11 January 2012

Serak itik

  3 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Nampaknya untuk awalan tahun 2012 ni macam lembab sikit pulak nak mengemaskini entri untuk blog.

Alhamdulillah kesihatan isteri tercinta setelah dilanda demam awal tahun baru sudah beransur pulih. Risau jugak bila ada 'makhluk halus' dalam badan tu pehtu demam demam pulak. Tapi nampak gayanya takde apa yang perlu dirisaukan sangat. 'Makhluk halus' dalam perut isteri aku tu pun aktif semacam je setiap hari macam tak sabar sabar nak keluar.

Tuan puteri kesayangan kami tu pun alhamdulillah dah kebah demamnya. Cuma sekarang ni dalam proses pemulihan dari selsema dan batuk. Seksi abis suara dia bila serak serak itik ni. Kalau dua minggu lepas memang kami berdua susah hati sebab macam tak nak kebah kebah demamnya. 

Bayangkan la dengan suhu badan yang tinggi sepanjang masa. Aku pun tak tau la berapa banyak kool fever yang ditempekkan kat dahi dia silih berganti. Tak cukup dengan rawatan kat klinik swasta, sambung bawak ke klinik kerajaan. 

Macam macam kaedah dan petua jugak diaplikasikan untuk memastikan anak kesayangan kami tu pulih segera. Sepanjang masa kami pastikan badannya dilap dengan kain basah agar turun suhu badannya. Tak cukup dengan tu, lumur pulak kepalanya dengan perahan air asam jawa.

Syukur alhamdulillah berkat doa dan tawakal yang tak putus putus akhirnya beransur sembuh jugak demamnya. Cuma sekarang ni nak meredakan batuk dan selsemanya. Kami cuma gunakan kaedah bancuh perahan limau nipis dicampur dengan madu lebah dan alhamdulillah nampak berkesan jugak. 

Bukan tak nak bagi ubat yang dibekalkan oleh doktor tapi kebiasaan ubat untuk batuk dan selsema ni kan ada kesan mengantuk jadi kesian pulak bila tengok anak kecik tu terkelepet je macam kain buruk walaupun mungkin tujuan ubat tu supaya penggunanya dapat merehatkan sistem tubuhnya.

Walau macam mana pun bagi setiap ibu bapa, bila ada anak anak yang jatuh sakit memang satu perkara yang boleh diibaratkan macam sebahagian kehidupan jadi tak sempurna selagi anak anak yang sakit tu sembuh kembali.


3 comments: