifey mengharungi segala karenah dia tu sampai la sekarang ni. Cuma sekarang ni mungkin terlebih manja dengan aku sebab kalau dengan wifey aku kadang kadang bertegas jugak dengan anak kami ni. Dengan aku pulak, ape dia nak semua aku bagi. Silap aku jugak la kan tapi tak la kesemua aku bagi. 



Apa pun takde apa yang boleh nak menggantikan zuriat sendiri walaupun ditawarkan dengan harta seluruh dunia. Biarpun anak tu nakal ke, degil ke, camne ke, bila asalnya dari darah daging sendiri memang tu la satu satunya harta paling berharga yang kita miliki. 


15 July 2011

diari bapa tunggal [hari ke 5]

  6 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat dan tak lupa jugak diucapkan salam nisfu Sya'ban buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Tak lama lagi dah nak menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menghadapi dan menjalani bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Hari ni macam dah terbiasa pulak dengan rutin menjadi bapa tunggal ni. Bangun pagi lepas menunaikan kewajipan sebagai hamba, mandi dan siapkan pakaian anak aku yang akan dibawa ke tempat kerja pehtu kejutkan puteri kesayangan yang sekarang ni macam liat nak bangun. 

Pagi tadi pun macam hari hari sebelum ni bila aku suruh pakai topi keledar tak nak pulak dia. Bila aku paksa je terus menangis. Mane boleh tak pakai ye tak ? Lagipun comel je anak aku tu kalau pakai topi keledar.


Sampai kat tempat kerja dah tak nak berenggang dengan aku pulak. Melekat sepanjang masa. Apa yang aku perhatikan, nampak macam tak cukup tidur je sebab kena bangun awal pagi. Aku layankan aje la karenah dia tu. 

Sebabkan mata dia yang ala ala layu menggoda tu, jam 12 tengahari lepas aku suapkan makan sikit aku 'paksa' anak aku tu tido. Anak aku ni susah sikit nak bagi tido secara otomatik kecuali kalau dia terlampau penat. Setengah jam kemudian elok je terlena walaupun dipaksa tido.

Selamat jugak dapat aku tenang hati nak pergi bersolat jumaat. Lagipun aku tak perlu risau sebab ada rakan rakan tempat kerja yang boleh tengokkan dia kalau kalau anak aku tu terbangun. Hakikatnya sampai jam 430 petang dibantainya tidur. 



Hari ni aku takde mengajar atau ganti mengajar kat mana mana rumah. Memang lepas abis kerja terus balik rumah je. Tapi sebelum balik ke rumah, aku dengan anak aku singgah sekejap kat pasaraya sebab aku nak belikan anak aku ni kasut dan sandal. Kasut lama dia dah tak boleh nak dibaiki lagi tapak yang tercabut tu.


Alhamdulillah hari ni sampai je kat rumah takde pulak dia menangis meragam. Mungkin gembira dapat kasut dengan sandal baru dia tu kot. Malam ni kitorang pekena roti canai telur je. Abis jugak la sekeping dimakan anak aku. 

Aku tak boleh nak lama lama mengadap laptop ni sebab anak aku bising aku tak layan dia. Nanti kalau aku biarkan je takut merajuk pulak. Esok pulak insyaAllah andai berkesempatan aku akan menaip lagi. 


14 July 2011

diari bapa tunggal [hari ke 4]

  4 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis aku ucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Macam mejik pulak hari ni ada dua entri. Kalau nak tau kenapa, harus la baca entri yang sebelum ni punya.

Hari ni dah masuk hari yang ke empat aku jadi bapa tunggal. Tabah giler la kononnya. Tapi setakat ni alhamdulillah la takde masalah sangat pun cuma rumah tak berapa nak berkemas sangat. 

Pagi tadi sebenarnya aku sedikit terlewat pegi kerja. Lepas subuh tu aku bantai baring baring jap, tetiba bila aku bukak mata tengok jam dah pukul 8. Hehehe.. Anak aku pun sedap je tidurnya. Jam 830 baru la kitorang keluar rumah.

Entah kenapa hari ni meragam sikit anak aku ni tak nak pakai topi keledar dia tu. Sebabkan keselamatan, aku paksakan jugak la biarpun dia menangis tak puas hati. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja muncung je mulutnya merajuk.

Bila dah kat tempat kerja, tak nak berenggang dengan aku pulak. Mengekor je ke mana aku pegi buat kerja. Nak suruh mandi pun tak nak. Siap aku pujuk tadahkan air suam satu besen besar nak bagi dia mandi berendam baru la dia nak mandi. 

Lepas zohor masa aku nak bertugas, anak aku nak ikut sama. Bukan aku tak boleh nak biarkan tapi risau kot terjatuh ke ape ke kan ke susah nanti. Perkara sebenarnya anak aku tu mengantuk sebab aku tengok mata dia layu je. 

Dengan paksaan sikit aku tidurkan anak aku tu. Kesian jugak sebenarnya tapi apa kan daya kalau aku tak bagi dia tidur nanti kekurangan tidur pulak anak aku tu. Tu pun dibantainya tidur sampai jam 430 petang. 

Selesai kerja jam 7, macam biasa la bergegas pulak untuk tugasan mengajar. Baru dua hari anak aku ni mengikut aku mengajar secara berterusan dah semakin teruja pulak dia tiap kali nak sampai ke destinasi mengajar tu. Siap dah tau kat rumah ni ada bola, kat rumah tu ada keropok, kat rumah ni pulak ada piano. Aku pun tak terpikir camtu.

Balik ke rumah nasib baik la tak banyak sangat ragamnya. Menangis macam tak puas berjalan tu biasa la. Sampai je rumah terus aku online Yahoo Messenger ngan wifey aku. Rindu owh..bertukaran webcam melepaskan rindu empat hari tak nampak muka ni. Anak aku pun seronok betul dapat nampak mama dia.

Tentang perkembangan bapa mertua aku tu, hari ni aku dimaklumkan sekali lagi beliau dibedah untuk memasukkan tiub bagi memudahkan pernafasan sebab setelah diperiksa oleh doktor ada terdapat sedikit jangkitan kuman di paru paru bapa mertua aku tu. Sedih jugak aku mendengarkannya. Hanya doa dan bacaan surah Yasin je la yang mampu aku panjangkan.

Wifey aku pulak dah tak berapa sihat. Mungkin akibat keletihan dan kerisauan menjaga bapa mertua aku tu. Kemungkinan nak balik tu belum tau lagi. Aku pun tak nak la paksa wifey aku balik cepat. Lagipun aku tak kesah pun nak mengasuh anak kami ni. 

Mata pun dah berat. Nak tunggu anak aku pejam je ni. InsyaAllah diari bapa tunggal akan bersambung lagi esok pulak ye. Letih jugak owh jadi bapa tunggal ni. 


diari bapa tunggal [hari ke 3]

  2 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi sekalian. Maaf la sebab semalam takde entri. Tak sempat nak menaip sebenarnya untuk entri tarikh semalam. Ni pun seawal 14 Julai aku menaip. Tu pun lepas anak aku tu dah terlena.

Hari kedua aku bawak anak aku pegi tempat kerja takde masalah sangat. Sebenarnya anak aku dah bangun lebih awal dari aku. Jam 530 dia dah kejutkan aku sebab nak mintak air minum. Selalu tu kalo ada mama dia, nenen je terus. Kebetulan dah hampir subuh, aku bangun terus la.

Jam 6 pagi aku bukakkan TV bagi anak aku layan jap. Pehtu saje aku nak bermalas malasan sekejap konon nak menggeliat sikit lagi atas katil. Anak aku tu mengikut je. Bila aku cakap aku nak pegi mandi, dia siap babai lagi tu.

Siap aku selesai mandi, sekali anak aku dah lena semula. Tak pernah lagi sebelum ni dia jadi camtu. Biasanya kalo dah bangun tu tak sabar sabar nak tunggu aku siap berpakaian sebab nak ajak aku pegi kedai belikan sesuatu untuk dia sebelum aku ke tempat kerja. 


Nak tak nak terpaksa jugak la aku biarkan dia lena sekejap. Tu pun jenuh jugak la nak kejut dia bangun. Sampai je kat tempat kerja mulanya anak aku macam mood tak berapa nak baik sangat. Lepas aku pujuk sikit baru la nampak senyuman dia yang manis tu.


Hari ni pulak dia banyak mengekor aku. Mane aku pegi situ la dia membontot. Masa berehat dalam bilik kawan aku tu, ntah apa benda dia selongkar abis semua dikeluarkannya. Sampai la satu benda dia nak tapi aku tak kasi dia ambik, terus je dia merajuk. 


Punya la panjang merajuk dia tu sampai terlena atas katil seawal jam 12. Sian tul kat anak aku ni sebab jarang dia bangun awal pagi. Melihatkan betapa lenanya dia tidur tu aku biarkan je. Sampai aku selesai tugasan tengahari pun masih lagi tidur anak aku tu. 


Jam 4 petang baru dia bangun dari tidur. Kebetulan pulak aku tak jadi nak mengajar anak Datin Aznee sebab dia ada hal, seronok sangat la anak aku tu bila bukak je mata terus nampak aku ada di sisi dia.


Habis kerja kat sekolah, aku ngan anak aku terus bergegas pulak ke kediaman MB. Maklum la seminggu memang 4 hari aku mengajar anak DSZ ni. Anak aku pun seronok je mengikut sebab semalam anak DSZ melayan dia main bola. Sampai je kat kediaman MB tu terus dia tanya kat mana bola.


Selesai mengajar kat kediaman MB, kitorang ke rumah Dr. T lagi. Kat rumah Dr. T aku mengajar 3 kali seminggu. Sebab hari ni jadual aku mengajar agak penuh sikit, lepas je habis kat rumah Dr. T kitorang bergegas pulak ke rumah Datuk B. 


Tu pun sikit lagi anak aku tak nak balik lepas aku habis mengajar anak Datuk B tu sebab dia seronok main piano. Hehehe..tak tau pulak aku anak aku ni ada bakat bermain piano. 


sori gambar agak blur..kamera hempon cikai punya


Balik ke rumah tiba tiba meragam pulak dia. Menangis mintak apa benda aku pun tak tau. Tangannya sekejap tunjuk ke sana sekejap ke sini tapi semuanya tak kena. Padahal aku nak bagi dia mandi je. Jenuh jugak la memujuk. Selamat je dia masuk dalam 'kolam mandi' dia tu, lega sikit aku. 


Sempat jugak la aku selesaikan cuci pakaian. Sib baik la ada mesin basuh otomatik. Kalo tak mau patah pinggang jugak dibuatnya. Selesai anak aku tu mandi, kitorang layan makan keropok Terengganu yang dihadiahkan oleh isteri DSZ. Tu pun sempat aku goreng sementara nak tunggu anak aku tu puas berendam.


Ingatkan nak update entri masa tu tapi anak aku mintak aku melayan dia sepanjang masa sampaikan aku nak ber'sms' dengan wifey aku pun tak dibaginya. Jam 12 tadi aku sidai pakaian yang siap dibasuh tu siap siap. Dah selesai buang sampah semua baru la aku sambung layan anak aku main. Tu pun tak lama sebab aku tengok dia dah macam berat mata je.


Sedang melayan Shaun The Sheep kat Disney Channel, rupanya anak aku dah terlena. Aku angkat bawak masuk bilik pun tak meragam macam biasa. Penat la tu kot. Ingatkan nak melipat pakaian yang dah kering yang berlonggok tu. Tapi esok esok la mungkin. 


Bapa mertua aku masih lagi berada dalam wad dan menunggu keadaan beliau stabil terlebih dahulu. Kesian jugak kat wifey aku bergilir gilir dengan adik beradik yang lain menjaga bapak mertua aku tu. Mata aku pun dah berat jugak ni. InsyaAllah lepas ni akan bersambung lagi entri diari bapa tunggal untuk hari ke empat pulak. 


Pada rakan rakan yang sudi mengikuti perkembangan entri blog aku ni aku ucapkan terima kasih. Owh..kat luar tu hujan dah mula turun. Ok la tu, tak la kepanasan sangat tidur malam ni. 



12 July 2011

diari bapa tunggal [hari ke 2]

  4 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab apa yang dirancang tak seperti yang dirancang. 

Sepatutnya entri hari ni berkenaan zoom Malaysia berkenaan tempat tempat menarik yang ada di Kuala Kangsar. Tapi disebabkan hari ni aku sedikit tak menang tangan setelah bergelar 'bapa tunggal' ni, maka terpaksa la aku tangguhkan dulu jadual entri blog ni.

Seperti yang aku bagitau semalam, hari ni aku terpaksa bawak anak aku mengikut ke tempat kerja sebab takde siapa nak jaga dia. Mesti ada yang terfikir kenapa aku tak hantarkan saje anak aku ni balik kampung atau biar dia ikut wifey aku sama. 

Aku ada teori aku sendiri bagi nak menjawab pertanyaan berbaur camtu. Pertamanya bukan aku tak boleh nak tinggalkan sementara anak aku tu kat kampung atau dijaga oleh jiran jiran untuk sementara waktu aku pergi kerja. Aku sendiri yang tak nak sebenarnya. Sebab aku tak nak la orang lain berasa susah pulak kan nak jaga anak aku yang peelnya tak terduga tu. Lagipun aku lebih berasa puas hati kalau dapat tengok anak aku tu sepanjang masa.

Keduanya bukan aku tak nak wifey aku bawak anak kami tu balik ke Sabah. Kat sini kena faham situasi la kan. Wifey aku balik ke Sabah tu pun sebab kecemasan nak melawat bapa mertua aku yang diserang strok beberapa hari lepas. Dan hingga ke hari ni bapa mertua aku masih lagi berada di dalam wad jagaan hospital dan wifey aku bergilir gilir dengan adik beradik dia menjaga bapa mertua aku tu. 

Jadi tak sesuai la pulak kalau anak aku mengikut sama. Dah la anak aku tu jenis tak reti nak duduk diam. Lagipun aku tak nak la susahkan wifey aku nak jaga anak kami tu lagi sedangkan tumpuan seharusnya kepada bapa mertua aku tu buat masa ni. Namun camtu aku tak lupa menghubungi wifey dan keluarga di Sabah untuk bertanya khabar setiap hari. 

Semalam punya cerita memang meletihkan. Anak aku ni bila wifey aku takde memang jadi raja la kat rumah ni. Abis semua barang disepahkannya. Tak cukup dengan tu, sampai hampir ke tengah malam aku terpaksa melayan dia main. Seronok sangat la tu dapat main tak henti henti. 

Tiba je waktu nak tidur, masalah datang lagi. Secara otomatik anak aku akan bertanya mana mama dia. Memang satu soalan yang jawapannya pasti mengecewakan hati si kecil tu la. Bila aku bagitau mama dia balik Sabah jaga atuk, terus dia menangis memanggil mamanya. Sayu gak hati dan perasaan aku. Tapi apa kan daya, mampu biar dia kepenatan menangis sampai tertidur je la. Nak pujuk memang dah makan pujuk dah.

Pagi tadi nasib baik tak meragam bila aku kejutkan dari tidur. Seronok sangat la tu dapat ikut aku pegi ke tempat kerja. Mulanya malu malu kucing. Lepas aku selesaikan tugasan pagi, terus aku mandikan anak aku tu. Sib baik la rakan rakan tempat kerja rajin jugak melayan karenah anak aku ni. 

Aku yang terasa tak cukup tidur sebab malam semalam hampir jam 3 pagi baru dapat nak lena punya la mengantuk masa kat tempat kerja tadi tu. Sekitar jam 4 petang aku tengok anak aku ni dah nak terpejam matanya akibat mengantuk dan keletihan bermain. Bila aku nak baringkan, terus pulak melalak menangis tak nak tidur. Sabor aje la. 

Kesudahannya sampai aku habis bertugas jam 7 tadi pun tak jugak tidur. Selesai je tugas, aku mandikan anak aku tu dan kemudian bergegas pulak ke kediaman MB untuk mengajar anak dia. Dalam perjalanan tu anak aku ni dah nak lelap lelap matanya. Hairan bin ajaibnya bila aku sampai je kat kediaman MB tu segar bugar pulak mata dia tu. Siap berlari ke sana sini lagi tu.

Selesai mengajar di kediaman MB, aku bergegas pulak ke rumah Dr. T. Serupa macam tadi jugak. Dalam perjalanan tu aku tengok mata anak aku ni macam orang tengah khayal je. Kelakar giler. Tapi bila sampai ke rumah Dr. T, terus bulat membesar mata dia tu. Dahsyat tul anak aku ni.

Habis je tugas mengajar tu aku dengan anak aku ni terus menuju pulang ke rumah. Macam biasa la, sampai je depan pintu pagar masa tu jugak la baru nak mintak beli aiskrim la ape la. Sekali lagi masa nak ke kedai tu mata dia dah nak terpejam pejam. 

Sampai je kat kedai, tiba tiba menangis tak nak pulak singgah kedai. Tapi sebab aku pun dah faham sangat peel anak aku ni. Sambil dia menangis tu aku dukung jugak bawak masuk kedai beli beberapa jenis aiskrim dan makanan kegemaran dia. Lepas je aku bayar semua barang tu tiba tiba anak aku terdiam. Lentok baik je kepala dia kat bahu aku. Alahai..dah terlelap rupanya.

Punya la kepenatan sepanjang hari ni, dari kedai sampai dalam bilik aku baringkan atas katil pun dia sikit pun tak bukak mata. Kesian tul anak aku tu. Takpe la, kita sama sama berkorban untuk mama. Esok aku harap anak aku nanti tak banyak meragam. Sebab kalau dia mula meragam memang takde siapa yang mampu nak pujuk dia selain mama dia je. 

Ok la, aku pun dah kepenatan. Entri ni pun dah lewat baru aku dapat nak taip. Tu pun tadi sampai rumah aku sidai pakaian yang dah siap dibasuh, kemas rumah sikit sikit, mandi dan solat baru la aku bukak laptop ni. Malam ni nak ambik kesempatan tidur awal sikit. Takut gak kalau anak aku tu bangun nanti tak pasal je aku nak kena tunggu dia mengantuk semula.

Maaf la ye entri hari ni agak panjang berjela. Maklum la entri diari bapa tunggal la katakan. Ni baru hari ke dua. Kalau sudi nak berkongsi pengalaman aku jadi bapa tunggal ni lagi jangan malu jangan segan, singgah je baca. Mata aku pun dah berat ni. InsyaAllah esok pulak aku berceloteh.


11 July 2011

diari bapa tunggal [hari pertama]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dirahmati Allah sekalian. Dua hari tak bersiaran. Malah hari ni aku terpaksa mengambil cuti kecemasan sebab badan rasa macam tak berapa nak sihat akibat kekurangan rehat.


Masuk hari ni dah cukup 24 jam aku jadi bapa tunggal. Awal pagi ahad baru ni jam dua pagi kami menerima panggilan kecemasan, bapa mertua aku diserang strok dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.


Tengahari semalam hanya wifey aku yang pulang ke Sabah. Jadik tinggal la aku dengan anak kesayangan kami ni. Sedih jugak rasanya sebab tak pernah kami anak beranak berpisah dalam jangka waktu lama camni. Tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan, terpaksa la wifey aku pulang berseorangan kali ni. 

Berita terakhir yang diterima hari ni, bapa mertua aku dah selamat dibedah bagi mengeluarkan pendarahan di otak beliau, pendarahan pun dah berhenti, otak pun dah rilek dan doktor kini hanya menunggu keputusan untuk melihat tahap kerosakan yang berlaku.


