07 July 2011

rumman

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung. Semalam aku menerima surat pelarasan harga pakej dari pihak Astro. Terdapat sedikit kenaikan sebanyak RM2 dikenakan untuk pakej yang aku langgani. 


Alasannya adalah kerana untuk menampung kos itu dan ini. Tak masuk akal tul kalau orang nombor satu Astro ni tersenarai antara yang terkaya Asia tapi syarikatnya terpaksa menyatakan tahap kewangan syarikat diorang tu bermasalah. Tunggu je la kalau ada pesaing lain yang lebih masyuk dari Astro ni mungkin rakyat pelanggan Astro akan beralih langganan.


Lupakan pasal Astro yang kesian tu kita tumpukan pada tajuk entri hari ni. Siapa tau apa tu 'rumman' ? Kalau nak tau, rumman ni disebut dalam Al Quran sebanyak tiga kali. Ok la, tak nak pening pening pikir apa tu rumman, dalam bahasa melayu kita ni dipanggil buah delima.

"Surah Al An'am, ayat 99"

"Surah Al An'am, ayat 141"

"Surah Ar Rahman, ayat 68"
Ada yang tak kenal buah delima ni ke ? Buah yang berkulit berkilat ni, dengan isinya yang seakan akan permata berwarna merah, rasa yang agak manis. Buah delima ni dikatakan berasal dari negara Iran namun pokok buah delima ni sudah tersebar keserata dunia penanamannya. 


Bagi penganut agama dan bangsa tertentu, buah delima ni membawa banyak maksud. Bagi masyarakat di Timur Tengah, buah delima ni melambangkan kesuburan bagi perkahwinan. Dalam agama kristian pulak, ianya sebagai simbol kebangkitan semua dan kehidupan yang kekal.


Bagi agama buddha pulak selain buah pic dan buah limau, buah delima ni dikatakan buah yang berkat. Di negara China, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Bagi kita yang beragama Islam pulak, buah delima ni merupakan antara buah buahan yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan oleh Allah yang pastinya mempunyai banyak kelebihan sepertimana yang disebut dalam Al Quran pada petikan ayat kat atas tu.



Istimewanya buah delima ni kalau kita perhatikan dari sudut penciptaannya memang sangat menakjubkan. Susunan isi buahnya yang begitu terperinci yang manis rasanya, berbeza dengan kulit buahnya yang berasa pahit, tebal dan keras sebagai dinding pertahanan kepada isi buahnya malah sifatnya itu membuatkan buah delima ni mampu bertahan lama selepas dipetik.


Buah delima ni amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, vitamin C, niasin, fosforus dan kalsium. Dengan sifat nilai pemakanan yang baik, buah delima ni disarankan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah buahan.


Selain tu jugak, buah delima ni boleh digunakan sebagai penawar bagi beberapa jenis penyakit. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru paru bagi merawat batuk. Disamping tu, buah delima jugak dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. 


Antara kegunaan lain buah delima ni, ianya boleh dijadikan penawar bagi cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi, atritis, sakit telinga dan masalah penghadaman. Selain dari buah delima tu sendiri, bahagian kulit pokok delima ni jugak boleh dijadikan bahan penawar.


Kulit pokok buah delima ni yang pahit rasanya dikatakan boleh merawat masalah cacing pita dalam tubuh. Rebusan kulit pokok delima ni yang mengandungi alkaloid mampu menghapuskan cacing pita yang mendiami perut manusia. 


Kulit buah delima tu sendiri pun ada kegunaannya jugak. Dengan kandungan asid punicotannic yang agak tinggi, ianya banyak digunakan dalam industri barangan kulit. Ianya boleh melembutkan dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit seperti yang terdapat di Morocco dan Syria.


Bukan setakat tu je, malah bunga pokok delima ni pun ada digunakan dalam bahan penawar perubatan. Sebab tu la pokok delima ni sangat istimewa sampai disebut dalam Al Quran. Sekarang ni kalau rasa susah sangat nak cari buah delima, kat pasaraya pun ada jual jus buah delima. Cuma mungkin la dah tak berapa nak asli sangat sebab dah diproses. 

Cukup dulu sampai sini perkongsian untuk hari ni, insyaAllah dikesempatan yang lain kita berkongsi lagi tentang penciptaan Allah yang terdapat di muka bumi ni. 


11 comments:

  1. baru tahu khasiat buah delima.
    boleh la makan lepas ni.
    mslah perut still tak hilang. huhu
    thanks :)

    ReplyDelete
  2. salam pipoq,

    geliii betui tgk cacing tu

    byk sungguh kebaikan buah delima ye
    dahlah sedap ...tp susah nk jumpa :)

    ReplyDelete
  3. bnyk sungguh yer khasiat nya...

    tp tu la susah nak jumpa skrg ni...dulu kt rumah mak long ada..skrg ni...dah xde dah... :)

    ReplyDelete
  4. aku suka artikel fakta2 ni . hoho .

    thanks sbb share !

    ReplyDelete
  5. air force 1 shoes, http://www.airforce1.us.com/
    cheap wedding dresses, http://www.cheap-weddingdresses.net/
    michael kors handbags, http://www.michaelkorshandbags.in.net/
    puma outlet, http://www.pumaoutletonline.com/
    cheap nfl jersey, http://www.cheap-nfljersey.us.com/
    air jordan 4 free shipping, http://www.airjordan4.org/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassescheap.us.com/
    tory burch outlet online, http://www.toryburchoutletonline.in.net/
    real madrid jersey, http://www.realmadridjerseystore.com/
    cheap snapbacks, http://www.cheapsnapbacks.us.com/
    hermes outlet, http://www.hermesbags.co.uk/
    hermes birkin, http://www.hermesbirkin.org/
    49ers jersey, http://www.sanfrancisco49ersjerseys.us/
    giuseppe zanotti outlet, http://www.giuseppe-zanotti-outlet.org/
    nike air huarache, http://www.nike-airhuarache.co.uk/
    abercrombie fitch, http://www.abercrombie-fitch.us.com/
    seahawks jersey, http://www.seattleseahawksjersey.us/
    prada outlet, http://www.pradaoutlet.us/
    dallas cowboys jersey, http://www.dallascowboysjersey.us/
    juicy couture outlet, http://www.juicycoutureoutlet.net/
    michael kors outlet online, http://www.michaelkorsoutletonlinstore.us.com/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglasses-outlet.us.com/
    new orleans saints jerseys, http://www.neworleanssaintsjerseys.us/
    beats by dre, http://www.beatsbydrdre-headphones.us.com/
    mbt shoes, http://www.mbtshoesoutlet.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete