18 October 2011

prihatin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Ketika menonton awal berita malam semalam memang membuatkan hati sangat tersentuh. Kejadian yang berlaku di negara China dan negara kita yang melibatkan seorang kanak kanak dan seorang bayi yang tak berdosa tu sungguh memilukan.


Melihatkan rakaman bagaimana seorang kanak kanak berusia dua tahun yang koma dilanggar oleh dua kenderaan dan tidak diperdulikan oleh orang yang lalu berhampiran tempat kejadian di negara China tu benar benar meremukkan hati kebapaan aku ni.


Disusuli pula dengan kejadian yang berlaku di Sarawak dimana seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati dikelar oleh ibunya sendiri yang merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun. 

Tak cukup dengan tu, satu lagi penemuan bayi yang baru lahir masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang di Baling, Kedah.


Apa yang nak jadi dengan dunia sekarang ni ? Kemana hilangnya sifat perikemanusiaan ? Kategori apakah makhluk makhluk yang tergamak melakukan segala perkara sebegini terhadap nyawa nyawa yang tak berdosa tu ?

Andai nak dikelaskan sebagai manusia, ke mana pergi akal fikiran yang dikurniakan Allah tu ? Di mana hilangnya belas kasihan yang umumnya sudah menjadi fitrah manusia sejak azali lagi ?


Andai nak dikelaskan sebagai haiwan, sebodoh bodoh haiwan yang tak dikurniakan akal fikiran untuk berfikir pun tak ada yang sanggup memperlakukan kekejaman terhadap anak anak sendiri. Kecuali la memang sudah menjadi fitrah melansungkan kehidupan bagi sesetengah haiwan tu.


Mengenai kejadian di negara China tu, khabarnya kanak kanak tersebut masih lagi berada dalam rawatan rapi memandangkan kecederaan yang dialaminya sangat kritikal. [Sumber terkini]


Berkenaan kejadian yang berlaku di negara kita pula, semoga kejadian seumpama ni akan ada nokhtahnya. Sayangilah anak anak, tak kira walau anak siapa pun kerana mereka hanyalah manusia kecil yang tak mengerti apa apa, ibarat kain putih yang suci bersih. Jadilah manusia yang prihatin tanpa mengira usia, budaya, bangsa mahupun agama.


7 comments:

  1. Manusia sudah kembali zaman Jahiliah

    ReplyDelete
  2. Saya baru tau cerita ni pagi ini. sungguh memilukan dan menggeramkan. Keprihatinan sudah semakin hilang.

    ReplyDelete
  3. org sekarang semkian hari semakin gila.... :(

    ReplyDelete
  4. kejadian kat china tu

    mmg3 menyanyat hati

    x berhait perut lgsg

    ReplyDelete
  5. sekarang ini manusia dah semakin
    hilang sifat2 kemanusian

    harap negara kita masih kuat
    lagi pegangan ini tak kira apa
    bangsa pun

    ReplyDelete