Anak aku ni pulak sib baik la tak banyak sangat ragamnya. Cuma bila dengan aku je tahap kemanjaan dia tu meningkat berkali ganda berbanding kalau dia dengan wifey aku. Sampaikan kalau aku ada kat rumah je, pasti macam dilanda ribut taufan dalam rumah sebab dengan segala barang mainan dia bersepah disetiap penjuru rumah.

Semalam lepas hantar wifey aku pun, entah berapa kali aku terpaksa berulang bawak anak aku ni pegi kedai. Mulanya nak beli air minuman. Lepas tu bila aku tanya apa lagi yang dia nak, tak pulak teringin apa apa. Bila dah sampai depan pagar rumah, tiba tiba nak aiskrim pulak. Kali ketiga sampai depan pagar rumah, nak mintak mainan pulak. 


Tapi tu la, kalau dah namanya kaki shopping [atau lebih mesra dipanggil penghabis duit papa] memang rambang mata je bila masuk kedai. Dari nak beli mainan, ternampak majalah komik Upin & Ipin, itu pulak yang naknya. Aku tawarkan nak belikan aiskrim termahal tak nak, mainan termahal pun tak nak. 

Dan sehingga tengah malam tadi asyik melayan anak aku main je. Dalam fikiran dia mungkin tak lama lagi mama dia akan balik. Tapi ternyata dia masih tak mengerti mama dia terpaksa berpisah sementara waktu pulang ke kampung melawat atuk yang sakit. 


Bila tiba waktu aku nak tidurkan dia, baru la dia mencari cari mamanya. Jenuh jugak aku menerangkan untuk beberapa hari ni mama tak tidur dengan dia. Dan keputusannya, jeritan dan tangisan berkumandang ditengah malam sepi. Tapi sebab mungkin akibat keletihan, sekejap je dah terlena dalam sedu.

Sedih jugak aku tengok. Sebab memang tak pernah lagi anak aku ni tidur tanpa wifey aku. Aku pun heran, dah nak usia tiga tahun tapi masih lagi bila nak tidur mintak menyusu badan dengan wifey aku. Tapi semalam dalam sejarah pertama kalinya terpaksa tidur tanpa menyusu. Dua tiga kali jugak dia bangun tengah malam menangis panggil mama dia. 



Seronok jugak jadi bapa tunggal ni. Tapi penat jugak dibuli anak sendiri. Hehehe.. Esok pastinya lebih menarik bila aku bawak anak aku ni ikut ke tempat kerja. Cuma masalah yang berlegar dalam minda aku ni, macam mana pulak nak menghadapi tidur malam nanti.


08 July 2011

solat jumaat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Semakin lama semakin panas isu 'bersih' tu. Tak tau la esok camne perihalnya. Sib baik aku tak duduk Kuala Lumpur. Kalau tak jenuh jugak la sebab banyak jalan yang tutup.


Bersempena hari jumaat yang mulia ni, aku nak berkongsi sikit pasal solat jumaat. Kalau ada yang tak tau, solat jumaat ni hanya didirikan pada waktu zohor dihari jumaat sahaja. Takde pulak orang bersolat jumaat masa waktu asar atau isya ye. 


Hukumnya wajib ke atas setiap orang lelaki yang beragama Islam. Syarat syaratnya pulak orang lelaki tu mestilah dah akil baligh. Kalau belum akil baligh walaupun usia dah mencecah 40 tahun, mungkin kena segera berjumpa doktor pakar lelaki. 


Kemudian dah tentu la beragama Islam. Kemudian lagi mestilah orang lelaki tu waras akal fikirannya. Kalau yang duduk dalam hospital mental tu tak wajib kecuali la petugas kat hospital bahagia tu ye. Lepas tu pulak orang lelaki tu mesti seorang yang merdeka. Apa kalau lahir sebelum Malaysia merdeka tak wajib ke ?


Bukan camtu bang, tapi maksud merdeka tu orang lelaki tu bukan la hamba abdi. Kalau rasa macam diri tu hamba abdi, tak pegi solat jumaat pun takpe. Kemudian lagi orang lelaki tu mestilah seorang yang sihat. Takde keuzuran yang menghalang dia dari menghadirkan diri ke masjid untuk berjemaah solat jumaat.


