29 October 2011

Kerja oh kerja

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Alhamdulillah pagi ni cuaca di bandar Ipoh agak cerah berbanding semalam. 

Apa program yang dilakukan hujung minggu ni ? Mungkin ada yang keluar membeli belah dengan rakan rakan atau keluarga kot maklum la gaji pun dah masuk. Kalau berbelanja tu biar la berpada pada. Jangan belum sampai hujung bulan dah kering poket pulak.


Bagi yang menetap berhampiran Ipoh ni, kalau takde apa apa program nak dibuat hari minggu ni boleh la ke Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) yang terletak di Gopeng. Terutamanya bagi lepasan graduan atau sesiapa saja yang masih mencari pekerjaan.


Untuk makluman rakan rakan, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak ada mengadakan Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja yang akan berlansung selama dua hari bermula hari ni dan akan berakhir esok. Programnya bermula seawal jam 9 pagi hingga ke jam 4 petang.


Antara aktiviti yang berlansung selama dua hari ni seperti temuduga terbuka, seminar kerjaya, ujian psikometrik, pameran kerjaya, khidmat nasihat pekerjaan dan pendaftaran di JobsMalaysia.


Bagi yang berminat, boleh la hadir mana la tau ada rezeki boleh menjana pendapatan sendiri pulak lepas ni. Jangan terlepas peluang sebab program ni akan berakhir esok. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.


27 October 2011

iPad 2 16Gb

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat rakan rakan pengunjung. Hari ni lambat sikit kemas kini entri sebab sepanjang pagi tadi duduk menghabiskan masa kat klinik je. Bukan ada siapa siapa sakit pun cuma bawak wifey aku buat pemeriksaan rutin untuk ibu mengandung.

Hari ni masa tengok tengok kat facebook, rasa macam tertarik pulak pada satu kontest yang dianjurkan oleh Trend Micro MY. Tak susah pun nak masuk. Cuma kena letakkan gambar "Nooo" je. Contohnya macam kat bawah ni. 


Hehehe..senang je kan ? Disebabkan aku ada model sambilan yang sentiasa bersedia untuk bergaya dalam apa juga gaya yang diperlukan, tak jadi masalah la untuk mendapatkan gambar "Nooo" tu.

Hadiahnya pulak boleh tahan la. Daripada terketar tangan mengeluarkan duit untuk mendapatkan hadiah ni, mana la tau kot kot ada rezeki boleh dapat percuma. IPAD 2 16Gb menjadi taruhan bakal dihadiahkan oleh Trend Micro MY


Tarikh tutup kontest ni pada 18 November 2011. Masih berkesempatan lagi tu kalau ada yang ingin mencuba nasib. Ada rezeki, iPad2 16Gb ni mungkin menjadi milik korang kalau bukan jadi milik aku. Jom ramai ramai memeriahkan lagi kontest ni.



Cuma klik je pada link atau gambar yang ada dalam entri ni untuk menyertai. Bonusnya, nama sebenar aku akan terdedah kat situ. Hehehehe..



26 October 2011

25 October 2011

Phyllanthaceae

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung. Kalau ada yang sedar, kadang kadang tajuk entri dalam blog aku ni ada yang menggunakan bahasa saintifik padahal aku bukan la seorang ahli saintis. 


Walaupun aku boleh nak letakkan bahasa yang lebih mudah untuk difahami tapi sekali sekala apa salahnya kalau kita belajar jugak bahasa saintifik ni tul tak ?

Supaya rakan rakan pengunjung tak susah hati dan pening kepala memikirkan apa ke benda phyllanthaceae ni, dalam bahasa yang lebih biasa kita dengar ialah cermai.


Ada yang tak kenal dengan cermai ni ke ? Cermai ni adalah nama bagi pokok yang dikatakan berasal dari Madagascar dan tumbuh meliar di beberapa negara asia tenggara termasuk la Malaysia. 

Ianya adalah sejenis pokok yang berbuah dan biasanya kita jumpa buah dia tu dalam bentuk jeruk atau halwa yang ada dijual di kedai runcit atau pasaraya. Disebabkan rasa buahnya yang agak masam, jarang sangat kita jumpa buah cermai yang mentah dijual di pasar.


Pokok cermai ni banyak jugak kegunaan dan khasiat yang terdapat dari bahagian bahagian yang ada pada pokok cermai ni sendiri. Contohnya bahagian batang dan dahannya boleh dijadikan sebagai bahan api. 

