17 October 2011

kalau dah kontot ...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Sejak kebelakangan ni nampaknya semakin kurang pula entri dikemaskini. Bukan sebab kemungkinan PRU-13 bakal diumumkan tarikhnya tapi kadang kadang tu kekurangan waktu perdana ketika idea untuk mengemaskini datang.


Pagi ni dalam kesempatan melayari akhbar dalam talian secara rambang, aku terbaca tentang kejadian yang berlaku di Taiwan berkenaan seorang isteri  bertindak menggunting kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam sungai akibat berang terhadap suaminya.


Motifnya adalah kerana membalas dendam terhadap suaminya yang menjalinkan hubungan sulit dan penderaan fizikal yang dilakukan terhadapnya. Wanita itu kemudiannya menyerah diri kepada polis tanpa sedikit penyesalan pun sebab suaminya tu sudah la mengganggur, menagih dadah pulak tu. 

Berkemungkinan wanita warga Vietnam tu boleh dipenjarakan selama 12 tahun jika didapati sabit kesalahan oleh pihak mahkamah. 

Ngilu jugak aku rasa bila membayangkan 'anu' tu dipotong kontot. Sedangkan masa aku zaman budak budak dulu tu nak berkhatan pun rasa macam nak pitam je membayangkan sebahagian dari anggota badan dipotong walaupun hanya sekadar kulit.


Banyak kali jugak la cerita pasal organ kelakian ni dipotong oleh pasangan yang tak puas hati dengan kecurangan yang diperlakukan oleh suami suami diorang tu. Ada yang berjaya di sambung kembali dan ada jugak yang terpaksa hidup dengan kekontotan. 

Nak kesian ke ? Pada aku la, walaupun nampak agak tak berperikemanusiaan bila hukuman camtu dijatuhkan oleh pasangan yang dicurangi tu tapi padan muka jugak la pada lelaki lelaki yang berhidung belang tu. 


Cuma aku tak dapat nak bayangkan je la camne la lelaki lelaki yang jadi mangsa tu nak menjadi lelaki kalau dah kontot. 


11 comments:

  1. Itulah senjata ampuh yang letaknya kegoan seorang lelaki. Kalau sudah kontot tidaklah jantan perkasa lagi :-)

    ReplyDelete
  2. erk,pelik dengan suami die.d la xkerja,panagih dadah,ade hati lagi nak maen pompuan?haih.

    ReplyDelete
  3. manusia sekarang semakin gila kan..?

    kalau kat sana cerita tntg potong anu suami..

    yg kat sini...cerita letupkan bom ketika isteri mandi....haih...

    ReplyDelete
  4. berani betol ye isteri dia?! bila dah amarah kuasai dri..setan pon bermaharajalela la..

    ReplyDelete