20 March 2012

CIMB penipu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Semalam sebenarnya agak lewat untuk aku update entri blog sebab tu tak banyak perkataan boleh nak dibaca dalam entri semalam.

Malam tadi semasa melayari internet berkunjung ke blog rakan rakan dan menyemak peti masuk e-mail, aku teruja sedikit ketika membuka peti spam e-mail Yahoo aku yang jarang jarang sekali aku jenguk. Nak tahu hasilnya yang aku jumpa dalam tu ? Tengok gambar bawah ni


Agak menarik jugak sebab aku tak pernah seumur hidup membuka akaun di CIMB dan nampaknya seperti pihak CIMB amat terdesak kerana tanpa jemu menghantar e-mail untuk aku. Bila aku bukak e-mail tu, hasilnya seperti gambar di bawah ni pulak


Wow..patut la seperti terdesak menghantar e-mail kepada 'pelanggan hantu' seperti aku ni. Rupanya nak mengemaskini ciri sekuriti terbaru. Memang tak boleh nak diabaikan kalau menerima peringatan camni. Ye la, duit dalam bank tu bukan sikit simpanannya, beratus juta ringgit jugak. Kalau hilang atau tak dapat nak diaksess macam mana ? Tangan yang gatal ni pun klik la pada jaringan yang diberikan tu, maka muncul la laman seperti di bawah ni


Nampak asli dan benar benar dari pihak CIMB. Tapi cuba bandingkan dengan gambar laman di bawah ni pulak


Ya. Hampir serupa tapi tak sama. Paparan antara yang asli dengan yang bukan asli sedikit berlainan. Mungkin kerana pada yang asli ada ciri ciri keselamatan berbanding dengan yang bukan asli. Perhatikan juga pada alamat laman web kedua gambar CIMB ni, seperti langit dengan bumi. 

Sengaja aku pergi ke tapak utama yang bukan asli tu untuk melihat dengan lebih lanjut apa yang ada di sana, dan hasilnya seperti ini


Entah apa ke bendanya aku pun tak mengerti. Melalui penterjemah google, katanya laman ni berbahasa Spanish. Tak kuasa pulak aku nak menterjamahkan dalam bahasa english lalu aku melihat pulak siapakah empunya diri ni di laman facebook beliau. Rupanya


Bukan Kassim Selamat tapi mereka mendakwa diri mereka adalah ahli muzik atau kumpulan pemuzik dari Medellin, bandar kedua terbesar di Colombia. Cuma nampaknya tak la berapa terkenal sangat sebab hanya mendapat 751 likes di laman facebook mereka. Mungkin kerana itu mereka memerlukan sokongan kewangan dari pelanggan hantu CIMB seperti aku untuk menampung perbelanjaan seni muzik mereka. 

Kepada rakan rakan semua yang mungkin pernah menerima apa apa e-mail berbentuk sebegini dari apa apa perkhidmatan bank sekalipun, jangan cepat tertipu walaupun ianya kelihatan benar benar perlukan perhatian segera. 

Kalau sebelum ni mungkin MayBank yang selalu menjadi mangsa, sekarang ni CIMB pulak dan berkemungkinan esok lusa tiba tiba kita mendapat e-mail dari Bank of Amerika mintak kita tukar maklumat segera. Bagi rakan rakan yang menerima e-mail scam yang sama kononnya dari CIMB seperti yang aku terima ni, diharap dapat forwardkan e-mail tersebut ke [email protected] supaya pihak CIMB dapat menyiasat dan menumpaskan kegiatan tak bermoral ni bagi keselamatan pelanggan diorang.

Untuk mengetahui bagaimana untuk melindungi akaun CIMB anda semua dari kegiatan tak bermaruah ni, boleh la melawat ke laman keselamatan CIMB untuk cara cara dan tindakan yang boleh dilakukan. Walaupun simpanan kita dijamin oleh PIDM tapi jangan sesekali tertipu dengan penipuan sebegini sebab andainya kita tertipu atas 'kekalutan' kita sendiri, bukan senang nak mintak ganti rugi bila ianya adalah kerana kesilapan kita sendiri.





16 comments:

  1. xpernah click email2 dari bank ni..mmg menipu semuanya

    ReplyDelete
  2. salam pipoq,

    macam2 cara orang nak menipu lani kan
    hanya kita yang kena pandai menilai
    mana yg palsu dan yg benar...

    thanks atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  3. Boleh pasang plugin antiphising daripada Cyber Security kepada browser.

    ReplyDelete
  4. sy ada dpt jugak emel ni.. ignore. rajin betul pipoq pi gali. hehe..

    ReplyDelete
  5. Edy Zaidi :

    hehe..kecuali notis transaksi online je yang tak menipu..

    ReplyDelete
  6. Ati Masrif :

    salam kak..lama 'menghilang'..

    tu kita kena berhati hati kalau dapat e-mail jenis camni..kena perati bebetul supaya tak tertipu..

    ReplyDelete
  7. akubiomed :

    tq utk info tu bro..baru tau dan akan disebarkan utk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  8. miya :

    hahaha..apa bole buat..takde keje nak dibuat..menyiasat pun syiok jugak

    ReplyDelete
  9. selalu juga dpt email macam ni kt spam..

    CIMB..pay pal..may bank pun sy pernah dapat juga...

    tengok saja link yg nak kita click tu..alamat bukan2..mmg delete terus.. :)

    hope yg dapat email macam ni tak tertipu... :)

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908 :

    kadang kadang orang tak tengok betul betul..nampak cam real je terus buat urusan tanpa periksa..harap pendedahan camni boleh memperingatkan kita semua sebagai pengguna..

    ReplyDelete
  11. Memang tak berani nak click link email daripada bank ni... Risau kalau ianya untuk mencuri id dan password kita. Abis la lesap nanti semua duit dalam tu.

    ReplyDelete
  12. Join us korbanbankcimbniaga.com vote RIP Cimb niaga

    ReplyDelete
  13. Join us korbanbankcimbniaga.com vote RIP Cimb niaga

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete