31 January 2012

Februari muncul kembali

  7 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan semuanya dirahmati Allah. Cepat betul masa berlalu rupanya dah sebulan meninggalkan kita di awal tahun 2012 ni. 


Dalam 30 hari pertama di tahun 2012 ni, macam macam jugak yang dah berlaku. Pemberian wang BR1M, baucar buku dan berbagai lagi kemudahan untuk rakyat seperti yang dijanjikan. 


Kalau dalam arena politik pulak antaranya pembebasan ketua pembangkang, pengguguran keahlian terhadap ahli exco negeri Selangor yang kononnya menderhaka dan kehangatan bahang PRU-13 yang semakin terasa.


Tu tak termasuk lagi dalam arena sukan yang mana antaranya kemasukan semula pemain import dalam liga bolasepak Malaysia, kejayaan pemain badminton nombor satu dunia yang berjaya mengharumkan lagi nama negara dalam kejohanan terbuka Malaysia dan yang terbaru melibatkan kemalangan ketika sesi pemilihan bagi kejohanan lumba basikal asia (ACC) 2012 di Putrajaya.


Tapi tu dah berlalu dan kini Februari muncul kembali. Apa ada dengan bulan Februari 2012 ni ? Pelancaran iPad 3 ? Hari kekasih ? 


Apa yang selalu kita fikirkan bila tibanya bulan Februari saban tahun ? Kalau aku, bila masuk je bulan Februari ni bermakna meningkatnya lagi tempoh usia kat muka bumi ni.


Untuk tahun 2012 ni antaranya warga Wilayah Persekutuan akan meraikan hari penubuhan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari ni, aku pulak akan meraikan hari ulangtahun ke 33 pada 3 Februari nanti insyaAllah. 


Dan insyaAllah seluruh negara akan menyambut hari Maulidur Rasul atau hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 5 Februari ni dan diikuti pula dengan sambutan hari Thaipusam bagi mereka yang meraikannya. 


14 Februari tu nak kena ingat jugak ke ? Apa kata untuk tahun ni kita lupakan je la tarikh 14 Februari tu kecuali la 14 Februari tu adalah tarikh sambutan ulangtahun selain dari nak ingat pasal encik Valentine tu. 




30 January 2012

fikir dulu sebelum buang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Ada yang lebam mata tak cukup tidur ke malam tadi penangan AJL ? Apa pun semoga rakan rakan semua memulakan hari di minggu ni dengan penuh bersemangat dan bertenaga.


Baru baru ni kita dikejutkan lagi dengan kisah yang menyayat hati dalam siaran berita berkenaan penemuan mayat seorang bayi yang dibuang ke dalam sungai di Ampang oleh seorang penjala ikan.

Sadisnya penemuan mayat bayi hampir reput itu yang kehilangan kepala dan sebelah kaki kanan tersangat sedih untuk ditatap gambarnya. Walau bagaimana pun alhamdulillah sekurang kurangnya jasad bayi malang tersebut terbela untuk pengadilan dan disempurnakan pengkebumiannya.


Persoalannya, mengapakah kejadian sebegini terus berlaku ? Lebih menghairankan tu, insan yang mengandungkan bayi bayi malang ni tak berperasaan ke ?

Walaupun bayi bayi malang tersebut adalah hasil dari kelakuan sumbang mereka, tapi ke mana hilangnya naluri keibuan pelaku jenayah ni ? 


Tanya la mana mana ibu mengandung atau sesiapa je yang ada pengalaman mengandung ni, adakah tergamak untuk membiarkan anak yang dikandung tu terbiar walaupun ketika dalam kandungan lagi.

Tak kira la walau apa anutan agama sekalipun, dari segi aspek kemanusiaan gejala membuang bayi ni adalah perkara yang sangat dikutuk oleh masyarakat dunia. 


Bukan la bermaksud nak menggalakkan pulak. Tapi bagi insan insan bercinta yang berakal diluar sana, fikirkan la dulu sebelum terjadinya kejadian buang membuang ni. 


29 January 2012

Sedia atau tidak ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung semoga semuanya ceria bahagia dan sihat fizikal serta mental. 


Masa menonton buletin 130 di TV3 tengahari semalam, terlintas jugak dalam minda tentang berita berita yang disampaikan tu. Dengan jenayah yang tak henti henti. Bencana sana sini. Dan yang agak memalukan berita yang berlaku di Utara tanahair tentang penangkapan tiga remaja bersama seorang janda muda yang berkelakuan sumbang di taman permainan.

Menurut berita, tiga remaja lelaki tu berusia antara 16 hingga 19 tahun manakala janda muda tu pulak berusia 22 tahun. Hmm..muda muda lagi dah menjanda. Kesian jugak ye tak tapi tu la, entah dah sedia atau tidak ?


Maksud aku kat sini, tak salah pun kalau mana mana kaum hawa yang nak berstatus janda di usia muda. Tapi kena la ikut syaratnya dengan betul. Samada kematian suami, atau ditalak kerana atas sebab sebab yang diharuskan syariat. 

Tak jadi kesalahan jugak kalau ada pasangan pasangan muda yang nak mendirikan rumahtangga malah lebih digalakkan lagi. Padahal atuk nenek mak ayah kita sendiri pun kebanyakan dari mereka mendirikan rumahtangga pada usia yang muda belia.


Cuma yang jadi permasalahannya bilamana boleh kita katakan ala ala tersalah pilihan la. Atau mungkin jugak kekurangan kematangan akal fikiran. Atau mungkin jugak kurang mendapatkan rujukan dari mana mana pihak ketiga yang berkelayakan.

Nak dikatakan tak diberi panduan, boleh kata antara syarat untuk melansungkan pernikahan sekarang ni memerlukan calon calon suami isteri tu menduduki kursus pra perkahwinan terlebih dahulu. Mungkin kurang keberkesanan kot kursus pra perkahwinan yang diadakan tu. 


Andai segala yang disediakan tu tak mencukupi untuk menjadikan pasangan suami isteri mampu untuk menghadapi segala kemungkinan dalam melayari rumahtangga, adakah puncanya datang dari dalam diri sendiri ?

Mengapa setelah sah bergelar suami isteri baru timbul isu isu ketidakserasian la, tak sehaluan la, takde jodoh la. Padahal sebelum sah bergelar suami isteri tu segalanya membahagiakan. Bercinta bagai nak rak. Segalanya boleh diterima walaupun menjengkelkan. Adakah itu yang dinamakan cinta buta ?


Nak berumahtangga di usia muda belia ? Sila teruskan niat murni tu semoga dapat menghindarkan maksiat. Tapi andai takdirnya tak berpanjangan, jangan la pulak buat hal yang entah ape ape je macam yang berlaku seperti laporan berita tu.


Apa pun tak kira la samada nak berumahtangga ke ape ke, sebelum nak menceburkan diri dalam apa apa yang baru dalam kehidupan kita ni pastikan la kita dah betul betul bersedia rohani dan jasmani serta fizikal dan terutamanya mental bagi menghadapi perubahan yang akan kita harungi. 






28 January 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hari sabtu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni kalau nak beraktiviti di luar rumah tu pastikan jangan dilupa berbekalkan air minuman bagi menggantikan bendalir dalam badan yang tersejat akibat cuaca panas. 


Jangan lupa jugak sediakan payung yang mencukupi andainya berjalan di laluan terbuka bagi menghindari terik sinar matahari tu atau kiranya hujan turun dengan tiba tiba.


Berkenaan tajuk entri hari ni, pernah tak kita terfikir selama kita hidup ni adakah sempurna bacaan surah Al-Fatihah kita ni ? Kalau ada yang mengikuti kelas mengaji tu insyaAllah boleh diperdengarkan bacaan Fatihah ni pada guru yang mengajar supaya andai ada kesilapan sebutan boleh diperbetulkan.

Tapi bagi yang hanya membaca dari hafalan sewaktu kanak kanak, pasti ke sebutan bacaan kita tu betul atau bersulamkan kesilapan dari segi sebutan huruf dan tatacara tajwidnya ?


Ada beberapa contoh kesilapan yang kadang kadang berlaku dalam bacaan surah Al-Fatihah ni. Sebaiknya untuk memperbetulkan atau penerangan bacaan ni dilakukan secara lisan tapi sekadar renungan aku cuba bagi contoh melalui terjemahan bacaan kepada tulisan.


  • Bismillaah hir rohmaa nir rohim 
  • Bismillaah hir rahmaan nir rahim
Huruf 'ro' apabila berbaris atas atau depan maka hendaklah dibaca dengan tebal. Andai dibaca nipis dengan bunyi 'ra' maka silap la tu. Satu lagi pada perkataan 'rohman' tu takde bersabdu dengan huruf nun untuk menjadikan bunyinya 'rohmaan nir rohim'. Berhati hati kat situ ye.


