14 July 2011

diari bapa tunggal [hari ke 4]

  4 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis aku ucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Macam mejik pulak hari ni ada dua entri. Kalau nak tau kenapa, harus la baca entri yang sebelum ni punya.

Hari ni dah masuk hari yang ke empat aku jadi bapa tunggal. Tabah giler la kononnya. Tapi setakat ni alhamdulillah la takde masalah sangat pun cuma rumah tak berapa nak berkemas sangat. 

Pagi tadi sebenarnya aku sedikit terlewat pegi kerja. Lepas subuh tu aku bantai baring baring jap, tetiba bila aku bukak mata tengok jam dah pukul 8. Hehehe.. Anak aku pun sedap je tidurnya. Jam 830 baru la kitorang keluar rumah.

Entah kenapa hari ni meragam sikit anak aku ni tak nak pakai topi keledar dia tu. Sebabkan keselamatan, aku paksakan jugak la biarpun dia menangis tak puas hati. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja muncung je mulutnya merajuk.

Bila dah kat tempat kerja, tak nak berenggang dengan aku pulak. Mengekor je ke mana aku pegi buat kerja. Nak suruh mandi pun tak nak. Siap aku pujuk tadahkan air suam satu besen besar nak bagi dia mandi berendam baru la dia nak mandi. 

Lepas zohor masa aku nak bertugas, anak aku nak ikut sama. Bukan aku tak boleh nak biarkan tapi risau kot terjatuh ke ape ke kan ke susah nanti. Perkara sebenarnya anak aku tu mengantuk sebab aku tengok mata dia layu je. 

Dengan paksaan sikit aku tidurkan anak aku tu. Kesian jugak sebenarnya tapi apa kan daya kalau aku tak bagi dia tidur nanti kekurangan tidur pulak anak aku tu. Tu pun dibantainya tidur sampai jam 430 petang. 

Selesai kerja jam 7, macam biasa la bergegas pulak untuk tugasan mengajar. Baru dua hari anak aku ni mengikut aku mengajar secara berterusan dah semakin teruja pulak dia tiap kali nak sampai ke destinasi mengajar tu. Siap dah tau kat rumah ni ada bola, kat rumah tu ada keropok, kat rumah ni pulak ada piano. Aku pun tak terpikir camtu.

Balik ke rumah nasib baik la tak banyak sangat ragamnya. Menangis macam tak puas berjalan tu biasa la. Sampai je rumah terus aku online Yahoo Messenger ngan wifey aku. Rindu owh..bertukaran webcam melepaskan rindu empat hari tak nampak muka ni. Anak aku pun seronok betul dapat nampak mama dia.

Tentang perkembangan bapa mertua aku tu, hari ni aku dimaklumkan sekali lagi beliau dibedah untuk memasukkan tiub bagi memudahkan pernafasan sebab setelah diperiksa oleh doktor ada terdapat sedikit jangkitan kuman di paru paru bapa mertua aku tu. Sedih jugak aku mendengarkannya. Hanya doa dan bacaan surah Yasin je la yang mampu aku panjangkan.

Wifey aku pulak dah tak berapa sihat. Mungkin akibat keletihan dan kerisauan menjaga bapa mertua aku tu. Kemungkinan nak balik tu belum tau lagi. Aku pun tak nak la paksa wifey aku balik cepat. Lagipun aku tak kesah pun nak mengasuh anak kami ni. 

Mata pun dah berat. Nak tunggu anak aku pejam je ni. InsyaAllah diari bapa tunggal akan bersambung lagi esok pulak ye. Letih jugak owh jadi bapa tunggal ni. 


4 comments:

  1. hari ni mcm mana pulak cerita nya ye...yer la hari ni hari jumaat...masa En Pipoq pi sembahyag...siapa yg jaga..? :)

    ReplyDelete
  2. Itu baru seorang bro. Kalau anak ramai macam team bola macamana agaknya? Mahu lunyai :-)

    ReplyDelete