03 July 2011

korea

  7 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat semua rakan pengunjung yang dikasihi sekalian. Kat Ipoh hari ni ada acara Larian Antarabangsa Ipoh 2011. Acara yang diadakan hampir setiap tahun setiap bulan Julai ni dah termasuk dalam kalendar aktiviti bandaraya Ipoh.


Biasanya untuk entri hujung minggu ni aku tulis tentang ulasan filem yang aku tonton tapi disebabkan kebelakangan ni dah tak berapa nak menonton filem dari internet sangat jadi takde la ulasan filem tu.


Masih lagi berkaitan dengan apa yang aku tonton cuma bukan filem tapi rancangan di televisyen la. Antara rangkaian yang aku suka tonton ialah rangkaian televisyen Korea KBS kat astro 391 tu. Ni semua dari pengaruh wifey aku la tu. Bermula dari filem filem terbitan negara Korea, drama dan hiburan TV sampai la muzik pun semua aku layan.


Seingat aku, jarang sangat aku nak mengikuti drama bersiri biar terbitan negara mana pun. Tapi bermula dengan drama dari negara Korea ni yang bertajuk Iris, terus aku jadi seakan peminat fanatik pulak walaupun aku tak mengikuti siri drama tu dari awal.


Lepas tu dua tiga drama jugak la yang aku layan antaranya cam Dream High, God of Study, Full House, My Lovely Sam Soon, Secret agent Miss Oh, Taming of the heir, Three daddys and one mummy dan yang terbaru ni pulak Babyfaced beautiful lakonan Jang Nara.


Selain dari drama drama korea, rancangan hiburan yang ada ditayangkan kat saluran KBS tu pun boleh tahan jugak. 2 Days 1 Night, Happy Togather, Qualification of Man memang aku jarang jarang terlepas dari menonton sebab memang kadang kadang tu macam nak pecah perut tengok aksi kelakar diorang dalam rancangan tu.


Rancangan three days, vitamin, mystery of human body pun tak kurang hebatnya dengan berbagai maklumat boleh didapati dari menonton rancangan yang diterbitkan tu. 


Bab muzik pulak sampaikan anak aku tu pun dah terpengaruh sama. Boleh kata apa je tarian dari K-pop tu semua dia tau. Kadang kadang tu tak tahan aku ngan wifey nak tergelak tengok anak aku tu bergelek depan TV.


Bagi aku, rancangan yang diterbitkan oleh KBS ni boleh tahan jugak la walaupun baru meningkat usia 8 tahun penerbitan. Drama yang diterbitkan tak membosankan. Rancangan hiburan pun memang menghiburkan. Dokumentari yang disediakan pun banyak informasi. 


Semalam pulak aku secara sengaja melayan K-pop Hitz talent show kat Astro hitz. Nak termuntah pun ada bila aku tengok. Bagi yang nampak betul betul berbakat tu memang aku tabik la jugak. Tapi kalau yang ntah macam ape je, memang membuatkan aku berasa malu untuk diorang tu. 

  

Dan beberapa bulan lepas jugak aku hampir pengsan bila mengetahui ada tertubuhnya satu dua kumpulan yang nak berpaksikan seakan K-Pop. Siap dengan pakaian ala ala K-pop lagi tu. Tak leh blah lansung. 

p/s : tak sanggup aku nak letak gambar last tu besar besar..geli usus aku dibuatnya


7 comments:

  1. aku hingat hang x layan cite korea~ =D
    lagu2 depa best weh, sampaikan playlist kat hp aku 90% lagu korea, HEH HEH HEH~

    yg gamba last tu toksah cakap lah..aku pon LOYA~ yg satu paha sedepa nak d tunjuk2 macam artis korea, yg satu, badan keding nak di show off jugak, HA HA HA HA~~ (jahat giler ayat, heh heh~)

    ReplyDelete
  2. Saya pun terpengaruh menonton rancangan Korea disebabkan oleh isteri.

    ReplyDelete
  3. h A n Y S :

    hahaha..sekarang ni dah macam addicted ngan korea pulak..

    ReplyDelete
  4. akubiomed :

    mungkin benar apa yang diperkatakan bila sudah beristeri, orang yang paling berpengaruh dalam hidup seorang lelaki ialah isteri sendiri..

    ReplyDelete
  5. Edy Zaidi :

    bila tu ? hehehe..mmg antara negara pilihan nak di lawat tu..

    ReplyDelete
  6. nasib baik la kt rumah xde astro..kalau tak..dgn sy sekali terpengaruh...huhu.. ;)

    ReplyDelete