Dan lagi syaratnya orang lelaki tu mestilah bukan orang yang musafir. Kalau musafir tak wajib pun tapi dengan kemudahan yang ada pada zaman sekarang ni, apa la salahnya singgah menyertai jemaah solat jumaat tu. Dan yang paling penting sekali seorang lelaki tu mestilah seorang lelaki. Pondan, bapok, dua alam, mak nyah, khunsa dan sealam dengannya tak wajib solat jumaat. Jadik kalau nampak ada yang tak bersolat jumaat tu mungkin diorang tergolong dalam golongan tu kot.


Tu baru hukum dan syaratnya. Kita tengok pulak apa perkara yang boleh membuatkan seseorang lelaki tu meninggalkan solat jumaat. Pertamanya kalau dia tu sakit yang sangat teruk. Sakit sampai tak larat nak bangun ke, sakit yang berjangkit ke. Sakit perut tercirit birit yang tak leh nak tahan tahan ke. Kalau sakit tangan terluka sikit kena pisau tu tak yah la ngengada nak ponteng solat jumaat lak.


Keduanya kalau hujan. Bukan hujan rintik rintik pun dah tak nak pegi masjid solat jumaat. Lagipun sekarang ni dah ada payung, baju hujan, kereta. Takkan macam kambing kot kena hujan sikit pun tak boleh. Lain la kalau hujan yang tersangat lebat sampai jalan nak menuju ke masjid tu pun banjir tak leh nak lalu.


Ketiganya pulak takut dizalimi. Ada lagi ke zaman sekarang ni orang yang takut dizalimi ? Apesal nak menyorok pulak ? Buat jenayah ye ? Kalau duduk kat negara yang zalim mungkin jugak la. Asal beragama Islam je kena tembak. Kalau camtu boleh la nak tinggalkan solat jumaat.


Keempatnya kalau bermusafir. Kalau setakat bermusafir dalam negara je tak jadi masalah kalau nak singgah berjemaah solat jumaat. Tapi kalau bermusafir tu sebab ada perkara penting, tak mengapa kalau tak bersolat jumaat. Atau bermusafir jauh sikit yang menyukarkan untuk menemui masjid atau tempat orang mengerjakan solat jumaat.


Kelimanya kalau berada dalam peperangan. Malaysia berperang ke sampai tak dapat nak pegi masjid bersolat jumaat tu ? Kalau aman damai tu, rela relakan la diri tu berjemaah seminggu sekali dengar khutbah jumaat tu. Bukan nak kena bayar yuran apa pun. Percuma je malah akan mendapat ganjaran misteri dari Allah lagi tu.


Tapi zaman sekarang ni kadang kadang tu ramai je yang kita tengok orang lelaki ni tak tau la nak kategorikan camne yang endah tak endah je dengan solat jumaat ni. Nak kata pondan, ada misai. Nak kata sakit, segar bugar je. Nak kata musafir, dari tahun lepas setiap hari nampak muka dia je. Jadi apa alasannya ?


Memang la semuanya atas diri sendiri masing masing punya iman. Tapi tu la, sepertimana sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud, 
"Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat dengan sengaja sebanyak tiga kali, maka Allah SWT akan menutup hatinya dari menerima petunjuk"

Jangan sombong lak nak kata zaman sekarang ni dah ada kemudahan GPS. Tu petunjuk apa beb. Cuba masukkan arah pahala atau syurga kat GPS tu tengok. Tak tau la pulak aku kalau ada arah jalannya dalam GPS tu. Memang canggih betul kalau macam tu. 



Susah ke nak hadir seminggu sekali berjemaah tu ? Bukan lama sangat pun. Paling lama pun dalam satu jam je. Tu pun kadang kadang tak sampai satu jam. Duduk dengar khutbah pehtu solat fardhu jumaat dua rakaat. Duit tak yah nak keluar, pahala leh dapat. Ala, kalau duduk dalam panggung wayang tu tengok transformer 3 sampai dua jam lebih tak pulak merungut.