31 March 2012

Sup ayam nangka

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Siapa yang tak kenal dengan buah nangka ? Kalau masa budak budak dulu bila berebutkan nangka masak yang baru dipetik dari pokoknya memang lepas tu asyik bergelut dengan getahnya yang memenuhi tangan. Rupanya selain dari dimakan mentah begitu, nangka jugak boleh dimasak. Agak pelik aku rasakan sebab kenapakah buah yang sebegitu enak dimakan perlu dijadikan masakan.


Seingat aku la masa budak budak dulu pernah sekali arwah mak aku masak lauk gulai lemak nangka kat rumah. Tapi hanya kakak sulung aku sorang je yang berani nak makan nangka digulai tu dan yang lain hanya mengambil kuahnya je.

Bila aku terceburkan diri dalam bidang penyediaan makanan pulak, pernah jugak beberapa kali aku menyediakan masakan gulai nangka tapi tetap aku tak pernah rasa teringin nak menjamah nangka yang digulaikan tu. Setakat kuah gulai tu memang tak menjadi masalah lansung, tapi bila nak jamah nangka yang digulai tu terasa macam 'pelik' pulak rasanya bagi aku.


Pelik tak pelik, akhirnya kepelikan aku terhadap nangka yang dimasak berakhir jugak. Ianya bermula bila isteri aku yang teringin nak makan sup ayam nangka seperti yang biasa dimasak ketika di kampung kat Sabah sana tu. Ya, jangan berasa pelik pulak bila aku sebut 'sup ayam nangka' tu ye sebab aku pun baru pertama kali merasainya.

Nak dijadikan cerita setelah beberapa kali terlepas peluang nak bertemu dengan nangka muda di pasar harian, waktu nak membeli sedikit keperluan dapur di pasar malam berdekatan rumah, ternampak pulak la nangka muda yang dah siap dipotong kecik diletakkan dalam pinggan. Dengan semangat suami penyayang aku pun beli la sepinggan buat penawar kerinduan isteri aku pada masakan kampung halamannya. 


Setelah membantu memasak seperiuk nasi, aku menyerahkan tugasan menyediakan lauk nangka tu pada isteri sebab caraku dan caramu berbeza. Hehehe..Sebenarnya selalu jugak aku ngan isteri bergasak tak sama pada cara memasak. Mungkin sebab aku dah biasa dengan cara masakan semenanjung manakala isteri pulak dah biasa dengan cara masakan di Sabah. Cuma masakan tradisional dari Sabah je yang belum sampai ke tekak aku ni walaupun dah berulang kali balik ke sana.

Maka semalam tercatat la sejarah dalam hidup aku ni bila pertama kali aku menjamah nangka yang dimasak menjadi lauk. Dan lebih bersejarah lagi, kalau sebelum ni aku hanya kenal masakan nangka ni kebanyakannya dijadikan gulai tapi semalam aku menikmati 'sup ayam nangka'. Rupanya boleh jugak dijadikan bahan sampingan sup. 


Caranya cukup mudah. Bersihkan dulu nangka muda yang sudah dipotong kecil tu kemudian masukkan ke dalam periuk yang diisikan air bersama sama dengan hirisan halia dan ayam yang dipotong kecil lalu rebuskan sehingga nangka menjadi lembut. Kemudian masukkan serbuk perisa atau garam secukup rasa dan siaplah sup ayam nangka. Untuk menambahkan lagi keenakannya, sediakan perahan limau dan kicap yang dicampur dengan hirisan cili api sebagai cicahan.

Tekstur nangka yang lembut dan manis tu, diselang-selikan dengan rasa pedas, masam dan masin dari perahan kicap limau tu memang menghilangkan rasa kepelikan aku terhadap nangka yang dijadikan menu dalam masakan. Anak aku pun sangat berselera menikmati masakan sup nangka isteri aku tu. Kenapa aku kata pelik ? Sebab dalam minda aku ni, buah nangka tu hanya dimakan apabila sudah masak dari pokok, bukan dimasak di dapur. Nangka tu yang pelik atau aku yang pelik ?



30 March 2012

Mari jadi penari tiang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Marilah kita bersama sama memperbanyakkan selawat dan zikir serta ibadah di penghulu segala hari ni mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.


Sakitnya hati bila membaca akhbar kosmo online semalam tentang kisah penari tiang melayu beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan hanya mengikut Seksyen 21 akta kesalahan kecil 1995 yang hanya mengenakan hukuman denda tak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Biadab. Kurang Ajar. Tak bermoral. Apa lagi yang boleh kita nak cakapkan ? Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam ? Dengan keruntuhan moral anak bangsa kita yang beragama Islam semakin menjadi jadi, ditambah pulak dengan cerita sebegini dah tentu semakin menjadi penyuntik semangat bagi jiwa jiwa anak bangsa yang dah sememangnya menantikan kehancuran. 

