01 February 2012

Kekasih hati

  3 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Hari ni aku terajin pulak nak menulis walau kebanyakan blogger mempergunakan hari rabu ni sebagai hari tanpa kata kata.


Bulan Februari kini datang kembali. Siapa yang tak suka bulan Februari lebih lebih lagi bagi yang meraikan hari ulangtahun dalam bulan Februari ni macam aku dan rakan rakan lain yang lahir di bulan istimewa ni. 


Apesal aku cakap bulan Februari ni istimewa ? Selain dari aku dilahirkan di bulan Februari, hanya bulan Februari ni je yang tak sama macam bulan bulan yang lain. 

Dan bertambah istimewanya bagi tahun 2012 ni, dalam bulan Februari ni jugak kita umat Islam sedunia akan menyambut hari memperingati kelahiran kekasih hati kita semua, Nabi SAW yang jatuh pada 5 Februari bersamaan 12 Rabiul Awal.


Dan itu menjadikan satu saingan bagi pengamal penyambut hari kekasih yang kononnya jatuh pada setiap 14 Februari saban tahun. Tak terkecuali sebahagian dari umat Nabi Muhammad SAW pun ada jugak yang terikut ikut meraikan hari kekasih ni. 

Mungkin ada yang terbelah bagi hatinya antara nak melebihkan kekasih hatinya yang bernama Jijah atau Anuwor ataupun nak melebihkan kekasih junjungan SAW. 


Tapi yang sebaknya, walau terkadang kita mengakui Rasullullah SAW sebagai kekasih hati namun hanya setahun sekali je kita memperingati baginda bagai nak rak tak macam kita memperingati kekasih hati intan payung yang hampir setiap minit berada dalam fikiran. 


Semoga bermula dari saat dan hari ni, kita benar benar dapat meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih hati kita yang lebih utama dari kekasih di depan mata. Kalau kekasih kita tu tak dapat nak terima hakikat bahawa si dia dah menjadi yang kedua selepas Rasullullah, tinggalkan je la cari yang lain. Amacam..ada berani ?





3 comments: