15 March 2012

Baju bayi

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Semalam lepas menghabis separuh pagi di hospital untuk pemeriksaan ibu mengandung, kami menghabiskan separuh petang pulak membeli sedikit barangan untuk anak dan bayi yang insyaAllah bakal lahir tak lama lagi.

Penat jugak la berdiri kat tangga bergerak pasaraya tu sampai ke tingkat paling atas lepas tu turun ke bawah pulak. Jangan kata ibu mengandung je yang kepenatan menghayun langkah, bapa kepada bayi yang dikandung ibu mengandung pun rasa macam nak bersila je kat pasaraya tu.


Memang seronok bila memilih baju untuk anak anak ni. Tambah pulak bila nak sediakan untuk bayi yang bakal lahir. Memang terasa macam semua benda pun nak dibeli tapi tu la, beli ikut keperluan je ye tak ? Hasilnya dapat la dua pasang baju untuk bayi yang bakal lahir dan dua pasang baju untuk anak yang bakal naik pangkatnya tak lama lagi.

Antara yang menjadi persoalan aku dari dulu sampai la sekarang ni, kenapa ye harga pakaian dan barangan bayi hingga la peringkat kanak kanak kadang kadang tu bagaikan macam tak masuk akal.


Sehelai baju bayi berjenama tak termasuk pasangan seluarnya pun kadang kadang tu dah menyamai harga sehelai baju berjenama untuk dewasa. Malah kadang kadang tu harga sepasang baju bayi berjenama mengatasi harga bagi sekotak seluar dalam berjenama bagi orang dewasa. 

Nak kata disebabkan jenama, pakaian orang dewasa pun berjenama jugak tapi harganya tak berbeza jauh pun dengan pakaian bayi dan kanak kanak. Padahal berapa inci aje la ukuran kain yang digunakan untuk buat baju bayi dan kanak kanak tu. 

Takkan sebab pakaian tu kecik maka pembuatannya lebih sukar berbanding pakaian orang dewasa ? Abis tu, seluar dalam orang dewasa pun kecik jugak, malah ada yang G-string (Hahahaha..) bukan senang nak buat tu tapi harga lebih kurang je.


Pada pendapat aku, mungkin perkara sebegitu adalah kerana ibu bapa dan bakal bakal ibu bapa tak de pilihan lain kalau nak beli pakaian bayi dan kanak kanak. Nak tak nak mesti kena beli jugak kalau tak kesian pulak nanti anak terbogel je tak berpakaian.

Mungkinkah ada alternatif lain bagi mengatasi permasalahan sebegini ? Buat perhimpunan secara aman melibatkan ibu ibu mengandung dan bapa bapa kepada anak yang dikandung ? Boikot ramai ramai jangan beli semua pakaian bayi dan kanak kanak tu kecuali ketika jualan potongan harga sehingga 80% ? Atau pakaikan je anak anak kita dengan pakaian kecik kita. Hehehe..


p/s : Mohon jangan dibiarkan anak anda meniru perilaku seperti gambar di atas ni kerana berkemungkinan anda akan ketawa tanpa henti selama satu jam tanpa henti.


10 comments:

  1. haha kesian anak nk dipakaikan seuar kecik bapaknya,haha.. beberapa hari lalu sy ada fikir gak benda ni, akhirnya jwpn yg sy dapat : 'baju 2 kecik, susah nak buat, itulah mahal..' entah betul ntah tidak.. tapi itulah, no choice. xkan nk pakaikan baju kita plak kan? haha..

    ReplyDelete
  2. dah tahu jantina baby ke En Pipoq.. :)

    bab baju tu..setuju la..kenapa la eh mahal sngt...huhu..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...wah x lama lg nak dpt baby yer tahniah ye...:)

    ReplyDelete
  4. spender 1malaysia tu lawa pulak..haha

    ReplyDelete
  5. baju last tu terbaik la..
    fesyen terbaru ye..
    eheehee

    ReplyDelete
  6. baju bayi dan anak-anak dijual mahal berbanding baju orang dewasa. Mungkin kegunaan kain kurang lagi mahal harganya. :-)

    ReplyDelete