13 October 2011

kanan atau kiri ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Pagi tadi sementara menunggu roti canai siap dibungkus sempat juga aku membaca akhbar yang disediakan. Dalam banyak banyak berita yang tertulis dalam akhbar tu hanya satu rencana yang menarik perhatian aku.


Ianya mengenai persoalan pemanduan yang mana lebih efektif bagi mengurangkan kemalangan jalan raya. Dalam rencana tu mengatakan pemanduan sebelah kiri lebih patut digunapakai berdasarkan faktor kajian tindakbalas refleks manusia ketika pemanduan.


Adakah satu hari nanti akan diwajibkan menukar dari pemanduan kanan ke pemanduan kiri pula sebagaimana wajibnya memasang tali keledar untuk penumpang belakang ?

Pada pendapat aku walaupun ada teorinya mengatakan pemanduan kiri lebih efektif bagi mengelakkan kemalangan, sebenarnya yang penting sikap pemandu yang memandu tu sendiri juga. 


Pengeluar kenderaan sentiasa menitik-beratkan aspek keselamatan kenderaan dengan berbagai ujian sebelum dipasarkan untuk pengguna. Pihak berwajib yang menyediakan kemudahan jalan raya juga sentiasa berusaha menaik-taraf dan memperbaiki segala kemudahan agar pengguna lebih selamat ketika di jalan raya. 


Tapi bagaimana pula dengan para pemandu kita ? Adakah semuanya patuh pada segala undang undang yang dikuatkuasakan ? Apakah pelaksanaan lesen memandu percubaan selama dua tahun yang diperkenalkan tu benar benar mendidik pemandu di negara kita mematuhi segala peraturan ?


Bila kita tengok pula pada statistik Ops Sikap yang saban tahun diadakan ketika musim perayaan angka jumlah kemalangan yang dicatatkan tidak pernah sunyi dari peningkatan. Apakah faktor peningkatan kenderaan yang menyebabkan kemalangan ?


Selagi sikap buruk para pemandu tidak dapat dibendung maka jalan jalan raya di dunia ni takkan aman dari kemalangan. Kesimpulannya bukan salah kenderaan yang dipandu, bukan salah kemudahan jalan raya, bukan salah faktor cuaca atau sebagainya, bukan kiri atau kanan, tapi punca utamanya tak lain tak bukan ianya hasil dari sikap pemandu yang memandu kenderaan tu juga akhirnya.


15 comments:

  1. sikap pemandu lebih penting rasanya..

    ReplyDelete
  2. besarnye ic pakcik!hahah
    yup2,aku rase paling penting attitude kite atas jalan.

    ReplyDelete
  3. berkaitan je dgn entri di blog sy hari ni kan..huhu..

    ReplyDelete
  4. kadang yang hangin tu bawa belah
    kana tapi drive mcm kura2 ...

    ReplyDelete
  5. x suka dgn sikap pemandu yg suka memandu laju x kira tmpt. especially suami sy..kecut perut dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. mcmna tu naik moto mcmtu. lol:D nanya sungguh tengok!

    ReplyDelete
  7. This blog is so nice to me. I will continue to come here again and again. Visit my link as well. Good luck
    http://www.jualobataborsiherbal.com/ obat aborsi
    http://caramenggugurkankandungan.info/ cara menggugurkan kandungan
    http://jualobatpenggugurkandungan.net/ obat penggugur kandungan
    http://obataborsi59.com/ obat aborsi
    http://obattelatdatangbulan.info/ obat telat datang bulan
    http://klinikobataborsi.com/ jual obat aborsi

    ReplyDelete