Kandungan nutrien yang terdapat dalam buah cermai tu pulak dikatakan boleh digunakan sebagai salah satu perubatan tradisional dengan dijadikan tonik untuk memperbaiki saluran darah.


Daun pokok cermai ni pulak dikatakan boleh dijadikan penawar bagi penyakit gonorrhrea. Selain tu, bagi yang mengalami masalah berat badan juga boleh mencuba minum air rebusan daun cermai ni untuk menghilangkan masalah berat badan. Daunnya yang mempunyai khasiat lasaktif mampu untuk memudahkan membuang air besar. Selain tu daun cermai juga mengandungi saponin dan tanin yang bermanfaat untuk menyingkirkan penyerapan glukos dan kolesterol dari dinding usus.

Akar pokok cermai yang direbus juga boleh dijadikan penawar bagi mengubati batuk, menyejukkan badan dan menghilangkan sakit kepala. Bukan tu je, akarnya yang dikunyah juga dikatakan boleh mengubati penyakit lelah atau athma. 


Dan cermai ni jugak menyebabkan aku sedikit pening kepala. Sebab apa ? Jenuh aku mencari buah cermai mentah ni. Bukan aku nak juat jeruk untuk dijual sebagai pendapatan tambahan, tapi permintaan ibu mengandung yang mengidamkan buah cermai. Hehehe..


20 October 2011

Tergamaknya kau

  9 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Hari ni semasa mentelaah akhbar dalam talian, terbaca pulak pasal kisah seorang anak yang tergamak mengugut mak dia sendiri demi melebihkan kekasih hatinya.


Bukan ugut nak buat mogok lapar atau tak nak mandi seminggu, tapi diugutnya nak tikam mak dia tu dengan penebuk tin susu sebab mak dia tak kasi anak dia pinjamkan kereta Toyota Vios kepada kekasih hatinya tu. Tak cukup dengan tu, paksa pulak mak dia bagi duit RM1500 bersama dengan geran kereta sebab nak pergi ke Thailand. 


Oleh kerana tu, mahkamah menetapkan denda sebanyak RM3000 ke atas anak yang derhaka tu atas kesalahan yang dilakukan terhadap mak dia. Masalahnya, dia tu dah la penggangur. Camne dia nak bayar denda yang ditetapkan mahkamah tu ? Mane nak cari duit ? Kemungkinan besar mak dia yang diugut tu jugak la yang akan membayarkan denda tu.


Biasa yang kita dengar kes kes sebegini melibatkan golongan penagih yang dah kehabisan sumber untuk membeli bekalan diorang tu. Tapi kes yang ni agak unik jugak la sebab melibatkan kekasih hati pulak.


Tergamak tul nak ugut mak sendiri sampai camtu sekali. Padahal mak dia tu la yang bersusah payah membesarkan dia dari tapak kaki tu sebesar dua jari. Tak cukup dengan tu ditambah lagi dengan segala kepayahan sewaktu mengandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari. Tak dikira lagi bagaimana mak dia tu bertarung nyawa untuk melahirkan.


Tapi bukan la nak tumpukan pada dia tu je. Kita kita ni pun kena la beringat sama. Jangan sesekali menderhaka pada mak kita sendiri. Kena ingat selalu segala susah payah mak kita dari kita berada dalam kandungan lagi. 


Macam aku yang dah tak mempunyai mak kandung mungkin dah kehabisan peluang nak memberikan segala kegembiraan untuk dikecapinya. Cuma doa yang tak putus setiap kali selepas solat je la yang mampu aku hadiahkan untuk mak aku.


Walau berapa lama pun kita hidup, tak kita setua mana pun usia kita ni selagi kita mempunyai mak yang melahirkan kita ke dunia ni, jangan la rasa malu malu nak mengucapkan kata kata cinta dan sayang pada mak kita tu. Kalau pada kekasih boleh diucapkan sejam sekali, pada mak sendiri takkan tak boleh kot ?


Hargailah mak kita tu selagi ada. Walaupun kita ni hidup berjaya kaya raya, bukan kesenangan hidup yang mak kita tu nak sebenarnya. Cukup kalau kita melimpahkan kasih sayang pada mak kita tu melebihi dari apa yang kita perolehi masa kita kecik dulu. Tapi tak tau la pulak kalau ada mak mak yang materialistik. Hehehe..ada ke ?


19 October 2011

WW - The Walking Dead






Pelakon utama :


Andrew Lincoln sebagai Rick Grimes
Jon Bernthal sebagai Shane Walsh
Sarah Wayne Callies sebagai Lori Grimes
Norman Reedus sebagai Daryl Dixon
Laurie Holden sebagai Andrea
Jeffrey DeMunn sebagai Dale Horvath
Steven Yeun sebagai Glenn
Chandler Riggs sebagai Carl Grimes
IronE Singleton sebagai T-Dog


Waktu tayangan @ Starmovies ch 413 :

Episod 1 - Ahad, 23 Okt @ 11pm
Episod 2 - Jumaat, 28 Okt @ 11pm
Episod 3 - Jumaat, 4 Nov @ 11pm
Episod 4 - Jumaat, 11 Nov @ 11pm
Episod 5 - Jumaat, 18 Nov @ 11pm
Episod 6 - Jumaat, 25 Nov @ 11pm
Episod 7 - Jumaat, 2 Dis @ 11pm

18 October 2011

prihatin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Ketika menonton awal berita malam semalam memang membuatkan hati sangat tersentuh. Kejadian yang berlaku di negara China dan negara kita yang melibatkan seorang kanak kanak dan seorang bayi yang tak berdosa tu sungguh memilukan.


Melihatkan rakaman bagaimana seorang kanak kanak berusia dua tahun yang koma dilanggar oleh dua kenderaan dan tidak diperdulikan oleh orang yang lalu berhampiran tempat kejadian di negara China tu benar benar meremukkan hati kebapaan aku ni.


Disusuli pula dengan kejadian yang berlaku di Sarawak dimana seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati dikelar oleh ibunya sendiri yang merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun. 

Tak cukup dengan tu, satu lagi penemuan bayi yang baru lahir masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang di Baling, Kedah.


Apa yang nak jadi dengan dunia sekarang ni ? Kemana hilangnya sifat perikemanusiaan ? Kategori apakah makhluk makhluk yang tergamak melakukan segala perkara sebegini terhadap nyawa nyawa yang tak berdosa tu ?

Andai nak dikelaskan sebagai manusia, ke mana pergi akal fikiran yang dikurniakan Allah tu ? Di mana hilangnya belas kasihan yang umumnya sudah menjadi fitrah manusia sejak azali lagi ?


Andai nak dikelaskan sebagai haiwan, sebodoh bodoh haiwan yang tak dikurniakan akal fikiran untuk berfikir pun tak ada yang sanggup memperlakukan kekejaman terhadap anak anak sendiri. Kecuali la memang sudah menjadi fitrah melansungkan kehidupan bagi sesetengah haiwan tu.


Mengenai kejadian di negara China tu, khabarnya kanak kanak tersebut masih lagi berada dalam rawatan rapi memandangkan kecederaan yang dialaminya sangat kritikal. [Sumber terkini]


Berkenaan kejadian yang berlaku di negara kita pula, semoga kejadian seumpama ni akan ada nokhtahnya. Sayangilah anak anak, tak kira walau anak siapa pun kerana mereka hanyalah manusia kecil yang tak mengerti apa apa, ibarat kain putih yang suci bersih. Jadilah manusia yang prihatin tanpa mengira usia, budaya, bangsa mahupun agama.


17 October 2011

kalau dah kontot ...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Sejak kebelakangan ni nampaknya semakin kurang pula entri dikemaskini. Bukan sebab kemungkinan PRU-13 bakal diumumkan tarikhnya tapi kadang kadang tu kekurangan waktu perdana ketika idea untuk mengemaskini datang.


Pagi ni dalam kesempatan melayari akhbar dalam talian secara rambang, aku terbaca tentang kejadian yang berlaku di Taiwan berkenaan seorang isteri  bertindak menggunting kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam sungai akibat berang terhadap suaminya.


Motifnya adalah kerana membalas dendam terhadap suaminya yang menjalinkan hubungan sulit dan penderaan fizikal yang dilakukan terhadapnya. Wanita itu kemudiannya menyerah diri kepada polis tanpa sedikit penyesalan pun sebab suaminya tu sudah la mengganggur, menagih dadah pulak tu. 

Berkemungkinan wanita warga Vietnam tu boleh dipenjarakan selama 12 tahun jika didapati sabit kesalahan oleh pihak mahkamah. 

