29 February 2012

28 February 2012

Dilema makan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Dua tiga hari ni cuaca di Ipoh agak tak menentu. Langit pun dipenuhi dengan awan awan kumulus membawa kepada terjadinya awan kumulonimbus.


Dah macam pelajaran sains pulak bila nak cakap pasal awan ni. Lupakan pasal awan tu dulu, hari ni aku nak berkongsi pasal dilema makan yang pastinya bukan berkait paut dengan dilema makan tengahari McDonald's tu.

Bermula dari zaman aku bujang dulu, perkara makan ni tak pernah menjadi satu isu pun. Lebih lebih lagi bila aku mula berkerja dalam industri pemakanan membuatkan aku tak peduli lansung dengan bab makan.


Lepas tu bila dah berumahtangga hidup berdua, ada perubahan sikit la isu makan ni. Maklum la masa zaman bujang dulu bab makan tak terjaga sangat. Bila dan beristeri ni, makan pun ala ala ikut jadual. Cuma masih lagi boleh menikmati menu menu pilihan sendiri.

Bila dan bertambah ahli pulak, di tahun pertama masih lagi takde dilema dalam makan makan ni. Bilamana si kecil dah mula berjinak jinak dengan makanan pejal, bermula la dilema makan tu.


Bukan la menjadi masalah besar pun bagi aku dan wifey cuma hampir setiap hari agak pening kepala jugak la nak memikirkan selera si kecil tu. Kalau nak masak berasingan rasa tak seronok pulak. Bukan malas cuma rasa tak berjemaah pulak bila di asing asingkan cara masakan tu.

Tak lama lagi ni, akan bertambah seorang lagi ahli insyaAllah. Agaknya dilema makan ni akan berterusan atau bagaimanakah penyudahnya ? Hehehe..


27 February 2012

Tapis

  5 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Dua hari tak bersiaran dengan entri terkini disebabkan sedikit perasaan kemalasan dan pengeluaran idea yang tersangkut sangkut membuatkan tersangat la malasnya nak menaip.


Untuk apa berblog kalau malas nak menaip entri sekurang kurangnya dua tiga kali seminggu. Untuk apa mengharapkan ramainya pengunjung kalau entri yang ada pun bertarikh tiga minggu lepas. Untuk apa pulak berkongsi sepuluh entri dimuatnaik sehari macam pengunjung yang ada hanya mengikuti blog dia je semata mata (lain la kalo sekali melawat dapat seposen). 

Tapi memang la tak dinafikan ada yang menjadikan aktiviti berblog ni sebagai hobi sebab tu pasti pengunjung dihidangkan dengan perkongsian terbaru hampir setiap hari. Ada jugak yang berblog sekadar suka suka nak ikut trend semasa kononnya tu sebab kadang kadang pengunjung hanya dihidangkan dengan perkongsian yang berusia lebih dari sebulan.


Ada yang agak serius tu menjadikan aktiviti blog ni sebagai kerjaya. Dalam bidang ape tu tak pasti la. Tu sebab ada yang kelihatan seperti tamakkan trafik dengan menghidangkan perkongsian semasa berkali kali sehari mengalahkan wartawan bilik berita dengan harapan mendapat rating tertinggi seterusnya membuatkan para pengiklan berminat untuk mendapatkan ruang niaga dilaman aktif camtu. 

Kalau ada yang serius camtu, suka hati la ye tak. Masing masing punya cara. Cuma yang cara agak menyampah tu bila agak lama ditinggalkan dan dibiarkan begitu saje. Apa susah sangat ye tak, padam je akaun blog tu kalau rasa malas nak berkongsi. 


Sebab apa aku cakap pasal bebenda camni ? Sebab hari ni aku sedang melakukan tapisan kepada blog rakan rakan yang aku ikuti. Rasa macam nak memperbaharui senarai pulak. PM pun cakap kalau ada calon yang tak dicalonkan tu, jangan kecik hati dan berhasrat nak mensabotaj parti pulak dah. Orang kita cakap, sendiri mau ingat la.


24 February 2012

Tertekan ?

  3 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat Allah.

Semalam sewaktu menyusuri perjalanan dalam renyai renyai hujan sambil membontoti sebuah bas sekolah, aku terbaca iklan maklumat yang ditampalkan dibelakang bas sekolah tu berkenaan tempat mengadu yang pastinya percuma dan sulit.


Kalau tak silap aku la dah menjangkau 42 tahun pertubuhan tu ditubuhkan sebagai salah satu platform bagi membantu dan membimbing individu individu yang bermasalah dengan emosi dan pelbagai tekanan.

Apa saje masalah boleh diadukan tanpa segan silu. Kiranya sebagai tempat melepaskan apa yang terpendam dalam hati la gitu. Cuma perlu hubungi talian yang disediakan atau email kepada diorang atau boleh membuat pertemuan secara empat mata.


Bagus jugak la bila ada pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan macam ni tapi aku rasa tak la benar benar percuma dan sulit pun. Kalau nak hubungi melalui telefon dah tentu menggunakan wang ringgit kita jugak (tak tau la kot kot diorang boleh buat panggilan semula). Kalau nak guna email pun, siapa yang bayarkan penggunaan elektrik dan talian internet ? Kalau nak bertemu empat mata pun, kos pengadu nak ke tempat diorang tu rasanya ditanggung oleh siapa ?

Alhamdulillah kita sebagai orang yang beriman, kita ada tempat mengadu yang benar benar percuma dan sulit. Biar la apa masalah sekalipun, sepanjang masa boleh nak kita luahkan apa jugak yang terpendam dalam jiwa. 


Walaupun mungkin kita cuma dapat mengadu tanpa menerima apa apa reaksi namun andai kita benar benar percaya kepada Nya insyaAllah apa jugak permasalahan pasti akan ada penyelesaian. 

Hanya dengan mengadu dan ingat pada Nya, pasti akan membuatkan kita terfikir andai kita ni makhluk yang boleh berfikir la. Apa jugak masalah, andai kita kembali kepada Nya mungkin jugak tu semua adalah sekadar ujian untuk kita. 


Mungkin kerana kita telah lupa kepada Nya. Mungkin jugak kerana ada salah dan silap kita terhadap makhluk lain lalu diberikan 'balasan' kepada kita agar kita sedar akan kesalahan kita tu. Tertekan ? Jangan risau. InsyaAllah dengan mengadu dan mengingati Allah, pastinya hati dan jiwa akan menjadi tenang.


23 February 2012

Siapa salah ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan kepada rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Sambil menaip entri hari ni, mata melirik lirik ke kaca TV menonton rancangan Wanita Hari Ini di saluran TV3 bawah tajuk fail mahkamah : "keluar rumah tanpa tuduhan nusyuz".


Bukan persoalan tu yang nak aku kongsikan sebab persoalan tu dah dihuraikan dalam TV. Cuma yang nak aku kongsikan kat sini kalau la kita sedar, sekarang ni kebanyakan rancangan rancangan bual bicara banyak membicarakan pasal permasalahan rumahtangga.

Aku tak la memprotes pulak sebab bila ada rancangan camtu pun bagus jugak tapi dalam sedar tak sedar rupanya banyak betul rumahtangga yang bermasalah zaman sekarang ni.


Dimanakah silapnya rumahtangga zaman sekarang ni ? Padahal sekarang ni antara syarat nak bernikah tu perlu ada sijil kursus pra perkahwinan. Dan matlamat kursus pra perkahwinan tu sendiri pun adalah untuk mempersediakan ilmu rumahtangga kepada bakal bakal suami dan isteri.

Siapa pernah ikut kursus pra perkahwinan ni ? Dengan bayaran RM80 untuk setiap seorang peserta, kursus selama dua hari diisikan dengan modul modul persediaan menghadapi kehidupan berumahtangga. Lengkap kehadiran selama berkursus dua hari, di akhir kursus diberikan sijil dan esoknya dah boleh nak submit borang nikah.

Pengisian modul modul kursus tu bukan la tak bagus. Sekurang kurangnya perkara asas tu ada jugak la dibincangkan. Cuma yang tak bagusnya bila perkara kursus yang diadakan ni seakan akan sekadar memenuhi syarat mendapatkan sijil je.


Peserta yang hadir kursus tu nak tidur sepanjang kursus ke, nak layan blogwalking ke, atau ape juga aktiviti yang digemari pun tak kesah punya. Dipenghujung kursus ada ujian bertulis ? Tak perlu risau pun sebab samada nak rujuk pada bahan bacaan yang dibekalkan boleh, nak tiru peserta kat sebelah pun boleh. Pastinya di akhir kursus, semua peserta yang hadir lengkap selama dua hari tu akan mendapat sijil dan boleh la bernikah.

Agaknya sebab tu la rumahtangga zaman sekarang banyak bermasalah. Bagi kursus pra pun sekadar melepaskan batuk di tangga je. Jadi untuk apakah tujuan sebenar diadakan kursus pra perkahwinan ni ? Adakah untuk keuntungan sesetengah pihak ? Adakah untuk kebaikan peserta ? 


Andai aku diberikan kuasa untuk bersuara, buat la bebetul kalau nak berkursus camtu. Cuba buat macam nak ambik lesen memandu. Buat ujian berkomputer supaya betul betul peserta tu faham benar. Kalau tak lulus, jangan harap nak bagi sijil. 

Tapi tu la, buat la penguatkuasaan camne pun. Siapkan la syarat apa pun. Kalau pihak yang berkenaan cuma ambik mudah je, nak salahkan siapa ye ?


22 February 2012

21 February 2012

Terliur

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Alhamdulillah hari ni nampaknya cuaca di Ipoh agak cerah berbanding semalam. Tapi apa pun kena la sentiasa berjaga jaga sebab cuaca sekarang ni bukan menentu sangat. 

Antara rancangan kegemaran aku dan wifey ketika menonton astro bila dah tak de cerita cerita menarik di saluran pilihan, kitorang akan melayan saluran astro 707 TLC atau saluran astro 703 AFC. 


Saluran astro 703 AFC tu agak jarang jarang jugak la. Selalunya saluran astro 707 TLC. Tu pun bila ada siaran pasal makan makan je macam Cake Boss, Food Paradise, Man vs Food dan lain lain tu.

Ada sekali tu masa tengah layan rancangan Food Paradise, dia tayang pulak pasal BBQ. Punya la terliur bila tengok orang dalam TV tu layan BBQ. Dan seketika ibu mengandung buat permintaan pulak andainya dapat nak makan bakar bakaran.


Dengan tu, maka terhasil la hidangan makan tengahari untuk hari ni yang berasaskan bakar bakaran walaupun tak menyerupai BBQ dalam rancangan Food Paradise tu.


Setengah ekor ayam berserta dua kepak ayam yang bakal menjadi mangsa santapan. Malam tadi jugak cari ayam untuk diperap semalaman. Tengok asap tu pun dah rasa macam nak menangis perut tunggu mintak diisi.


Kalau kitorang layan hidangan bakar bakaran memang tak leh lupa dengan salad ni. Buat bungkus hasil bakaran tu pun memang menyelerakan bila dimakan begitu je.


Lawan ayam yang dibakar tu tak lain tak bukan perahan limau bersama kicap dicampur dengan bawang cincang dan cili api. Memang berasap telinga bila tergigit cili api tu.


Tu dia hidangan makan tengahari kami hari ni. Jejari kentang goreng tu sekadar sampingan je untuk anak aku yang agak memilih seleranya. Korang pulak apa hidangan makan tengahari hari ni ?


20 February 2012

Nafkah batin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sejuk je pagi ni berikutan hujan yang turun sejak awal sebelum subuh lagi membasahi bumi Ipoh dengan lebatnya.


Bagi penduduk kawasan Gugusan Manjoi yang terlibat dalam bencana banjir kilat akibat hujan yang berterusan sejak awal pagi tadi diharap tabah dan bersabar dengan ujian Allah ni. 

Apa agaknya yang bermain dalam fikiran kita bila baca tajuk entri hari ni ? Ada unsur unsur kelucahan ? Kebiasaannya camtu la ye tak ? Asalkan ada perkataan 'batin' je mesti nak terfikir ke situ ye tak ?


Nafkah batin yang aku nak perkongsikan hari ni lebih menjurus kepada hubungan antara pasangan suami isteri tapi bagi yang bakal bakal pun boleh je nak jadikan panduan akan datang.

Bila membicarakan berkenaan nafkah batin, biasanya keutamaan ni ditujukan kepada kaum lelaki yang bergelar suami la. Sebab antara kewajipan suami tu adalah memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya. 


Kalau yang nafkah zahir tu insyaAllah dah faham bebenor kot. Sediakan pakaian, tempat tinggal, makanan dan belanja mengikut kemampuan untuk isteri. Tapi yang bab nafkah batin ni adapun bukan la setakat memberikan hubungan kelamin semata mata bahkan banyak lagi sebenarnya.

Kasih sayang terhadap pasangan pun dikira sebagai nafkah batin yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya. Layanan yang adil, membahagiakan isteri pun sebahagian dari nafkah batin yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri.


Namun camtu, nafkah batin yang terpenting sekali adalah pengisian rohani dari suami untuk isteri. Sebagai suami adalah wajib untuk memastikan isteri memahami segala tuntutan fardu ain seperti kepentingan bersuci, keutamaan solat, ibadah puasa dan lain lain.

Sebagai ketua keluarga, wajib bagi pihak suami untuk memastikan isteri dan anak anaknya melaksanakan segala tuntutan agama dengan betul. Dalam bab bersuci, suami kena pastikan isteri dan anak anaknya mengetahui cara menyucikan najis, mandi hadas dan berwudhu dengan sempurna.


Dalam bab ibadah pulak, suami kena pastikan isteri dan anak anaknya mematuhi setiap kewajipan. Kalau dalam perkara solat, kena pastikan bacaan dan tuntutan rukun solat tu benar benar sempurna. Begitu jugak dalam perkara perkara tuntutan syariah yang lain.

Camne pulak kalau suami sendiri pun tak cukup ilmu di dada ? InsyaAllah andai ada la suami suami yang belum cukup ilmu di dada ni, jangan malu untuk menuntut ilmu demi keluarga jagaan kita. Kalau rasa tak tau atau malu  nak ajarkan isteri tentang perkara fardu ain yang kita sendiri pun baru nak bertatih, belikan je buku rujukan agama supaya sama sama boleh merujuk andai ada perkara yang dimushkilkan.


Begitu jugak andainya ada kursus kursus atau kelas kelas agama, jangan malu untuk sama sama menyertainya. Jangan pulak menghalang andai isteri dan anak anak kita tu nak menyertai kelas pengajian seumpama tu kalau kita sendiri tak mampu nak mencukupkan ilmu kepada mereka.

Jadi jangan la fikir nafkah batin tu hanya perkara dalam selimut je. InsyaAllah andai kita mampu untuk menyediakan segala tuntutan 'batin' dalam melayari kehidupan berumahtangga mudah mudahan hubungan rumahtangga yang kita semua dirikan tu pastinya berkekalan dalam rahmat Allah. 


19 February 2012

Pernah kena camni?

  10 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Semalam ingatkan nak berkunjung ke perasmian RTC tapi hujan pulak turun sampai ke malam. 

Pagi tadi talian internet agak bermasalah sikit entah kenapa tak tau la. Bukan tak bayar pun setiap bulan tapi tu la, kadang kadang tu perkhidmatan lansung kurang memuaskan.

Di hujung minggu camni sambil layan rancangan di Astro, sambil tu jugak melayan troll di facebook. Dalam pelayaran pagi tadi, ada satu yang menarik hati membuatkan terkenang zaman kanak kanak dulu. 

Persoalannya..ada rakan rakan pengunjung yang pernah kena camni ?


*Tapuk2 = Sorok2. 
*Sia = Saya.
*Bangas = Basi.
*Tirikk = Trick.

Pernah kena camni ? Paling best kalau kita yang mengenakan kawan kawan yang tengah menyorok tu. Tapi kalau kita yang dikenakan memang rasa nak menangis je tunggu kena cari. 

Troll kat atas ni antara yang kadang kadang aku layan jugak la selain dari 9gag dan lain lain laman merehatkan otak. Kalau nak layan troll yang seumpama kat atas ni, boleh la pegi ke Sabahan Troll untuk membasahkan gusi korang yang kering tu.

18 February 2012

RTC

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi berkunjung ke sini mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.


Agenda hari ni bagi yang berada di Ipoh dan kawasan yang berhampiran dengannya boleh la untuk singgah ke perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang akan berlansung pada petang ni oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beroperasi sejak pertengahan tahun lepas, pusat transformasi luar bandar (RTC) ni menjadi pusat integrasi perkhidmatan bagi penduduk berlingkungan 100km dari Gopeng untuk mendapatkan khidmat pengumpulan produk jualan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insuran, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan serta ruang niaga.


Antara agensi persekutuan yang menawarkan perkhimatan di RTC Gopeng ni seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Yayasan Tekun, YAPIEM, Klinik Kesihatan, Pos Malaysia dan Agro Bank.


Di RTC ni jugak ada menyediakan perkhidmatan pihak swasta seperti Kontena Nasional bagi menawarkan kemudahan logistik pemasaran produk dan khidmat syarikat DURIA untuk pemprosesan produk buah durian. Selain tu jugak, RTC ni boleh jadi ala ala kawasan R&R bagi pengguna laluan luar lebuhraya Gopeng dengan adanya berbagai perkhidmatan yang disediakan.


17 February 2012

Tak kenal maka tak cinta (bahagian - 2)

  Tiada Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat penghulu segala hari diucapkan kepada rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

InsyaAllah entri hari ni menyambung kembali sirah rasulullah SAW dari entri Tak kenal maka tak cinta (bahagian - 1) yang lepas. Memandangkan kita masih lagi berada dalam bulan kelahiran nabi Muhammad SAW , mari la kita sama sama meneruskan mengingati baginda hingga akhir hayat kita seboleh bolehnya.


Kepulangan rombongan dagangan milik Khadijah binti Khuwailid yang diamanahkan kepada Muhammad SAW disambut meriah kerana hasil pulangan dagangan tu sangat menguntungkan. 

Pembantu lelaki milik Khadijah yang bernama Maisarah menyampaikan berita kepada Khadijah tentang kejujuran dan segala akhlak terpuji rasulullah SAW dalam menjalankan perdagangan hinggakan mendapat keuntungan yang tidak pernah diterima sebelumnya.

Atas segala sifat terpuji yang dimiliki oleh Muhammad SAW tu, Khadijah menaruh hati lantas menyatakan hasrat terpendamnya kepada sahabat karibnya yang bernama Nafisah binti Manyah yang seterusnya menyatakan hasrat Khadijah tu kepada rasulullah SAW sendiri.


Melalui bapa bapa saudara nabi SAW, urusan peminangan pun diatur bagi pihak rasulullah SAW kepada bapa bapa saudara Khadijah. Tak lama selepas tu, rasulullah dan Khadijah diijabkabulkan. Adapun Khadijah menjadi salah seorang isteri rasulullah SAW yang paling baginda kasihi selain dari Saidatina Aisyah r.a kerana berbagai pengorbanan dan susah senang yang ditempuhi bersama.

Dari kisah perkahwinan rasulullah SAW dan Khadijah ni, banyak jugak pengajaran yang boleh kita contohi antaranya jika kita sersikap jujur dan amanah pastinya dikasihi dan disayangi orang. Dan lagi bagi kaum hawa yang berkeinginan nak berumahtangga tu, tak salah kiranya kalau nak berkenan pada kaum adam.


Mungkin janggal dan dikatakan macam perigi mencari timba. Contohi la sirah yang ada ni. Maklum je la, sekarang ni kaum hawa pun ramai yang berkedudukan dan memiliki harta benda. Kalau berkenan tu jangan malu malu nak sampaikan hasrat nak jadi isteri kepada kaum adam tapi biar la dengan cara yang betul.

Kalau boleh, berkenan la pada kaum adam yang berakhlak mulia dan beramal soleh. Baru la berbaloi percaturan jadi perigi mencari timba tu. Kalau yang dipilih tu hanya berdasarkan kepopulariti luaran je, kot menyesal dikemudian hari pulak.




15 February 2012

14 February 2012

Terkini - Royal Belum World Drums Fest 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Untuk makluman rakan rakan pengunjung yang sudah mengikuti entri Royal Belum World Drums Fest 2012 pada 12 Februari yang lepas, terdapat sedikit perubahan jadual festival tersebut.

Maklumat terkini "Royal Belum World Drums Festival 2012". Festival yang dijadualkan akan berlangsung pada 26 Feb 2012 di Royal Belum Forest terpaksa diubah kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan disana.

Oleh itu pihak penganjur, Kilatan Unggul EZ Event beserta Tourism Perak sendiri meminta maaf diatas masalah yang berlaku tetapi tempat akan diubah ke Gerik Airstrip pada tarikh tersebut dan akan berlangsung pada jam 8.45pm. 

Jadual terbaru program "Royal Belum World Drums Festival 2012" adalah seperti  yang tertera : - 

21 Feb - 8.00 malam : Taiping Sentral Mall
22 Feb - 8.45 malam : Dataran Putra, Lumut
23 Feb - 4.00 petang : Laman Budaya, Kuala Kangsar
24 Feb - 8.45 malam : (Raptai Malam Gala) Dataran MBI, Ipoh
25 Feb - 8.45 malam : Dataran MBI, Ipoh
26 Feb - 8.45 malam : Gerik Airstrip, Gerik

Untuk maklumat terkini dan lebih lanjut, rakan rakan pengunjung boleh melayari laman web Royal Belum World Drums Fest. Terima kasih diucapkan buat saudara Ismi Ismail atas makluman terkini tu. 

Rotavirus

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 


Baru baru ni di negeri Perak agak kecoh dengan kematian dua bayi akibat jangkitan sejenis virus yang dikenali sebagai rotavirus. Sebelum ni rasanya aku pun tak pernah dengar nama virus ni. Kalau keropok udang berjenama rota tu selalu sangat dengar.


Apa tu rotavirus ? 

Rotavirus ni adalah sejenis virus yang menyebabkan keradangan usus dan perut. Ianya mengakibatkan cirit birit berair yang teruk, muntah muntah, demam dan sakit perut. Ianya jugak boleh mengakibatkan dehidrasi ke atas bayi dan kanak kanak. Rotavirus ni kebiasaannya menyerang kanak kanak berusia 5 tahun ke bawah dan boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat mendapatkan rawatan.


Camne rotavirus tersebar ?

Antara cara penyebaran rotavirus ni adalah melalui air yang tercemar, tangan yang tak dibasuh selepas mengendalikan najis, makanan tercemar dan objek (permainan atau permukaan) tercemar. Rotavirus ni merebak dengan mudah dikalangan kanak kanak kecik. 


Tanda tanda jangkitan rotavirus ?

Biasanya bila seseorang individu tu dijangkiti dengan rotavirus, ianya akan mengambil masa dua hari untuk gejala gejala jangkitan dapat dikesan. Antara gejala yang perlu dititik beratkan seperti demam, muntah muntah, cirit birit dan sakit perut. Kehilangan selera makan dan dehidrasi jugak antara tanda tanda jangkitan rotavirus yang perlu diambil berat andainya dapat dikesan.


Camne nak mencegah rotavirus ?

Amalan menjaga kebersihan sebenarnya sebagai langkah langkah awal dalam mencegah apa apa virus pun. Sentiasa mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, mencuci tangan selepas mengendalikan najis, memastikan air yang digunakan tidak tercemar dan vaksinasi kepada bayi secara rutin berjadual.

Camne nak merawat ?

Andainya kita dijangkiti oleh rotavirus ni, sebenarnya takde ubat ubatan khusus untuk merawat jangkitan rotavirus ni. Cuma yang perlu diberikan perhatian bila ada tanda tanda jangkitan tu bersegeralah berjumpa dengan doktor dan pastikan pesakit terjangkit tidak mengalami dehidrasi akibat kehilangan cecair dalam badan melalui muntah dan cirit birit tu. 


Gejala dehidrasi ni kalau nak dikesan antaranya kurang buang air kecil, kering mulut dan tekak dan berasa pening apabila berdiri lama. Cara terbaik untuk mengawal dehidrasi ni adalah dengan banyakkan minum dan kalau nak baik lagi boleh la ke farmasi beli garam rehidrasi (ORS).


