10 October 2011

Teknologi sepanjang zaman

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung. Pagi ni masa merehat rehatkan diri sambil menonton TV rancangan History berkenaan tajuk Ancient Aliens, agak menarik jugak huraian yang diperbincangkan tu. Tapi malangnya ianya hanya melibatkan perbincangan para saintis yang berkisar dengan teori dan kefahaman sains diorang je. 


Aku rasa kalau la diorang temubual sekali para ahli ilmuan Islam yang boleh menghuraikan setiap penjelasan bersandarkan Al Quran dan Hadis sudah tentu lebih menarik.

Adakah kebanyakan monumen peninggalan sejarah yang ditinggalkan berabad dulu tu melibatkan campur tangan asing yang bukan dari makhluk bumi ni ? Dengan kehalusan seni pembinaan yang ada tu sehinggakan menafikan penglibatan manusia dalam pembinaannya ?


Kalau aku nak komen lebih lebih, aku ni bukan la ahli kaji sejarah bukan pula ahli sains mahupun profesor dalam apa apa bidang pun. Tapi bagi aku, tak mustahil pun segala peninggalan sejarah tu adalah hasil dari teknologi sepanjang zaman bermula dari Nabi Adam a.s lagi. 

Bagaimana Allah telah mengajarkan Nabi Adam tentang segala ilmu pengetahuan yang mana tidak diketahui oleh makhluk lain kecuali Allah jua, kemudian bagaimana Allah melaksanakan penciptaan Nya dengan meletakkan Nabi Adam sebagai manusia untuk mentadbir alam dunia ni.


Adakah Allah membiarkan Nabi Adam untuk mentadbir alam dunia ni tanpa ada sebarang ilmu pengetahuan ? Adakah benar manusia ni asalnya begitu bodoh sepertimana yang kita belajar dari buku sejarah ? 

Tak termasuk lagi dengan fahaman Darwin yang mengatakan manusia ni berasal dari keturunan beruk yang berevolusi. Belum lagi kerosakan fahaman yang mendidik kita ni bahawa manusia ni bermula hidup di dalam gua dan sebagainya. 


Mungkin kerana kita sekarang ni hidup dalam suasana teknologi kononnya serba maju maka kita memandang bahawa apa yang tertinggal berabad dulu tu sebagai satu teknologi kuno yang tak mungkin dihasilkan oleh manusia semata mata. 

Mungkin kita lupa, sebelum terciptanya komputer di masa penggunaan mesin taip maka mesin taip itu la ciptaan termaju yang pernah tercipta. Adakah kemajuan tu semua hasil dari campur tangan makhluk lain selain manusia yang mengajarkan kita bagaimana untuk mencipta sesuatu ciptaan baru ? 


Apa pun, sebagai Muslim kita kena la lebih meyakini dengan apa yang terkandung dalam Al Quran tu yang sudah pasti teorinya lebih tepat apabila dikaji secara mendalam ditambah dengan sandaran dari Hadis Nabi SAW. 


6 comments:

  1. betul..

    apa2 pun kita kena berlandaskan al-quran jgn la memutar belitkan
    yg tlh termaktub

    ceewah

    selamat beramal

    =_=

    ReplyDelete
  2. dulu masa stpm ada gak blaja teori darwin nih dgn detail.tp sbb skang amek akaun,semua jenis teori dah dilupakan.keh3

    ReplyDelete
  3. klu yg melibatkan ciptaan manusia tu mmg lah boleh dipercayai tapi klu tg melibatkan ciptaan mahluk tu semua brdasarkan hadis dan al-quran. org putih ni mmg pndai mmputar belitkn fakta.

    ReplyDelete
  4. ape2 pon, al-quran adalah rujukan yg terbaik !

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang bosan juga baca buku rujukan barat ini seolah-olah menafikan golongan cerdik pandai dari dunia islam

    ReplyDelete