06 February 2012

Tak kenal maka tak cinta (bahagian -1)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi berkunjung dalam perkongsian ni mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Apakah bahang sambutan maulidur rasul semalam sudah menyejuk hari ni ? Macam mana dengan pengisian aktiviti sambutan maulidur rasul semalam ? Apa pun semoga lidah kita takkan pernah jemu untuk berselawat ke atas nabi SAW hingga ke akhir hayat insyaAllah.


Selama ini adakah kita hanya mengenali Rasulullah SAW hanya pada nama baginda semata mata ? Atau mungkin kita lebih mengenali para selebriti dari mengenali rasul akhir zaman yang diutuskan sebagai contoh ikutan terbaik buat kita semua.

Sebagai perkongsian untuk hari ni, jom kita sama sama mengenali serba sedikit tentang nabi Muhammad SAW mudah mudahan dengan lebih mengetahui berkenaan baginda menjadikan cinta kita lebih mendalam terhadap baginda SAW.


Dilahirkan di rumah Abu Talib di kota Mekah Al Mukarramah pada subuh hari isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 masihi oleh ibunya yang bernama Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf. 

Bayi yang dilahirkan itu  dinamakan Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim di mana insan yang bernama Muhammad inilah yang dipilih oleh Allah untuk menjadi utusannya. Dinamakan juga tahun kelahiran nabi Muhammad sebagai tahun gajah berikutan peristiwa segerombolan tentera bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Abrahah yang datang untuk meruntuhkan Kaabah. 


Adapun ketika itu masyarakat arab di Kota Mekah jarang sekali melihatkan kumpulan bergajah yang banyak macam tu. Dikisahkan tujuan Abrahah dan tentera bergajahnya tu bukan je nak meruntuhkan Kaabah malah segala haiwan ternakan termasuk kambing kambing Abu Talib dan Abdul Mutallib juga dirampas mereka.

Sebabkan tu, Abdul Mutallib yang tak puas hati kambingnya dirampas berjumpa la dengan Abrahah agar diserahkan kembali kambing kambingnya tu. Abdul Mutallib kata, kambing kambing tu hartanya maka kembalikanlah harta miliknya manakala Kaabah itu milik Allah, terpulanglah pada Abrahah sendiri nak buat camne.

Kat sini dapat kita ketahui bahawa salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim yang suci walaupun apa yang kita tahu sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, kebanyakan masyarakat arab di sana berada dalam keadaan jahiliyah.

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, ayahnda baginda terlebih dahulu meninggal dunia. Ada banyak kisah yang mengatakan bahawa kematian bapa Rasulullah SAW telah dirancang oleh pihak Yahudi ketika itu. Wallahua'lam.


Ketika Nabi SAW berusia 6 tahun, ibunya pula meninggal dunia setelah ditimpa sakit di al-abwa', sebuah perkampungan yang berada di antara Kota Mekah dan Madinah. Sejak dari itu, Nabi SAW dijaga oleh Abdul Mutallib dibawah asuhan Ummu Aiman.

Selepas kematian Abdul Mutallib ketika Nabi SAW berusia 8 tahun, baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Bersama Abu Talib, Nabi SAW mempelajari selok belok berniaga hingga baginda menjadi terkenal dengan kewibawaan dan ketelusan baginda dalam menjalankan perniagaan.

Ketika nabi SAW meningkat usia 25 tahun, baginda diamanahkan untuk membawa barang dagangan milik Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah ke negeri Syam bersama sama lelaki suruhan Khadijah yang bernama Maisarah.


Nak tau lagi kisah selanjutnya ? InsyaAllah akan bersambung dientri seterusnya. Kalau nak taip keseluruhan nanti bosan pulak membaca ye tak ? Lagipun banyak lagi blog lain yang rakan rakan perlu nak dikunjungi. Kalau rasa tak puas nak mengikuti kisah selanjutnya, jangan segan segan singgah lagi. 

p/s : Banyak lagi nak kena research kisah nabi junjungan ni.



10 comments:

  1. salam maulidur rasul..
    info yang menarik..
    ehehee

    ReplyDelete
  2. teringat masa sekolah rendah.
    sewaktu mula2 bljr sirah subjek agama.
    ^^

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul. Kisah Nabi SAW tidak pernah jemu setiap kali diperdengarkan.

    ReplyDelete