04 October 2011

seronoknya mengandung

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Maaf la sebab lama tak muat naik entri terbaru. Nak kata terlalu sibuk tu tak la jugak tapi sebab komputer riba yang selalu digunakan untuk menaip blog kat tempat kerja terpaksa dihantar ke pusat servis maka banyak kali sangat tergendala agenda nak menaip blog bila dah balik rumah.

Minggu lepas masa bawak anak aku pegi pemeriksaan kesihatan kat klinik, dalam masa yang sama jugak wifey aku mendaftarkan diri untuk pemeriksaan sebagai ibu mengandung. Anak aku cuma perlu ditambahkan berat badannya dan alhamdulillah wifey berserta kandungan berada dalam keadaan yang sangat memuaskan.

Cuma yang kesiannya wifey aku je la. Berbeza dengan kehamilan yang pertama dulu tu yang cuma menghadapi situasi muntah muntah tak kira masa, kehamilan kali ni lebih mencabar situasinya.

Bukan setakat muntah muntah yang melanda, tapi dengan alahan terhadap bau masakan, kehilangan nafsu makan walaupun pada makanan kegemaran dan tak selesa perut. 

Memang setiap individu tu tak sama pengalaman sewaktu mengandung ni. Dan semestinya sangat sukar untuk diduga. Apa yang penting, banyakkan bersabar je la. Ye la, kadang kadang tu tak dapat nak tidur lena waktu malam, kadang kadang tu rasa mengidam nak lempang suami setiap pagi, mungkin jugak ada yang mengidam nak memandu kereta F1. 

Semalam aku rasa kelakar betul bila wifey aku cakap dia nak hempuk dengan kuali pada siapa yang cakap mengandung ni seronok. Aku pun pernah jugak terbaca pasal ada orang cakap mengandung ni seronok. Aku tak pasti la kat bahagian mana yang seronok tu. Mungkin yang seronok tu bila masa nampak baby yang dalam perut tu bergerak gerak kot. Tapi dengan segala ketidakselesaan dan sakit sakit tu, seronok ke ?


14 comments:

  1. Ha..haa..bro kena hati-hati lain masa mana tahu terlepas cakap tak semena kena hempuk dengan kuali

    ReplyDelete
  2. seronok bila pk zuriat membesar lam rahim..tambah seronok bila baby gerak tendang-tendang..lagi seronok tak terkata saat pertama kali tengok wajah suci anak yang baru dilahirkan..

    harap bersabar...dugaan mengandung tu..lain anak lain pengalamannya..harap semuanya selamat nanti.

    ReplyDelete
  3. kesiannya..semoga wife anda dgn baby dlm perut semuanya baik2 saja.

    ReplyDelete
  4. bahagian masing2 kan...

    ada yg mengandung takde sebarang alah..mengidam bagai..ada yg teruk2 sampai kena masuh hospital...

    moga wife En Pipoq baik2 la hendaknya.... :)

    ReplyDelete
  5. mmg seronok mengandung..
    (lariiii!!!! - takut kena hempuk ngan kuali)hehe,,

    entry baru:
    ko datang sini sebab apa?

    ReplyDelete
  6. akubiomed :

    hahahaha..dah simpan semua kuali kat rumah..

    ReplyDelete
  7. qemaishak :

    tul tu..bila tgk muka anak yg baru berapa jam lahir kat dunia ni rasa yang tak leh nak digambarkan seronoknya tu

    ReplyDelete
  8. nabilah_2908 :

    tul tu..ape pun ibu mengandung kena jaga kesihatan diri bebaik..silap sikit je leh kena tahan kat wad owh..

    ReplyDelete
  9. miya :

    amboi..mementang la dah lepas ye..hehehe

    ReplyDelete
  10. Congratulations on your blog ! And most importantly, thank you for that content which always makes me happy !!
    http://tandatandakehamilan.net/cara-cepat-dan-selamat-menggugurkan-kandungan/ cara menggugurkan kandungan

    ReplyDelete