Sedangkan naik kereta tak pakai tali keledar belakang boleh dikenakan denda tak melebihi RM2000 atau satu tahun penjara bagi setiap kesalahan, ni pulak kesalahan yang melibatkan sensitiviti agama. Apa sangat la dengan denda RM25 tu. Mungkin lepas ni semakin ramai anak gadis bangsa kita yang beragama Islam semakin berani bertelanjang dan beraksi jalang di pusat pusat hiburan serata Malaysia ni. 


Andai hanya dikenakan denda RM25 jika didakwa, senyum kambing je la bila bayar di mahkamah tu. Sekali buat aksi terkangkang di depan mata mata jantan bernafsu syaitan tu dah berapa ratus ringgit boleh dikumpul dicelah seluar dalam. Belum lagi buat aksi menonggeng sambil meliuk lentuk menayang bonjolan punggung sampai membuatkan para penonton jantan menjadi tak keruan.

Apakah reaksi para pemimpin negara kita ? Aku bukan nak memetik soal politik pulak. Tapi dimanakah mereka yang berada dibarisan atas yang memiliki kuasa dalam kepimpinan negara ? Sekurang kurangnya berilah reaksi membenci dengan keputusan sebegitu. Andai semuanya berdiam diri, insyaAllah akan lahir semakin ramai penari penari tiang berbangsa melayu beragama Islam di masa akan datang ni. Sebagai umat Islam, aku sekeras kerasnya mengutuk perbuatan, keputusan dan tindakan yang berkaitan dengan perkara ni. 

Semoga Allah memelihara diri kita dan ahli keluarga kita semua dari terjebak dengan perkara sebegini. Andai terlanjur, bersegeralah kita memohon ampun dan bertaubat agar kita terselamat dari siksaan azab neraka. 




29 March 2012

Kita dan najis ayam

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengujung yang dihormati dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Pagi ni kami sekeluarga menghabiskan masa di klinik sebab ibu mengandung perlu buat pemeriksaan rutin dan begitu jugak dengan anak yang dah masuk usia 3 tahun setengah ni pun nak kena buat pemeriksaan sama.


Kembali kepada tajuk entri hari ni, rasanya isu tentang telur najis ayam ni dah agak lama diperkatakan tapi seakan semakin dilupakan saban hari. Kalau kita baca bab hukum makanan, hukum memakan najis itu adalah haram. Tapi dalam sedar tak sedar entah berapa banyak najis yang dah kita masukkan dalam tubuh badan kita ni tak tau la.

Kalau kita sendiri yang memasak di rumah insyaAllah takde masalah dalam mengendalikan telur ayam untuk menjadi menu masakan kita tu sebab mungkin kita akan basuh bersih dulu telur tu sebelum digunakan. Tapi bagaimana pulak kalau kita memesan menu di luar ?


Sebutkan je apa menu yang kat luar tu yang menggunakan telur ayam. Nasi goreng kampung, char kuew tiau, burger benjo, mee goreng mamak, roti canai telur, murtabak, telur bungkus, mee bandung, nasi lemak, bihun kung fu, nasi pataya dan berbagai lagi menu menu yang menggunakan telur sebagai sebahagian dari bahan masakan bagi menyempurnakan masakan tu sendiri.

Adakah telur yang digunakan oleh penyedia makanan tu dibasuh terlebih dahulu ? Atau hanya terus diambil dari bekasnya lalu dipecahkan dan terus dicampurkan ke dalam masakan yang dipesan ? Andai tidak dibasuh, adakah bersih telurnya tu dari najis yang mungkin melekat dikulit telur tersebut ? Dan adakah hasil dari telur yang tidak dibasuh yang dicemari sisa najis ayam itu yang kita makan dengan berselera sekali ?


Rasanya tak menjadi kesalahan pada kita sebagai pengguna untuk bertanyakan soal kebersihan pada makanan yang kita pesan tu dari penyedia makanan tak kira la samada restoran atau gerai di tepi jalan. Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan bagi kita untuk memastikan makanan yang kita makan tu adalah dari sumber yang halal lagi bersih. Andainya penyedia makanan tu membantah, buat apa kita nak memajukan perniagaan yang penuh dengan syubhat sebegitu yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri dari memikirkan keutamaan menjaga kesejahteraan umat.

Tepuk dada tanyalah selera masing masing. Perlu kita ketahui setiap apa yang kita makan dan minum itu akan menjadi darah dan daging kita jugak. Kalau rasa tak peduli dari mana sumber hasil darah daging kita tu, terpulang pada selera masing masing. Cuma kita perlu ingat, dalam Islam ni antara perkara utama yang perlu kita jaga ialah kebersihan. Sebab kalau bernajis, dah tentu amal ibadat kita tak sah. Mungkin kerana terlalu banyak makan najis tanpa kita sedari, maka sebab tu la kita ni jadi liat nak beribadah kepada Allah. 


