03 February 2012

1979 - 2012

  5 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.


Hari ni tak nak menaip panjang. Alhamdulillah 3 Februari tahun 2012 ni jatuh pada hari jumaat. Seronok jugak rasanya bila diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghabiskan setahun usia kemudian sambung lagi untuk usia seterusnya hinggalah ke saat kehabisan usia kita nanti.


Selama 33 tahun usia di muka bumi ni rasa macam singkat pun ada. Kadang kadang usia sendiri pun tak ingat sampaikan terpaksa bertanya pada wifey bila nak isi apa apa borang yang bertanyakan usia.


Bukan la tua tak sedar diri pulak tapi dah memang terasa macam tu. Bila layan anak bermain sampaikan terasa macam sebaya la pulak. Bila bergurau dengan isteri pulak terasa macam remaja baru bercinta. 


Kepada rakan rakan yang mengingati hari ulangtahun aku hari ni aku doakan semoga rakan rakan semua dikasihi Allah. Kalau ada yang berkenan nak bagi hadiah tu, jangan malu malu mintak alamat kat email aku. Apa jenis hadiah pun sudi diterima. Nak bagi seringgit pun aku terima. Hehehe..


5 comments:

  1. Selamat hari lahir bro.. Moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat kelak... Kek sepotong yer, nanti saya ambik... :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday...semoga panjang umur, dimurahkan rezeki...aminnn

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir En Pipoq...!! :)

    lama tak nampak anak dara kecik tu kat blog ni... :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir bro dan muda lagi tuh. Ha..haa...

    ReplyDelete