Ngilu jugak aku rasa bila membayangkan 'anu' tu dipotong kontot. Sedangkan masa aku zaman budak budak dulu tu nak berkhatan pun rasa macam nak pitam je membayangkan sebahagian dari anggota badan dipotong walaupun hanya sekadar kulit.


Banyak kali jugak la cerita pasal organ kelakian ni dipotong oleh pasangan yang tak puas hati dengan kecurangan yang diperlakukan oleh suami suami diorang tu. Ada yang berjaya di sambung kembali dan ada jugak yang terpaksa hidup dengan kekontotan. 

Nak kesian ke ? Pada aku la, walaupun nampak agak tak berperikemanusiaan bila hukuman camtu dijatuhkan oleh pasangan yang dicurangi tu tapi padan muka jugak la pada lelaki lelaki yang berhidung belang tu. 


Cuma aku tak dapat nak bayangkan je la camne la lelaki lelaki yang jadi mangsa tu nak menjadi lelaki kalau dah kontot. 


13 October 2011

kanan atau kiri ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Pagi tadi sementara menunggu roti canai siap dibungkus sempat juga aku membaca akhbar yang disediakan. Dalam banyak banyak berita yang tertulis dalam akhbar tu hanya satu rencana yang menarik perhatian aku.


Ianya mengenai persoalan pemanduan yang mana lebih efektif bagi mengurangkan kemalangan jalan raya. Dalam rencana tu mengatakan pemanduan sebelah kiri lebih patut digunapakai berdasarkan faktor kajian tindakbalas refleks manusia ketika pemanduan.


Adakah satu hari nanti akan diwajibkan menukar dari pemanduan kanan ke pemanduan kiri pula sebagaimana wajibnya memasang tali keledar untuk penumpang belakang ?

Pada pendapat aku walaupun ada teorinya mengatakan pemanduan kiri lebih efektif bagi mengelakkan kemalangan, sebenarnya yang penting sikap pemandu yang memandu tu sendiri juga. 


Pengeluar kenderaan sentiasa menitik-beratkan aspek keselamatan kenderaan dengan berbagai ujian sebelum dipasarkan untuk pengguna. Pihak berwajib yang menyediakan kemudahan jalan raya juga sentiasa berusaha menaik-taraf dan memperbaiki segala kemudahan agar pengguna lebih selamat ketika di jalan raya. 


Tapi bagaimana pula dengan para pemandu kita ? Adakah semuanya patuh pada segala undang undang yang dikuatkuasakan ? Apakah pelaksanaan lesen memandu percubaan selama dua tahun yang diperkenalkan tu benar benar mendidik pemandu di negara kita mematuhi segala peraturan ?


Bila kita tengok pula pada statistik Ops Sikap yang saban tahun diadakan ketika musim perayaan angka jumlah kemalangan yang dicatatkan tidak pernah sunyi dari peningkatan. Apakah faktor peningkatan kenderaan yang menyebabkan kemalangan ?


Selagi sikap buruk para pemandu tidak dapat dibendung maka jalan jalan raya di dunia ni takkan aman dari kemalangan. Kesimpulannya bukan salah kenderaan yang dipandu, bukan salah kemudahan jalan raya, bukan salah faktor cuaca atau sebagainya, bukan kiri atau kanan, tapi punca utamanya tak lain tak bukan ianya hasil dari sikap pemandu yang memandu kenderaan tu juga akhirnya.


12 October 2011

11 October 2011

Makan kawan

  1 komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Cuaca kat Ipoh buat beberapa hari ni agak tak menentu. Kadang kadang hujan di sebelah pagi. Kadang kadang hujan di sebelah petang. Ada ketikanya hujan sepanjang malam. 


Semalam lepas habis mengajar anak D.B, sempat jugak aku berborak sekejap dengan D.B kebetulan dia balik ke Ipoh untuk menguruskan beberapa urusan perniagaan. Aku rasa hampir tiga bulan jugak la tak bersua muka dengan D.B ni memandangkan dia banyak menguruskan perniagaan yang berpusat di Kuala Lumpur.


Walaupun tak lama kami berborak, sempat jugak la dia menceritakan tentang beberapa rakan kongsi yang berlaku kejam. Sudah la melarikan diri setelah mendapat beberapa projek yang diberikan oleh DB, tak cukup dengan tu segala modal dan pelaburan yang disuntik oleh DB pun digelapkan. 


Bila aku bertanyakan tentang anggaran jumlah yang dikhianati tu, telan air liur jugak aku dibuatnya. Lebih dari RM4 juta merangkumi modal termasuk la bahan bahan mentah pembinaan. Kalau dapat kat aku RM4 juta tu, cerah masa depan. Hehehe..


Aku bersimpati jugak dengan apa yang berlaku pada DB tu tapi tu la kehidupan. Takkan pernah sunyi dari ujian dari Allah. Kadang kadang tu kalau kita ni sihat cergas, Allah uji kita dengan kesihatan kita tu. Kalau kita ni banyak harta, Allah uji kita dengan harta kita tu. Kalau kita ni ramai anak, Allah uji kita dengan anak anak kita tu. Cuma bergantung pada kita je la camne nak menghadapi ujian tu samada redho dan tabah atau cepat berputus asa dan menyalahkan takdir.


Dan lagi, kadang kadang orang yang kita percayai pun boleh jadi musuh sendiri. Kalau dulu kawan, tiba tiba boleh jadi lawan. Tu belum lagi spesis kawan makan kawan. Kalau terjadi pada diri kita camne ? Sebab tu selalu kita dengar, berhati hati bila nak mencari kawan. Tapi apa yang penting, jangan kita pulak la yang jadi pemakan kawan tu sudah la. 


10 October 2011

Teknologi sepanjang zaman

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung. Pagi ni masa merehat rehatkan diri sambil menonton TV rancangan History berkenaan tajuk Ancient Aliens, agak menarik jugak huraian yang diperbincangkan tu. Tapi malangnya ianya hanya melibatkan perbincangan para saintis yang berkisar dengan teori dan kefahaman sains diorang je. 


Aku rasa kalau la diorang temubual sekali para ahli ilmuan Islam yang boleh menghuraikan setiap penjelasan bersandarkan Al Quran dan Hadis sudah tentu lebih menarik.

Adakah kebanyakan monumen peninggalan sejarah yang ditinggalkan berabad dulu tu melibatkan campur tangan asing yang bukan dari makhluk bumi ni ? Dengan kehalusan seni pembinaan yang ada tu sehinggakan menafikan penglibatan manusia dalam pembinaannya ?


Kalau aku nak komen lebih lebih, aku ni bukan la ahli kaji sejarah bukan pula ahli sains mahupun profesor dalam apa apa bidang pun. Tapi bagi aku, tak mustahil pun segala peninggalan sejarah tu adalah hasil dari teknologi sepanjang zaman bermula dari Nabi Adam a.s lagi. 

Bagaimana Allah telah mengajarkan Nabi Adam tentang segala ilmu pengetahuan yang mana tidak diketahui oleh makhluk lain kecuali Allah jua, kemudian bagaimana Allah melaksanakan penciptaan Nya dengan meletakkan Nabi Adam sebagai manusia untuk mentadbir alam dunia ni.


Adakah Allah membiarkan Nabi Adam untuk mentadbir alam dunia ni tanpa ada sebarang ilmu pengetahuan ? Adakah benar manusia ni asalnya begitu bodoh sepertimana yang kita belajar dari buku sejarah ? 

Tak termasuk lagi dengan fahaman Darwin yang mengatakan manusia ni berasal dari keturunan beruk yang berevolusi. Belum lagi kerosakan fahaman yang mendidik kita ni bahawa manusia ni bermula hidup di dalam gua dan sebagainya. 


Mungkin kerana kita sekarang ni hidup dalam suasana teknologi kononnya serba maju maka kita memandang bahawa apa yang tertinggal berabad dulu tu sebagai satu teknologi kuno yang tak mungkin dihasilkan oleh manusia semata mata. 

Mungkin kita lupa, sebelum terciptanya komputer di masa penggunaan mesin taip maka mesin taip itu la ciptaan termaju yang pernah tercipta. Adakah kemajuan tu semua hasil dari campur tangan makhluk lain selain manusia yang mengajarkan kita bagaimana untuk mencipta sesuatu ciptaan baru ? 


Apa pun, sebagai Muslim kita kena la lebih meyakini dengan apa yang terkandung dalam Al Quran tu yang sudah pasti teorinya lebih tepat apabila dikaji secara mendalam ditambah dengan sandaran dari Hadis Nabi SAW.