Andai dapat kita hindari, bersama sama la kita cuba hindari. Kalau teringin sangat nak makan kat luar tu, gunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk memastikan makanan kita tu benar benar terjamin kebersihannya. Tapi kalau rasa tak kesah nak makan najis sebab mungkin nak cepat tumbuh subur macam tanaman, silakan la menjamu selera berasaskan menu telur najis ayam tanpa perlu memikirkan apa apa.



27 March 2012

"Apa tu ?"

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Bagi rakan rakan di sekitar negeri Perak yang mencari peluang pekerjaan di sektor kerajaan, boleh la tengok tengok iklan yang ada kat atas entri ni dan klik pada pautan SPA ONLINE PERAK tu untuk memohon mana tau kot ada rezeki boleh la memulakan simpanan untuk tabung menunaikan ibadat haji.

Dulu masa sebelum berumahtangga selalu jugak membayangkan kehidupan bila berkeluarga. Seronok sebenarnya bila ada imaginasi sebegitu sebab sekurang kurangnya mana yang baik tu boleh diadaptasikan bila benar benar tiba masa dah berkeluarga nanti.

Antara yang pernah diimaginasikan tu berkenaan anak anak. Masa tu terbayangkan beberapa orang anak yang merupakan zuriat sendiri. Cuma bila bab imaginasi ni mesti la semuanya perkara yang bagus bagus je ye tak ? Tak tau la pulak kalau ada yang berimaginasi tentang perkara yang teruk teruk.


Bila dah berumahtangga dan mendapat tahu isteri yang kita kongsikan sebahagian hidup kita bersama tu mengandung anak yang pertama, memang berbagai perasaan yang muncul. Teruja tu dah tentu la tak termasuk lagi entah apa beribu jenis macam perasaan yang timbul tenggelam. Cuma yang terpenting sekali, hati tak pernah berhenti mengucap syukur dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan dan dilindungi Allah dari perkara perkara yang kita tak nak bayangkan.

Ketika pertama kali melihat zuriat sendiri yang dilahirkan oleh isteri dihadapan mata, memang hilang segala kata kata. Gembira dah semestinya. Antara teruja dan sedikit kerisauan jugak sebab isteri melahirkan anak pertama dulu melalui pembedahan dan selepas pembedahan tu dengan tubuh yang agak kelemahan terpaksa aku tinggalkan di bawah jagaan pihak hospital. 


Saban hari pulak melihat perkembangan tumbesaran anak yang berbagai seribu satu karenah dari bulan ke tahun hinggalah sampai ke hari ni dah berusia tiga tahun anak pertama kami ni, memang terasa macam cepat sungguh masa berlalu. Bila tengok semula semua gambar gambar yang dirakamkan sejak dari hari pertama dilahirkan tu, terasa seakan tak percaya pulak dah berstatus ibu dan bapa.

Walau terkadang tu karenahnya sedikit menjengkelkan apabila tak nak dengar cakap atau sedikit melawan dengan apa yang kita suruh tapi  tak sampai hati nak ditangan tangankan. Sedangkan kalau aku jegilkan mata pun dah menangis macam kena dera je anak aku ni. Hehehe..maklum saja la mungkin sebab aku jarang nak memarahi secara serius tapi bila aku dan isteri menegur secara serius sudah pasti kami tak lupa untuk menerangkan kesalahan yang dibuatnya tu mudah mudahan dia faham akan kesalahannya tu.


Sekarang ni pulak dengan mulut yang semakin keletah bercakap, lebih lagi la menghiburkan sampaikan kadang kadang tu bila tengah marah pun boleh jadi hilang kemarahan tu. Bila aku nak keluar bertugas dah pandai menyampaikan pesan seperti mama dia untuk aku dengan kata kata "Hati hati papa" dan sebagainya. Ayat yang paling banyak disebutkan sekarang ni tak lain tak bukan "apa tu ?". Maklum la perkembangan otak tengah pesat sampaikan kadang kadang tu tak terjawab jugak dengan segala pertanyaan dia tu.

Dan tak lama lagi ni pulak insyaAllah akan hadir lagi ahli baru dalam keluarga kami. Cuma tinggal menghitung hari je lagi ni. Papa asyik teringin nak anak lelaki tapi mama pulak nakkan anak perempuan. Tapi si kakak dah pastinya tak sabar sabar menantikan kehadiran adik yang baru. Apa pun keputusannya mudah mudahan dipermudahkan Allah, semuanya selamat sihat dan dipelihara Allah. 



26 March 2012

Ikan Salmon goreng bersalut tepung dihiasi dengan bread crumbs ala ala nugget

  18 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Malam tadi lepas tengok filem 127 hours di rangkaian Fox Movie Premium saluran astro 413, layan pulak siaran NatGeo. 

Entah kenapa sejak dari aku budak budak lagi memang cukup tertarik dengan dokumentari. Terutamanya bila melibatkan alam semulajadi la. Dalam rancangan malam tadi, ada ditayangkan berkenaan perihal ikan salmon yang pelik apabila tiba musim nak mengawan.

