11 August 2011

mengapa puasa ?

  4 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi singgah menjengah ke sini. Dah melangkaui seminggu berpuasa ni semangat nak raya nampaknya dah mula berkobar kobar. Di setiap media dah mula dipenuhi dengan iklan raya. Lagu raya semakin rancak berkumandang di corong radio. 

Jangan pedulikan sangat pasal raya tu. Belum tentu lagi kita dapat meraikannya. Mana la tau kot kot ajal datang menjelma sebelum sempat tiba hari raya tu. Mintak dijauhkan la ye tak ? Tapi andai tiba jugak masanya tu, terima je la dengan redho.



Tajuk entri hari ni mungkin sedikit macam soalan kebudak budakan. Kalau ditanya pada budak budak pun dah tentu diorang boleh jawab barangkali. Persoalannya, mengapa kita berpuasa ?

Soalan yang cukup mudah dan ringkas. Tapi jawapannya mungkin berlainan. Cuba tanyakan pada diri sendiri, mengapa kita berpuasa ? Andai jawapannya kerana menjalankan kewajipan terhadap perintah Allah, alhamdulillah la. Boleh dapat 100 markah. Kemungkinan ada jugak yang menjawab kerana semua orang berpuasa lalu kita jugak berpuasa. 



Apa jua jawapannya, kembalikan la niat tu segalanya kerana Allah. Tetapi, ada pulak tapinya ni. Kebanyakan orang akan kelihatan hebat kerana dapat menjawab dengan tepat, berpuasa kerana Allah, berpuasa kerana ianya perintah Allah. Tapi ada perkara yang kita lupa sebenarnya.

Kebanyakan dari kita mungkin terlupa, ada perintah wajib yang lebih utama dari ibadah puasa ni yang harus kita dahulukan. Berapa ramai antara kita yang mengutamakan ibadah puasa dari menjalani ibadah solat ? Sedangkan solat juga adalah kewajipan yang harus kita tunaikan.



Separuh hari sanggup menahan lapar dan dahaga demi menunaikan kewajipan berpuasa ni. Bila tiba waktu berbuka, dilahap segala juadah sampai tersandar kekenyangan hinggakan nak bangun menunaikan solat maghrib pun dah malas. Mungkin tak terfikir lansung nak bersegera menunaikan solat maghrib yang singkat waktunya.



Ada jugak yang cerdik pandai, kononnya mengambil berkat dengan melewatkan sahur. Memang cerdik pandai sebab mampu melewatkan bersahur tu sehingga tiba waktu imsak. Malangnya dalam waktu 10 minit kemudian dari imsak tu, boleh pulak tarik balik selimut setelah kekenyangan dan mengabaikan solat subuh yang hanya dua rakaat untuk ditunaikan. 


Tu baru tentang kewajipan solat. Belum lagi kewajipan dalam menutup aurat pulak. Sedangkan menutup aurat pun perintah dari Allah jugak. Dalam ketekunan berpuasa, pakaiannya tertonjol sana sini. Kepalanya pulak telanjang. Entah pada siapa nak ditayangkan pun tak pasti la.



Adakah kebanyakan kita menjadikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni ibarat acara tahunan je ? Adakah kerana malu andainya diketahui orang lain yang kita tidak berpuasa maka kita sanggup menahan lapar dan dahaga ? Atau lebih teruk lagi ada jugak yang memperolok olokkan puasa. 


Nabi junjungan kita sendiri pernah bersabda yang mana bermaksud, "berapa ramai dari kalangan manusia berpuasa tapi tidak memperolehi apa apa kecuali hanya lapar dan dahaga" 


Tanyakan kembali pada diri kita sendiri, mengapa kita berpuasa ? Adakah kerana ikutan atau benar benar untuk mencari keredhoan Allah ? 



4 comments: