23 February 2012

Siapa salah ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan kepada rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Sambil menaip entri hari ni, mata melirik lirik ke kaca TV menonton rancangan Wanita Hari Ini di saluran TV3 bawah tajuk fail mahkamah : "keluar rumah tanpa tuduhan nusyuz".


Bukan persoalan tu yang nak aku kongsikan sebab persoalan tu dah dihuraikan dalam TV. Cuma yang nak aku kongsikan kat sini kalau la kita sedar, sekarang ni kebanyakan rancangan rancangan bual bicara banyak membicarakan pasal permasalahan rumahtangga.

Aku tak la memprotes pulak sebab bila ada rancangan camtu pun bagus jugak tapi dalam sedar tak sedar rupanya banyak betul rumahtangga yang bermasalah zaman sekarang ni.


Dimanakah silapnya rumahtangga zaman sekarang ni ? Padahal sekarang ni antara syarat nak bernikah tu perlu ada sijil kursus pra perkahwinan. Dan matlamat kursus pra perkahwinan tu sendiri pun adalah untuk mempersediakan ilmu rumahtangga kepada bakal bakal suami dan isteri.

Siapa pernah ikut kursus pra perkahwinan ni ? Dengan bayaran RM80 untuk setiap seorang peserta, kursus selama dua hari diisikan dengan modul modul persediaan menghadapi kehidupan berumahtangga. Lengkap kehadiran selama berkursus dua hari, di akhir kursus diberikan sijil dan esoknya dah boleh nak submit borang nikah.

Pengisian modul modul kursus tu bukan la tak bagus. Sekurang kurangnya perkara asas tu ada jugak la dibincangkan. Cuma yang tak bagusnya bila perkara kursus yang diadakan ni seakan akan sekadar memenuhi syarat mendapatkan sijil je.


Peserta yang hadir kursus tu nak tidur sepanjang kursus ke, nak layan blogwalking ke, atau ape juga aktiviti yang digemari pun tak kesah punya. Dipenghujung kursus ada ujian bertulis ? Tak perlu risau pun sebab samada nak rujuk pada bahan bacaan yang dibekalkan boleh, nak tiru peserta kat sebelah pun boleh. Pastinya di akhir kursus, semua peserta yang hadir lengkap selama dua hari tu akan mendapat sijil dan boleh la bernikah.

Agaknya sebab tu la rumahtangga zaman sekarang banyak bermasalah. Bagi kursus pra pun sekadar melepaskan batuk di tangga je. Jadi untuk apakah tujuan sebenar diadakan kursus pra perkahwinan ni ? Adakah untuk keuntungan sesetengah pihak ? Adakah untuk kebaikan peserta ? 


Andai aku diberikan kuasa untuk bersuara, buat la bebetul kalau nak berkursus camtu. Cuba buat macam nak ambik lesen memandu. Buat ujian berkomputer supaya betul betul peserta tu faham benar. Kalau tak lulus, jangan harap nak bagi sijil. 

Tapi tu la, buat la penguatkuasaan camne pun. Siapkan la syarat apa pun. Kalau pihak yang berkenaan cuma ambik mudah je, nak salahkan siapa ye ?


8 comments:

  1. semua penting, dah jadi satu keperluan kan.. so kita kene hargainya setiap masa.

    ReplyDelete
  2. tak pernh lagi menghadiri kursus pra perkahwinan ni..

    tp kan...rata2 yg dah pergi..terutamanya sekali blogger...kat seronok..tak membosankan...macam mana la pula ada peserta yg boleh tidur ye...

    hmm....bernas juga idea En Pipoq tentng ujian tu...buat macam ujian JPJ...tak lepas, repeat balik... byr lagi...baru la ada kesungguhan tu... :)

    ReplyDelete
  3. masa pegi kursus aritu,, sy pn xpuas hati sbab pengisian kurang mantap, lg best dtg kursus spm. dahla dlm 1 sesi disumbat hampir 300 org. bersesak2. nk jimat sgt kn. ekon pasang separuh sj, aiyyaa..

    syukur alhamdulillah dh selamat jd bini org.migrain plak kepala ingat time 2.

    ReplyDelete
  4. Pergi kursus perkahwinan semata-mata mahu mendapatkan sijil.

    ReplyDelete
  5. oh..cmtu ea kursus kawin.. yela kot sbb tu byk masalah lps kwin..huhu (mcm la aku penah kawin. haha)

    ReplyDelete
  6. Salah diri sendiri...org dulu-dulu kawin x de pun kursus... kalau semua salah org lain xde la wujud syurga neraka.

    ReplyDelete
  7. Hey, my dear friends, if you are hunting for a wild look Michael Kors Handbags Outlet at a reasonable price; you really should not miss this Michael Kors Handbags On Sale. It is truly a qualifying item. (tags: Michael Kors Outlet Online,Michael Kors Sale,Michael Kors Outlet)
    It posted by Michael Kors Outlet Store.

    ReplyDelete
  8. Det finns flera stora och kända omnibus online-shoppingwebbplatser som Michael Kors Väska Rea. Dessa webbplatser är alla väldigt lättillgängliga och praktiska, de erbjuder Mikael Kors Väska med alla olika märken, stilar, priser och de kan strida mot de flesta köpare.

    (Läs källa: Michael Kors Plånbok,Michael Kors Väska Rea,Michael Kors Väska)

    För tjejer som vill ha speciella, ikoniska och högkvalitativa väskor från sina favoritdesigners, är det mest direkta och effektiva sättet att hitta den nyaste, hetaste och mest speciella designen på deras officiella webbplatser.

    (Läs källa: Sac Longchamp Femme,Sac Longchamp Pas Cher, Sac Longchamp Solde)

    Det finns verkliga butiker som säljer kvällssäckar på alla ställen, till exempel varuhus, designerbutiker eller sändningsaffärer. Fördelarna med att köpa i en butik är att du kan känna påsar i alla storlekar, du kan se om färgen matchar din klänning, eller om väskans storlek och vikt passar dina behov.

    (Läs källa: Michael Kors Bolsos,Bolsos Michael Kors Outlet,Bolsos Michael Kors Rebajas)

    ReplyDelete