Pelik tak pelik la jugak sebab dah memang Allah jadikan kitaran hidup makhluk yang bernama salmon tu begitu. Lagipun kat situ pun dah menunjukkan tanda tanda kekuasaan Allah buat orang orang yang mampu berfikir. 


Dan kebetulan jugak la sewaktu berkunjung ke laman bro akubiomed awal pagi tadi, kisahnya berkisar tentang ikan salmon. Siap tercipta resipi baru untuk ikan salmon lagi tu yang dinamakan 'ikan salmon masak hentam sajalah'. Ok la jugak tu daripada tak termasak lansung sebab takde idea bagaimana nak dimasakkan ikan tu.

Memang orang kita jarang sekali meletakkan menu masakan ikan salmon dalam menu harian makanan tempatan sebab ikan salmon ni termasuk dalam kategori ikan import dan semestinya mahal dari ikan yang biasa kita jumpa kat pasar pasar seluruh Malaysia ni. Kalau ada pun biasanya di hotel hotel yang menyajikan masakan ikan salmon ni tapi bila kat hotel sudah pasti la harganya menjadi lebih mahal walaupun hanya untuk seketul ikan salmon je.

Sebab tu mungkin tersemat dalam minda kita akan kesukaran untuk memasak ikan salmon ni. Dah la mahal, bila tengok kat rancangan memasak asyik nak tunjuk menu yang ala ala mahal dan berkeunggulan pulak tu. Ikan salmon ni jugak dikatakan antara ikan yang kaya dengan omega 3 dan berprotin tinggi yang mana membuatkan ianya baik untuk otak dan kulit. 


Ikan salmon ni bukan setakat hanya boleh dijadikan sashimi atau sushi. Tak perlu nak susah susah mencari bahan bahan memasak ala ala hotel 5 bintang dan nak memasak ikan salmon ni jugak tak memerlukan kepakaran tinggi untuk menyediakannya. Cuma bila disebabkan harganya yang agak mahal berbanding dengan ikan lain yang kat pasar tu, takkan kita nak goreng kunyit je kot ye tak ? 

Sebenarnya ikan salmon ni lebih kurang sama je dengan ikan ikan lain yang kita selalu jumpa tu. Agaknya warna isi daging dia tu je yang mungkin kita rasa macam pelik sikit. Bab menu untuk ikan salmon ni, macam macam pun boleh. Cuma kot nak merasa masak kari ikan salmon tu setahun sekali aje la barangkali sebab harga seketul ikan salmon tu pun dah macam boleh beli ikan kembung dua tiga ekor.

Bila aku tengok pada gambar ikan salmon hentam sajalah hasil rekaan chef akubiomed dan isterinya tu, kesian jugak aku perhatikan ikannya seakan 'terbogel' begitu saja. Tapi pujian harus juga diberikan atas keberanian untuk mencuba resipi ciptaan sendiri. 


Kat sini aku nak kongsikan sikit antara resipi mudah yang boleh diaplikasikan bila berhadapan dengan ikan salmon. Disebabkan isi daging ikan salmon ni agak 'berotot' dan tak mudah hancur apabila dioperasikan, menu yang aku nak kongsikan ni menjadikan ikan salmon goreng ni ala ala nugget la hasilnya. Memang teramat mudah sehinggakan orang bujang yang hanya pandai memasak maggi pun boleh mencuba dalam penghasilan menu ikan salmon ni.

Apa yang perlu kita lakukan ialah keringkan ketulan ikan salmon yang dah dibasuh tu dengan tuala atau toskan hingga agak kering. Kemudian campurkan tepung gandum, sedikit garam dan lada secukup rasa mengikut kuantiti ikan yang nak digoreng tu. Kalau rasa nak lagi mudah, gunakan je tepung goreng tempura tu. Lepas tu gaulkan ketulan ikan tu tadi dalam campuran tepung sampai rata, kemudian celupkan ikan tu dalam telur ayam dan lepas tu gulingkan dia dalam bread crumbs lalu dimasukkan ke dalam kuali selama 4 - 5 minit secara 'deep fry'

Senang kan ? Kalau nak yang susah punya, kena tanya kat Gordon Ramsey la kot sebab antara aku dengan dia tu memang tak boleh nak bertentang mata pasti akan melayang periuk belanga. Hehehe..apa pun selamat mencuba resipi ikan salmon goreng bersalut tepung dihiasi dengan bread crumbs ala ala nugget ni ye. 



25 March 2012

Mahalnya air panas

  6 Komen    
label: , , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi berkunjung dan meluangkan sedikit masa di blog ni mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Aku sekeluarga amat jarang sekali untuk makan di luar. Cuma bila waktu keluar membeli belah, terasa nak bertukar selera atau malas nak masak di rumah baru la peningkan kepala untuk memilih di tempat mana untuk menjamu selera andainya bukan restoran makanan segera yang menjadi pilihan.

Kalau di sekitar Ipoh ni memang banyak jugak la tempat pilihan untuk menjamu selera. Cakap saja nak masakan variasi apa insyaAllah semuanya ada. Lebih lebih lagi bila malam menjelma sebab kebanyakan pengusaha makanan ni suka memulakan perniagaan dari bermula malam hingga ke ke awal pagi.


Ada restoran yang nampak menarik tapi kadang kadang tu masakannya tidak cukup mengecurkan air liur dan kebiasaannya harga yang ditawarkan sedikit mahal. Ada juga yang masakannya menyelerakan tapi keadaan persekitaran premis adakalanya menyekat selera.

Bercakap pasal harga ni, tadi aku terbaca satu tajuk akhbar dalam talian yang agak menarik. Berkenaan segelas air panas yang berharga RM1.80. Sikit lagi nak menyamai harga bagi seliter minyak RON 95 di stesen stesen minyak tempatan.

Entah apa yang menyebabkan harga bagi segelas air panas tu sebegitu rupa aku pun tak pasti la. Tapi melalui rencana berita tersebut, perkara itu memang diakui oleh pemilik restoran yang mengakui harga yang dikenakan tu memang adalah harga bagi segelas air panas. 


Cuma setelah pelanggan yang tidak berpuas hati tu membuat aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan pihak berkuasa tersebut melakukan pemeriksaan ke atas restoran tu barulah pemilik restoran tersebut mengatakan bahawa terdapat kesilapan pada harga yang diberikan  untuk segelas air panas tu.

Macam macam cara nak untung sekarang ni tak kira dah halal ke haram. Sebagai pengguna, kita mempunyai hak yang kadang kadang kita tak tau. Oleh tu sentiasa la beringat sebelum terkena. Dari kecik lagi kita dah biasa dengar ungkapan "costumer always right", jadi bagi mengelakkan terkena maka berhati hatilah dan gunakan la hak kita sebagai pengguna dengan bijak.



24 March 2012

Starbucks dan Gay

  11 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah dalam apa juga yang kita lakukan.

Malam tadi masa melayari facebook, aku terpandang pada satu perkongsian yang tertera di 'wall' aku tu dari seorang rakan sepermainan dalam talian yang berasal dari negara barat. Biasa la kalau melalui facebook ni, bukan kira pada siapa pun kalau kita nak 'share'kan apa benda sekalipun. Cuma yang agak menarik perhatian aku tu pada perkara yang di 'share'kan tu.


Mungkin perkara ni boleh menjadi satu berita gembira bagi golongan gay yang ada kat negara kita kot. Maklum saja la bila salah satu syarikat terkenal seluruh dunia dan ada juga berpengkalan di negara kita ni menyokong pergerakan diorang tu. Cuma aku tak pasti la pulak samada syarikat yang ada kat Malaysia ni ikut sama memberikan sokongan kepada golongan gay yang bersepah sepah di negara kita ni.


Mungkin ianya ditujukan buat golongan gay yang bukan berada di Malaysia dan mungkin juga bukan Starbucks yang beroperasi di Malaysia turut serta dalam kempen menyokong gerakan gay tu tapi rasanya asalkan gay, di ceruk mana pun mereka tetap makhluk yang menjijikkan. Begitu juga dengan Starbucks, tak kira di negara mana pun dah pastinya bila ianya dari satu logo yang sama takkan tak terlibat walau sekelumit pun.


Kalau sebelum ni kita pernah digemparkan dengan produk dari Starbucks ni mengandungi bahan haram bagi umat Islam, kali ni dengan sokongan padu yang diorang berikan untuk golongan gay yang keji tu walaupun pihak JAKIM meluluskan sijil halal bagi produk diorang di Malaysia ni adakah kita sebagai pengguna yang beragama Islam, pengguna yang anti-gay dan pengguna yang prihatin mahu terus menggunakan produk Starbucks ni ? 


Bermakna seperti kita juga menyokong sama kempen yang Starbucks ni sokong walaupun mungkin Starbucks Malaysia menafikan sokongan mereka terhadap kempen gay tu andainya kita terus menjadi pelanggan produk diorang tu.

Bukan tujuan aku nak memburukkan mana mana pihak tapi sebagai seorang yang beragama Islam, aku menentang sekeras kerasnya perkara yang sebegini. Tak perlu la kita nak mengiktiraf golongan gay atau yang seangkatan dengannya tu. Sama sama la kita fikirkan hubung kaitnya tu. Kalau Starbucks menyokong kempen golongan gay tu, bukan ke setiap sen yang kita leburkan pada produk diorang ada tempiasnya sama ? Kecuali la anda seorang gay.



22 March 2012

malware cross-site warning

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sekali lagi untuk minggu ni macam terlebih rajin pulak nak kemas kini entri sampaikan dua entri sehari.

Bukan rajin sangat pun sebenarnya. Cuma nak mempergunakan fungsi utama blog ni sebagai medium perkongsian secara bermanfaat. Terlebih dulu aku nak minta maaf kepada rakan rakan pengunjung yang menghadapi masalah ketika berkunjung ke blog aku ni semalam dan awal pagi tadi kerana mendapat amaran malware.


Sebenarnya sejak dari semalam lagi aku berhempas pulas untuk menangani masalah yang dihadapi. Jangan kata nak bukak laman blog, aku nak akses masuk untuk edit HTML melalui draft.blogger pun tak dapat. Puas aku mencari tutorial untuk membuang malware tu tapi boleh aku katakan tak la berapa nak membantu sebab memang tak membantu lansung. 


Situasi yang aku alami dinamakan sebagai 'cross-site warning'. Maknanya malware yang dikesan tu bukan dihasilkan dari laman aku tapi dari laman pihak lain melalui jaringan yang ada di laman aku. Faham ke ? Hehehe..

Jenuh jugak la aku bukak sana sini mencari jalan penyelesaian. Bila aku jalankan pemeriksaan melalui webmaster tools untuk mengesan malware, lansung tak dapat dikesan apa apa pun. Camtu jugak bila aku menggunakan Google Safe Browsing diagnostic page untuk tengok punca masalahnya namun lansung tak dapat nak dikesan.


Memang kalau dilihat dari amaran tu, kita boleh tau dari mana datangnya malware tu cuma dalam masalah aku ni, laman yang dikatakan punca datangnya malware tu memang sudah terkeluar dari senarai jangkauan radar aku. Puas aku cari kot kot masih tertinggal di dalam senarai 'followers' tapi tak ditemui jugak. Hinggalah aku mendapatkan bantuan teknikal dari pihak google sendiri yang akhirnya menyelesaikan masalah yang aku hadapi sejak semalam. 


Puncanya boleh aku katakan dari kesilapan aku sendiri jugak la. Rupa rupanya ianya datang dari widget bloglist yang aku letakkan dalam blog aku ni. Agak menghairankan jugak sebab seperti ada sedikit kecelaruan yang berlaku kat situ. Walaupun nama laman yang bermasalah tu sudah aku keluarkan dari senarai ikutan, namun ianya masih tersenarai dalam bloglist pada widget tu. 

Hanya di situ je satu satunya tempat yang aku lansung tak periksa sebab lansung tak terfikir ianya berpunca dari situ. Jadi andai kata ada rakan rakan yang menghadapi masalah sebegini, pastikan kita memeriksa segala isi dalam blog kita tu terlebih dahulu bagi mencari punca sebenar masalah. 


Kesimpulannya walaupun semalam hampir sepuluh laman blog yang menawarkan tutorial membuang malware aku lawati bagi mencari penyelesaian, namun boleh aku katakan takde satu pun yang benar benar membantu. Mungkin sebab tutorial yang diberikan tu hanya hasil dari tiru dan tampal atau taip semula dan bukannya dari pengalaman sebenar yang mana mungkin jika dihadapi oleh mereka sendiri, pastinya mereka lebih tahu tutorial mana yang lebih membantu.



Musim baru Two Days One Night

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Seperti dijanjikan, hari ni adalah entri lanjutan dari entri yang bertajuk '2 days 1 night'. Aku dan wifey mempunyai kegemaran yang serupa dalam menonton siaran TV terutama dalam rancangan berbentuk hiburan.



Antara yang menjadi pilihan kami siaran rancangan hiburan dari Korea Selatan yang menampilkan rancangan berbentuk info-hiburan-realiti, 2 days 1 night yang bersiaran sejak dari Ogos 2007 lagi. Rancangan berkonsepkan pengembaraan yang melibatkan 6 orang hosnya pergi selama dua hari satu malam (dan kadang kala lebih lama) ke destinasi pilihan sekitar Korea Selatan seperti perkampungan, pergunungan dan tempat tempat menarik lain yang terdapat di Korea Selatan.

Untuk memeriahkan lagi rancangan ni, pelbagai aktiviti diselitkan sepanjang rakaman diadakan seperti permainan 'bokbulbok' iaitu permainan untuk menentukan pasukan mana yang bernasib baik dan sebaliknya. Pastinya aksi dan keletah para hos rancangan ni membuatkan penonton tak kering gusi ketawa geli hati.



Bermula dari episod pertama yang menampilkan Kang Ho Dong, Eun Ji Won, Ji Sang Ryul, Noh Hong Chul, Kim Jong Min dan Lee Su Geun sebagai hos rancangan hiburan-realiti ni. 

Kemudian setelah Ji Sang Ryul menarik diri tempatnya digantikan oleh Kim C, penyanyi kumpulan Hot Potato. Seterusnya Noh Hong Chul pulak menarik diri dari menjadi hos kerana ingin menumpukan perhatian pada rancangan hiburan di rangkaian MBC dan tempatnya telah digantikan oleh penyanyi dan pelakon, Lee Seung Gi.



Apabila Kim Jong Min diarahkan untuk menyertai khidmat tentera awam selama dua tahun, tempatnya digantikan oleh Mc Mong namun atas dakwaan mengelakkan diri dari berkhidmat dalam tentera dan didapati bersalah maka Mc Mong kemudiannya telah digam dari muncul di rangkaian KBS.

