06 October 2011

Akhirnya kau pergi jua

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Pagi ni terpampang kat media pasal Steve Jobs, pengasas Apple meninggalkan dunia pada usia 56 tahun dikatakan akibat barah pankreas. 


Tapi bukan itu yang aku sedih sangat. Bukan pasal dia yang pergi, tapi akhirnya gigi geraham aku meninggalkan aku untuk selama lamanya pagi ni. 

Masih terasa kebasnya lidah dan gusi aku ni kesan suntikan ubat kebas yang disuntik oleh doktor tadi walaupun pendarahan sudah berhenti.

Aku sebenarnya tersangat takut dengan doktor gigi terutama bila melibatkan cabut mencabut gigi. Bukan bab gigi dicabut tu tapi yang paling aku rasa ngeri bila nak kena cucuk jarum tu. Kalau masa aku budak budak dulu ntah berapa kali aku melarikan diri dari klinik gigi sebab takut nak kena jarum. 
Cuma pagi ni aku terpaksa jugak la memberanikan diri sebab gigi geraham aku tu memang sepatutnya tak patut untuk diselamatkan melalui kaedah tampalan sebab dah pecah separuh. Nasib baik la doktor yang merawat aku tu bersopan santun dan lemah lembut orangnya. Siap bagitau situasi yang bakal dilakukan masa operasi mencabut gigi bakal dijalankan.

Selesai urusan kat klinik gigi, aku bergegas ke pejabat pos pulak untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan motor aku tu. Dengan lidah yang kebas, jenuh jugak aku nak bercakap. Lain macam je percakapan aku. Tahun ni nilai insuran kenderaan bermotor naik pulak. Nak tak nak bayar aje la. Kebetulan cukai jalan dan insuran motor aku tu tamat tempoh hari ni jugak. 


Esok, belanjawan negara untuk penggal 2012 akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib di Dewan Negara. Khabarnya akan mengimbangi kepentingan negara dan keperluan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Jangan indah khabar dari rupa je sudah la.


10 comments:

  1. errr...sy paling tak suka ke klinik gigi...mmg seram...

    hmm...pengasas apple..dah pergi...syg...dia berketurunan Islam..ayahnya beragama Islam...tp tak amalkan cara hidup islam..dia di besarkan dalam keluarga kristian...hingga la ke akhir hayatnya...

    belanjawan...tunggu dan lihat je la..huhu...

    ReplyDelete
  2. nabilah_2908 :

    memang menyeramkan klinik gigi tu..

    tu la, sayang tul bila ada keturunan muslim yang terpesong camtu..

    ReplyDelete
  3. tadi dia baru je mengadu sakit gusi..kena cabut gg geraham mmg la sakit gusi oi husband..sy aritu kena bedah gigi,relax je..hehe..rase cam budak2 je bila dia ngadu camtu..

    ReplyDelete
  4. ada doc pesan jgn minum
    or makan lepas tu tak... hehe

    pernah kena cabut gigi time pregnant
    syahmi...sakit sgt terpaksa cabut gak
    sakitttt ooooo...huhu

    ReplyDelete
  5. Yang dicabut gigi kekal. Sayangnya

    ReplyDelete