  • Alhamdulillahi robbil aalamin
  • halhamdulillahi robbil aalamin
Ni kesilapan yang biasanya dilakukan oleh kanak kanak la. Kecuali kalau yang belajar membaca dengan melihatkan ayat tu insyaAllah jarang berlaku kesilapan sebutan camni. Biasanya melibatkan yang belajar melalui pendengaran dan hafalan la.


  • Ar rohmaa nir rohim
  • Ar rahmaan nir rahim
Kesilapan berulang tanpa sedar.


  • Maaliki yau middeen
  • Maliki yau middeen
Mad asli mutlak pada sebutan 'Maa'liki dengan kadar panjangnya dua harkat. Kalau terbaca pendek kat situ, perbetulkan semula tau.


  • Iyya kana' budu wa iyya kanas taeen
  • Iyya kanak budu wa iyya kanas taeen
Kesilapan pada makhraj huruf sering berlaku pada membezakan sebutan huruf 'ain' mati kepada bunyi huruf 'kaf' mati.


  • Ih dinas tsiro thol mustaqeem
  • Eh dinas siro tal mustakeem
Ada perbezaan pada sebutan makhraj huruf 'sin' dan 'tsod', huruf 'tho' dan 'ta', dan pada huruf 'qof' dan 'kaf'. Kalau boleh, pastikan ada guru yang boleh mengesahkan sebutan makhraj huruf huruf ni.


  • Tsiro thollazi na an am ta alaihim ghoi ril maghdhu bi alai him wa lad dhool leen
  • Siro thollazi na am am ta alaihim roi ril makdu bi alai him wa lad doll leen
Sekali lagi kebiasaan kesalahan dan kesilapan adalah melibatkan sebutan pada makhraj huruf dan sedikit kesilapan sebutan perkataan. 

Sebaiknya cari la guru yang boleh mendengar bacaan surah Al-Fatihah kita tu samada terdapat kesilapan atau lengkap sempurna. Kalau dah sempurna tu, jangan simpan sorang sorang pulak. Perdengarkan pulak bacaan pasangan kita, anak anak kita, adik beradik kita semoga semuanya sempurna bacaannya.


Bukan sebab apa pun, maklum la kita kan bersolat lima kali sehari. Tapi kalau bacaan surah Al-Fatihah kita pun tak sempurna agaknya solat kita tu dimana letaknya. Semoga perkongsian hari ni memberi manfaat yang banyak untuk kita semua. 

Andai ada salah silap dalam penyampaian entri hari ni mohon dapat ditegur agar kita sama sama dapat memperbaiki kesilapan yang tak disengajakan tu. 



27 January 2012

Qauli

  8 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Lama jugak rasanya tak berkongsi pengetahuan setelah 'bercuti rehat' kalau ditambah tolak ada la dekat dua bulan kot. 


Alhamdulillah aku sekeluarga sekarang ni dah sihat dan sembuh dari segala demam dan yang sewaktu dengannya tu. Baru baru ni jugak aku berkesempatan mengikuti satu kursus bersama dengan isteri aku kat Ipoh ni.

Apa yang menariknya untuk aku kongsikan kat sini dalam banyak banyak slot kursus tu ialah bab ibadah terutamanya tentang rukun solat. 


Tak dapat nak dinafikan mungkin ada dikalangan kita yang hanya mengetahui tentang solat tu secara ikutan semata mata. Ramai jugak yang mungkin tahu berkenaan rukun solat yang 13 tu tapi mungkin ada yang tak ambik berat tentang pembahagian rukun tu pulak.

Antara rukun yang terbahagi tu pulak salah satunya dinamakan rukun qauli. Ape benda pulak qauli ni dah bunyi macam kuali je ye tak ? Rukun qauli ni adalah perbuatan dalam solat yang berasaskan kepada bacaan atau sebutan. 


Daripada 13 rukun asas solat, hanya 5 yang melibatkan rukun qauli ni. Takbiratul ihram, membaca surah Al-Fatihah, bacaan tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi SAW pada bacaan tahiyat dan akhir sekali lafaz salam yang pertama.