Kemunculan semula Kim Jong Min bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kim C selepas Kim C menarik diri atas alasan untuk menumpukan perhatian pada muzik memeriahkan kembali rancangan ni. Bagi melengkapkan hos rancangan, Uhm Tae Woong dijemput untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Mc Mong.



Pada awal September, Mc Kang Ho Dong didakwa tidak menjelaskan cukai yang mana menyebabkan beliau menarik diri dari muncul dalam apa apa rancangan TV termasuklah rancangan 2 days 1 night. 

Dan bagi siaran di Malaysia pada 18 Mac lepas merupakan episod terakhir sebelum bermulanya musim terbaru yang menampilkan beberapa hos baru dan dibawah pengarah yang baru. Eun Ji Won dan Lee Seung Gi antara ahli yang menarik diri dari terus mengacara rancangan hiburan terkenal ni.



Namun dibawah pengurusan baru, beberapa muka muka baru seperti Kim Seung Woo, Cha Tae Hyun, Sung Si Kyung dan Joo Won dibawa masuk untuk menjadi hos rancangan ini selain dari anggota lama yang masih bersama seperti Lee Su Geun, Kim Jong Min dan Uhm Tae Woong. Bagi peminat peminat 2 days 1 night, tunggu je la siaran musim baru bermula 25 Mac ni dalam Happy Sunday di siaran KBS.


Gambar : Ehsan Google








21 March 2012

20 March 2012

Don't phish me

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan semua mudah mudahan kita semuanya diberkati Allah. Macam luar biasa pulak hari ni sebab ada dua entri kerana kebiasaannya sehari satu entri je. Bukan maksud aku nak kejar trafik atau menyusahkan rakan rakan berkunjung berkali kali tapi untuk berkongsi sedikit maklumat lanjutan dari entri bertajuk CIMB penipu.



Terlebih dulu aku nak mengucapkan terima kasih kepada bro akubiomed kerana berkongsi maklumat tentang keselamatan dalam talian hasil maklum balas pada entri sebelum ni. Sebenarnya aku pun tak tau adanya perisian sebegitu rupa bagi membantu pengguna internet terhindar dari perbuatan tak bermoral oleh pihak lain.

'Don't phish me' adalah satu perisian plug-in yang dibangunkan oleh CyberSecurity bagi membantu pengguna pembankan dalam talian. Ianya boleh dimuat turun secara percuma bagi keselesaan pengguna dalam membasmi kegiatan kecurian wang melalui penipuan internet ni.


Klik gambar untuk muat turun

Modus operandi perisian Don't phish me ni sangat mudah. Apabila seseorang pengguna menerima e-mail dari laman perbankan yang mencurigakan, perisian Don't phish me akan mengeluarkan amaran di skrin secara otomatik dan pihak CyberSecurity akan menerima laporan secara dalam talian dalam masa yang sama. 

Satu laman berkenaan phishing akan dipaparkan di skrin jika penerima e-mail tersebut memilih untuk tak meneruskan pautan yang diberikan. Tapi kalau gatal tangan nak bukak jugak, risiko berkaitan akan ditanggung oleh penggatal tangan tersebut tapi pengguna yang gatal tangan tu tak boleh nak masukkan nama atau cuba nak log-in pada pautan perbankan palsu tu sebab laman tu dah disekat secara otomatik dari pihak CyberSecurity.



Bagi menjamin kemakmuran dan keharmonian seluruh rakyat 1Malaysia, kesemua bank yang menawarkan perbankan dalam talian yang ada diseluruh Malaysia adalah dilindungi dengan Don't phish me. Lepas dah muat turun perisian tu, tak payah la nak risau risau lagi kalau dapat e-mail mencurigakan camtu. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pastinya kita akan bertindak dengan betul bagi melindungi keselamatan seluruh penduduk negara kita ni.

CIMB penipu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Semalam sebenarnya agak lewat untuk aku update entri blog sebab tu tak banyak perkataan boleh nak dibaca dalam entri semalam.

Malam tadi semasa melayari internet berkunjung ke blog rakan rakan dan menyemak peti masuk e-mail, aku teruja sedikit ketika membuka peti spam e-mail Yahoo aku yang jarang jarang sekali aku jenguk. Nak tahu hasilnya yang aku jumpa dalam tu ? Tengok gambar bawah ni


Agak menarik jugak sebab aku tak pernah seumur hidup membuka akaun di CIMB dan nampaknya seperti pihak CIMB amat terdesak kerana tanpa jemu menghantar e-mail untuk aku. Bila aku bukak e-mail tu, hasilnya seperti gambar di bawah ni pulak