13 February 2012

sehari 500 kunjungan

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Malam tadi terasa nikmat sungguh tidur dengan kedinginan hujan yang berterusan sepanjang malam di Ipoh ni.


Hari ni pun agak terlewat untuk aku update entri tapi dari takde lansung lebih baik ada sesuatu yang boleh nak dikongsikan bersama. Sambil melayan anak aku tengok siaran wonderpets yang entah dah berapa kali ulangan di TV9 ni, nak tak nak layankan jugak la.


Sebelum ni tadi berkunjung kunjungan ke blog rakan rakan lain. Ada yang hanya kunjungan senyap, ada jugak kunjungan bersalam. Ada jugak yang tak berkesempatan nak dikunjungi lebih lebih lagi andai blog yang agak takde perkongsian terkini. Bajet nak dapat 500 kunjungan sehari tapi kalau update blog pun 500 hari sekali ape cerita ye tak ?


Kembali kepada kisah wonderpets yang masih bersiaran di depan mata ni, kisah tiga ekor haiwan peliharaan yang sentiasa berkerjasama dalam menyelesaikan apa jugak masalah. Cuma yang agak menghiburkan bila setiap percakapan diorang tu berlagu lagu lagi tu.

Ulangan yang ke berapa kali ? Aku pun tak pasti tapi rasanya dua tahun lepas pun aku dah pernah tengok episod yang ditayangkan hari ni. Tapi tak mengapa sebab walaupun diulang berkali kali, ada moral baik yang boleh dicontohi oleh penonton. "Apa yang penting ?? Kerjasama !!"


Tak la macam anime Hagemaru kat siaran ceria 611 tu. Merosakkan pemikiran budak budak je aku rasa anime tu. Memang la kelakar tapi banyak perkara negatif disepanjang jalan cerita dia tu. Tu pun ada jugak segmen 10 terbaik dalam anime hagemaru ni. Rosak tul.


Dengan media elektronik yang bersiaran 24 jam setiap hari ni memang pemantauan dari ibu bapa dan dewasa memang diperlukan bila rancangan rancangan ditonton oleh kanak kanak. Jangan sampai yang dewasa pun tak terpantau bila menonton sudah la.

12 February 2012

Royal Belum World Drums Fest 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.


Kalau pegi bersiar siar hari ni mesti kita nampak banyak benda benda berunsurkan sambutan hari valentine terjual di mana mana je terutama di sekitar pasaraya tumpuan awam. Penjual bunga la paling gembira rasanya sebab waktu ni je hasil jualan meningkat tak macam hari hari biasa.

Tapi bagi kita yang beragama Islam ni tak perlu la bersusah payah nak meraikan sama kononnya hari sambutan kekasih pada 14 Februari ni. Lagipun tak memberikan keuntungan pun kita nak meraikan hari kekasih ni. Pihak JAKIM pun dah lama mengeluarkan fatwa pasal sambutan hari valentine ni buat umat Islam. 


Kalau yang bukan beragama Islam tu terpulang la pada mereka, cuma pada yang beragama Islam pulak tak payah la nak susah susah hati fikir kat mane nak sambut hari kekasih ni. Kalau rasa gian sangat nak sambut jugak, aku cadangkan buat je kenduri doa selamat pehtu doa banyak banyak semoga Allah memberkati hubungan kita semua. 


Lupakan pasal hari valentine tu dulu. Bagi peminat peminat seni sedunia, dalam bulan Februari ni jugak berlansung di negeri Perak, Royal Belum World Drum Festival 2012. Kalau sebelum ni World Drum Festival kat Malaysia diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan 2008 yang lalu, tahun ni pulak negeri Perak menjadi pilihan.


Malam gala festival drum sedunia ni akan diadakan di Dataran MBI, Ipoh pada 25 Februari bermula jam 8 malam. Seperti festival festival sebelumnya, tiada tiket masuk diperlukan untuk menghadiri festival drum ni. 


Bagi yang takde perancangan pada tarikh tu boleh la sama sama menyaksikan festival ni. Sekali sekala kasi berdengung sikit lobang telinga dengan paluan drum dan gendang apa salahnya asalkan jangan terlalu leka sudah la.