Maknanya wajib bagi kita bila bersolat untuk melaksanakan rukun qauli ni. Tak boleh la nak baca dalam hati je pulak. Aku tak tau la korang camne tapi aku dulu dulu sebelum tau pasal rukun rukun dalam rukun solat ni memang terbiasa pulak baca dalam hati.


Tak susah pun nak melaksanakannya. Bukan nak kena baca sekuat suara pulak mengalahkan tok imam yang pakai mikrofon tu tapi cukup sekadar pada pendengaran sendiri pun dah sempurna rukun qauli tu.

Tak kira la bersolat jemaah atau bersolat sendirian, rukun rukun qauli dalam solat ni kena jugak la disempurnakan dengan sesempurna mungkin. Jangan mulut je nampak terkumat kamit tapi tak berbunyi lansung pulak. 

InsyaAllah dikesempatan yang lain boleh la kita berkongsi lagi apa apa ilmu pun. Semoga rakan rakan pengunjung beroleh manfaat dengan perkongsian hari ni. 




26 January 2012

dan hasilnya

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

Kalau entri semalam aku memaparkan gambar ubi kayu ala ala tak cukup baja tu, hari ni pulak aku nak ceritakan hasilnya pulak. Pada rakan rakan yang sudi berkongsi idea untuk menghasilkan sesuatu dari ubi kayu tu aku ucapkan terima kasih banyak banyak.


Tapi ubi kayu yang aku beli semalam tu bukanlah untuk dibuat goreng berkunyit. Tidak juga untuk direbus dan dimakan bersama kelapa parut bersambal. Bukan juga untuk dijadikan pengat, jauh sekali untuk dibuat getuk bak kata Dr. Ben



Ada yang tak pernah dengar getuk tu ke ? Getuk ubi ni boleh dikategorikan sebagai salah satu kuih muih tradisional jugak tau. Ala ala cekodok ubi la getuk ni. Ubi yang direbus tu kemudian dilecek bersama garam dan gula lepas tu gaulkan pulak dengan kelapa parut dan tepung sebelum dibulat bulatkan dan disalut tepung lalu digoreng.



Ubi kayu aku tu pulak al kisahnya beberapa malam yang lepas aku bermimpi menikmati hidangan kuih tradisional dari ubi kayu ni. Kebetulan keesokan harinya pulak isteri aku mencadangkan untuk membuat kuih yang aku mimpikan tapi tu la, tergendala jugak dalam 24 jam sebab kalau kat kampung memang senang je nak cari ubi kayu ni silap haribulan pakai cabut dari belakang rumah je. 



Tapi tu la, sebabkan kebanyakan tauke tauke kat pasar tu bercuti sakan jenuh jugak la aku mencari ubi kayu tu. Mungkin sebab ada jodoh, dipertemukan la jugak walaupun kurus kurus dan slim macam model pakaian renang. Dan hasilnya dari ubi kayu tu maka terhasil la kuih bengkang ubi yang aku mimpikan tu. 



Kalau tengok gambar tu mungkin tak macam bengkang sangat ye tak ? Hehehe..masuk perut sendiri beb, apa sangat nak kesah pasal rupa luaran tu. Asalkan kenikmatan yang dijanjikan tu menepati piawaian mutu keunggulan.

Ada jugak yang panggil kuih ni sebagai bingka kan ? Tapi seingat aku kalo kat kampung dulu dulu kitorang panggil bengkang je. Tak pasti pulak la dari mana asal usul nama bengkang / bingka ni datang. 



Nak menyediakan kuih bengkang ubi ni senang je. Ubi kayu tu kita parutkan halus. Kalau rasa cam kasar parutan tu kisar je dengan pengisar macam aku buat semalam. Ubi yang diparut tu kalau berair sangat perahkan sikit airnya tu tau kalau tak nanti lembik je bengkangnya.

Untuk menambahkan rasa lemak lemak tu, aku kisarkan bersama dengan kelapa parut. Untuk melancarkan kisaran pulak, cuma gunakan santan yang dimasak bersama gula halus, gula melaka dan sedikit garam. Pada peringkat mengisar ni la nak menentukan tekstur kuih tu camne samada keras kering atau lembik basah atau sempurna.



Disebabkan aku takde periuk yang ada lobang kat tengah dia tu untuk dimasak di atas dapur menggunakan api maka aku cuma gunakan oven je dengan suhu 180c - 200c selama satu jam atau agak agak dah masak la. Cuma bila guna oven ni tak dapat la nak dapat kerak klasik macam masak guna api dapur tu. 

Jangan lupa pulak sebelum masukkan bahan bahan kisaran tu dalam bekas untuk memasak, sebaiknya disapukan dulu bekas tu dengan sedikit mentega atau minyak supaya bila dah masak nanti mudah nak dikeluarkan kuih tu dan kurang melekat pada bekas tu tadi.

Senang je kan ? Kat dapur tu ada lagi lebihan ubi kayu yang belum diproses. Entah nak dijadikan juadah ape pulak lepas ni aku pun tak pasti la lagi. Ada idea lain yang lebih bernas tak untuk dikongsi bersama ?




25 January 2012

11 January 2012

Serak itik

  3 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Nampaknya untuk awalan tahun 2012 ni macam lembab sikit pulak nak mengemaskini entri untuk blog.

Alhamdulillah kesihatan isteri tercinta setelah dilanda demam awal tahun baru sudah beransur pulih. Risau jugak bila ada 'makhluk halus' dalam badan tu pehtu demam demam pulak. Tapi nampak gayanya takde apa yang perlu dirisaukan sangat. 'Makhluk halus' dalam perut isteri aku tu pun aktif semacam je setiap hari macam tak sabar sabar nak keluar.

Tuan puteri kesayangan kami tu pun alhamdulillah dah kebah demamnya. Cuma sekarang ni dalam proses pemulihan dari selsema dan batuk. Seksi abis suara dia bila serak serak itik ni. Kalau dua minggu lepas memang kami berdua susah hati sebab macam tak nak kebah kebah demamnya. 

Bayangkan la dengan suhu badan yang tinggi sepanjang masa. Aku pun tak tau la berapa banyak kool fever yang ditempekkan kat dahi dia silih berganti. Tak cukup dengan rawatan kat klinik swasta, sambung bawak ke klinik kerajaan. 

Macam macam kaedah dan petua jugak diaplikasikan untuk memastikan anak kesayangan kami tu pulih segera. Sepanjang masa kami pastikan badannya dilap dengan kain basah agar turun suhu badannya. Tak cukup dengan tu, lumur pulak kepalanya dengan perahan air asam jawa.

Syukur alhamdulillah berkat doa dan tawakal yang tak putus putus akhirnya beransur sembuh jugak demamnya. Cuma sekarang ni nak meredakan batuk dan selsemanya. Kami cuma gunakan kaedah bancuh perahan limau nipis dicampur dengan madu lebah dan alhamdulillah nampak berkesan jugak. 

Bukan tak nak bagi ubat yang dibekalkan oleh doktor tapi kebiasaan ubat untuk batuk dan selsema ni kan ada kesan mengantuk jadi kesian pulak bila tengok anak kecik tu terkelepet je macam kain buruk walaupun mungkin tujuan ubat tu supaya penggunanya dapat merehatkan sistem tubuhnya.

Walau macam mana pun bagi setiap ibu bapa, bila ada anak anak yang jatuh sakit memang satu perkara yang boleh diibaratkan macam sebahagian kehidupan jadi tak sempurna selagi anak anak yang sakit tu sembuh kembali.


01 January 2012

Tahun baru hingusan

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam tahun baru buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup oksigen di hari pertama tahun 2012. 


Masuk je tahun baru ni dah selalu sangat kita dengar pasal soalan soalan azam tahun baru. Tak termasuk lagi dengan perancangan perancangan untuk tahun 2012 ni pulak. 


Buat adik adik di bangku sekolah pulak, sesi baru persekolahan bakal bermula beberapa jam je lagi. Dah puas bergembira cuti sakan, jangan liat pulak nak memulakan pembelajaran nanti.

Tahun baru ni sedikit kurang bersemangat buat aku dan keluarga. Bermula dengan wifey aku diserang demam selsema, diikuti pulak oleh aku sendiri dan pagi ni nampaknya anak aku pun dah mula menunjukkan tanda tanda berhingus. Namun camtu, langkah langkah awal sudah diambil. Harapnya takde la berlarutan main lawan bersin antara kami bertiga, penat owh.


Bila dah masing masing tak dapat nak bergerak aktif dan lebih banyak menghabiskan masa dengan baring dan berehat, layan tengok TV je la. Dari semalam masih lagi melayan 48 jam SpongeBob-a-thon yang bakal berakhir tengah malam ni di siaran Nickelodeon.