Wow..patut la seperti terdesak menghantar e-mail kepada 'pelanggan hantu' seperti aku ni. Rupanya nak mengemaskini ciri sekuriti terbaru. Memang tak boleh nak diabaikan kalau menerima peringatan camni. Ye la, duit dalam bank tu bukan sikit simpanannya, beratus juta ringgit jugak. Kalau hilang atau tak dapat nak diaksess macam mana ? Tangan yang gatal ni pun klik la pada jaringan yang diberikan tu, maka muncul la laman seperti di bawah ni


Nampak asli dan benar benar dari pihak CIMB. Tapi cuba bandingkan dengan gambar laman di bawah ni pulak


Ya. Hampir serupa tapi tak sama. Paparan antara yang asli dengan yang bukan asli sedikit berlainan. Mungkin kerana pada yang asli ada ciri ciri keselamatan berbanding dengan yang bukan asli. Perhatikan juga pada alamat laman web kedua gambar CIMB ni, seperti langit dengan bumi. 

Sengaja aku pergi ke tapak utama yang bukan asli tu untuk melihat dengan lebih lanjut apa yang ada di sana, dan hasilnya seperti ini


Entah apa ke bendanya aku pun tak mengerti. Melalui penterjemah google, katanya laman ni berbahasa Spanish. Tak kuasa pulak aku nak menterjamahkan dalam bahasa english lalu aku melihat pulak siapakah empunya diri ni di laman facebook beliau. Rupanya


Bukan Kassim Selamat tapi mereka mendakwa diri mereka adalah ahli muzik atau kumpulan pemuzik dari Medellin, bandar kedua terbesar di Colombia. Cuma nampaknya tak la berapa terkenal sangat sebab hanya mendapat 751 likes di laman facebook mereka. Mungkin kerana itu mereka memerlukan sokongan kewangan dari pelanggan hantu CIMB seperti aku untuk menampung perbelanjaan seni muzik mereka. 

Kepada rakan rakan semua yang mungkin pernah menerima apa apa e-mail berbentuk sebegini dari apa apa perkhidmatan bank sekalipun, jangan cepat tertipu walaupun ianya kelihatan benar benar perlukan perhatian segera. 

Kalau sebelum ni mungkin MayBank yang selalu menjadi mangsa, sekarang ni CIMB pulak dan berkemungkinan esok lusa tiba tiba kita mendapat e-mail dari Bank of Amerika mintak kita tukar maklumat segera. Bagi rakan rakan yang menerima e-mail scam yang sama kononnya dari CIMB seperti yang aku terima ni, diharap dapat forwardkan e-mail tersebut ke [email protected] supaya pihak CIMB dapat menyiasat dan menumpaskan kegiatan tak bermoral ni bagi keselamatan pelanggan diorang.

Untuk mengetahui bagaimana untuk melindungi akaun CIMB anda semua dari kegiatan tak bermaruah ni, boleh la melawat ke laman keselamatan CIMB untuk cara cara dan tindakan yang boleh dilakukan. Walaupun simpanan kita dijamin oleh PIDM tapi jangan sesekali tertipu dengan penipuan sebegini sebab andainya kita tertipu atas 'kekalutan' kita sendiri, bukan senang nak mintak ganti rugi bila ianya adalah kerana kesilapan kita sendiri.





19 March 2012

18 March 2012

Contrail

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

Sejak dari zaman kanak kanak sampai la ke usia sekarang ni, entah kenapa setiap kali mendengar deruan enjin pesawat terutamanya kapal terbang mesti akan mendongakkan kepala ke langit untuk melihat pesawat tu melintas pandangan mata sambil minda berfikir ke mana arah tujuan pesawat tu agaknya.

Seringkali jugak teruja melihatkan 'laluan wap' atau contrail yang mengiringi pesawat yang bergerak laju di angkasa tu. Masa kanak kanak dulu ingatkan tu asap yang keluar sepertimana asap kenderaan darat. Pernah juga terfikir contrail tu terhasil dari awan yang tersedut ke dalam enjin pesawat yang terbang di langit.


Apa sebenarnya laluan wap atau contrail tu ? Untuk perkongsian hari ni jom kita sama sama mengetahui serba sedikit pasal contrail ni. Apa yang kita lihat seperti asap yang keluar dari belakang pesawat tu sebenarnya ialah wap awan tiruan yang terhasil dari gas ekzos pesawat yang panas kemudiannya menyejuk di udara sekeliling pada ketinggian yang tertentu. 

Dibeberapa kawasan dan ketinggian tertentu di mana suhunya mencapai sejuk terlampau, contrail yang terhasil biasanya lebih tebal dan kekal lama kerana wap yang terhasil terbentuk dari hablur ais kristal. Dan kebiasaannya bagi pesawat ketenteraan, mereka menggunakan sejenis bahan kimia (chlorosulphonic acid) yang disuntik ke ekzos pesawat bagi mengelakkan terhasilnya contrail agar tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.

Kalau nak tau atau belajar dengan lebih mendalam lagi pasal contrail ni, boleh la melawat ke laman web contrail education. Jom kita layan sikit gambar gambar contrail.







Gambar : Ehsan Google