25 October 2011

Phyllanthaceae

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung. Kalau ada yang sedar, kadang kadang tajuk entri dalam blog aku ni ada yang menggunakan bahasa saintifik padahal aku bukan la seorang ahli saintis. 


Walaupun aku boleh nak letakkan bahasa yang lebih mudah untuk difahami tapi sekali sekala apa salahnya kalau kita belajar jugak bahasa saintifik ni tul tak ?

Supaya rakan rakan pengunjung tak susah hati dan pening kepala memikirkan apa ke benda phyllanthaceae ni, dalam bahasa yang lebih biasa kita dengar ialah cermai.


Ada yang tak kenal dengan cermai ni ke ? Cermai ni adalah nama bagi pokok yang dikatakan berasal dari Madagascar dan tumbuh meliar di beberapa negara asia tenggara termasuk la Malaysia. 

Ianya adalah sejenis pokok yang berbuah dan biasanya kita jumpa buah dia tu dalam bentuk jeruk atau halwa yang ada dijual di kedai runcit atau pasaraya. Disebabkan rasa buahnya yang agak masam, jarang sangat kita jumpa buah cermai yang mentah dijual di pasar.


Pokok cermai ni banyak jugak kegunaan dan khasiat yang terdapat dari bahagian bahagian yang ada pada pokok cermai ni sendiri. Contohnya bahagian batang dan dahannya boleh dijadikan sebagai bahan api. 

Kandungan nutrien yang terdapat dalam buah cermai tu pulak dikatakan boleh digunakan sebagai salah satu perubatan tradisional dengan dijadikan tonik untuk memperbaiki saluran darah.


Daun pokok cermai ni pulak dikatakan boleh dijadikan penawar bagi penyakit gonorrhrea. Selain tu, bagi yang mengalami masalah berat badan juga boleh mencuba minum air rebusan daun cermai ni untuk menghilangkan masalah berat badan. Daunnya yang mempunyai khasiat lasaktif mampu untuk memudahkan membuang air besar. Selain tu daun cermai juga mengandungi saponin dan tanin yang bermanfaat untuk menyingkirkan penyerapan glukos dan kolesterol dari dinding usus.

Akar pokok cermai yang direbus juga boleh dijadikan penawar bagi mengubati batuk, menyejukkan badan dan menghilangkan sakit kepala. Bukan tu je, akarnya yang dikunyah juga dikatakan boleh mengubati penyakit lelah atau athma. 


Dan cermai ni jugak menyebabkan aku sedikit pening kepala. Sebab apa ? Jenuh aku mencari buah cermai mentah ni. Bukan aku nak juat jeruk untuk dijual sebagai pendapatan tambahan, tapi permintaan ibu mengandung yang mengidamkan buah cermai. Hehehe..


13 comments:

  1. mak aih,terus kecur air liur.masa kecik2 dulu ada jugaklah pokok cermai ni kat umah jiran.la ni xdak dah.hu3

    ReplyDelete
  2. yupp..perasa je En Pipoq suka gunakan istilah saintifik dalam satu2 entri... :)

    errr...sy tak suka menda ni masam...

    nak cari org jual..mmg payah..rasanya kena masuk kampung2 baru jumpa.. :)

    ReplyDelete
  3. terliur la pulak.. eh,, og rumah mengidam ka? congrates..

    ReplyDelete
  4. teringat jeruk cermai plop... sedapnyerrr... :)

    ReplyDelete
  5. Buah Cermai kalau buat jeruk memang sedap. Kalau dulu ratah macam tuh sahaja

    ReplyDelete
  6. aleen aiden :

    hehehe..kalo kat kampung memang banyak pokok dia ni..jiran aku kat kampung pun ada pokok cermai ni..memang kecur air liur dibuatnya..

    ReplyDelete
  7. nabilah_2908 :

    sesekali kita kena tau gak istilah sains ye tak ?

    ReplyDelete
  8. miya :

    huu..tau takpe..jenuh gak nak mencari ni..

    rayn bila pulak nak dapat adik ? hehehehe..

    ReplyDelete
  9. NuraienZ :

    kalau jeruk cermai memang senang je nak cari..tapi nak cari yang mentah tu memang menyeksakan..

    ReplyDelete
  10. akubiomed :

    masa zaman bebudak kat kampung dulu memang antara buah kunyahan masa takde nak buat ape sementara tunggu kawan nak gi berbasikal pegi sekolah..

    ReplyDelete