01 January 2012

Tahun baru hingusan

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam tahun baru buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup oksigen di hari pertama tahun 2012. 


Masuk je tahun baru ni dah selalu sangat kita dengar pasal soalan soalan azam tahun baru. Tak termasuk lagi dengan perancangan perancangan untuk tahun 2012 ni pulak. 


Buat adik adik di bangku sekolah pulak, sesi baru persekolahan bakal bermula beberapa jam je lagi. Dah puas bergembira cuti sakan, jangan liat pulak nak memulakan pembelajaran nanti.

Tahun baru ni sedikit kurang bersemangat buat aku dan keluarga. Bermula dengan wifey aku diserang demam selsema, diikuti pulak oleh aku sendiri dan pagi ni nampaknya anak aku pun dah mula menunjukkan tanda tanda berhingus. Namun camtu, langkah langkah awal sudah diambil. Harapnya takde la berlarutan main lawan bersin antara kami bertiga, penat owh.


Bila dah masing masing tak dapat nak bergerak aktif dan lebih banyak menghabiskan masa dengan baring dan berehat, layan tengok TV je la. Dari semalam masih lagi melayan 48 jam SpongeBob-a-thon yang bakal berakhir tengah malam ni di siaran Nickelodeon.


5 comments:

  1. kesiannya semua pakat berhingus..hehe..cepat sihat semuanya

    salam tahun baru.moga kita sentiasa diberkatinya di hari mendatang =]

    ReplyDelete
  2. hingus tahun baru
    hihi

    selamat tahun baru
    semoga semua cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. errk...seharian melayan spongebob...?

    hari ni macam mana...harap2 dah sihat la hendaknya.. :)

    ReplyDelete
  4. Harapan saya bro sekeluarga dapat pulih daripada serangan selsema. Mood tentu menurun untuk melangkan tahun baru.

    ReplyDelete