Pages

26 March 2012

Ikan Salmon goreng bersalut tepung dihiasi dengan bread crumbs ala ala nugget

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Malam tadi lepas tengok filem 127 hours di rangkaian Fox Movie Premium saluran astro 413, layan pulak siaran NatGeo. 

Entah kenapa sejak dari aku budak budak lagi memang cukup tertarik dengan dokumentari. Terutamanya bila melibatkan alam semulajadi la. Dalam rancangan malam tadi, ada ditayangkan berkenaan perihal ikan salmon yang pelik apabila tiba musim nak mengawan.

Pelik tak pelik la jugak sebab dah memang Allah jadikan kitaran hidup makhluk yang bernama salmon tu begitu. Lagipun kat situ pun dah menunjukkan tanda tanda kekuasaan Allah buat orang orang yang mampu berfikir. 


Dan kebetulan jugak la sewaktu berkunjung ke laman bro akubiomed awal pagi tadi, kisahnya berkisar tentang ikan salmon. Siap tercipta resipi baru untuk ikan salmon lagi tu yang dinamakan 'ikan salmon masak hentam sajalah'. Ok la jugak tu daripada tak termasak lansung sebab takde idea bagaimana nak dimasakkan ikan tu.

Memang orang kita jarang sekali meletakkan menu masakan ikan salmon dalam menu harian makanan tempatan sebab ikan salmon ni termasuk dalam kategori ikan import dan semestinya mahal dari ikan yang biasa kita jumpa kat pasar pasar seluruh Malaysia ni. Kalau ada pun biasanya di hotel hotel yang menyajikan masakan ikan salmon ni tapi bila kat hotel sudah pasti la harganya menjadi lebih mahal walaupun hanya untuk seketul ikan salmon je.

Sebab tu mungkin tersemat dalam minda kita akan kesukaran untuk memasak ikan salmon ni. Dah la mahal, bila tengok kat rancangan memasak asyik nak tunjuk menu yang ala ala mahal dan berkeunggulan pulak tu. Ikan salmon ni jugak dikatakan antara ikan yang kaya dengan omega 3 dan berprotin tinggi yang mana membuatkan ianya baik untuk otak dan kulit. 


Ikan salmon ni bukan setakat hanya boleh dijadikan sashimi atau sushi. Tak perlu nak susah susah mencari bahan bahan memasak ala ala hotel 5 bintang dan nak memasak ikan salmon ni jugak tak memerlukan kepakaran tinggi untuk menyediakannya. Cuma bila disebabkan harganya yang agak mahal berbanding dengan ikan lain yang kat pasar tu, takkan kita nak goreng kunyit je kot ye tak ? 

Sebenarnya ikan salmon ni lebih kurang sama je dengan ikan ikan lain yang kita selalu jumpa tu. Agaknya warna isi daging dia tu je yang mungkin kita rasa macam pelik sikit. Bab menu untuk ikan salmon ni, macam macam pun boleh. Cuma kot nak merasa masak kari ikan salmon tu setahun sekali aje la barangkali sebab harga seketul ikan salmon tu pun dah macam boleh beli ikan kembung dua tiga ekor.

Bila aku tengok pada gambar ikan salmon hentam sajalah hasil rekaan chef akubiomed dan isterinya tu, kesian jugak aku perhatikan ikannya seakan 'terbogel' begitu saja. Tapi pujian harus juga diberikan atas keberanian untuk mencuba resipi ciptaan sendiri. 


Kat sini aku nak kongsikan sikit antara resipi mudah yang boleh diaplikasikan bila berhadapan dengan ikan salmon. Disebabkan isi daging ikan salmon ni agak 'berotot' dan tak mudah hancur apabila dioperasikan, menu yang aku nak kongsikan ni menjadikan ikan salmon goreng ni ala ala nugget la hasilnya. Memang teramat mudah sehinggakan orang bujang yang hanya pandai memasak maggi pun boleh mencuba dalam penghasilan menu ikan salmon ni.

Apa yang perlu kita lakukan ialah keringkan ketulan ikan salmon yang dah dibasuh tu dengan tuala atau toskan hingga agak kering. Kemudian campurkan tepung gandum, sedikit garam dan lada secukup rasa mengikut kuantiti ikan yang nak digoreng tu. Kalau rasa nak lagi mudah, gunakan je tepung goreng tempura tu. Lepas tu gaulkan ketulan ikan tu tadi dalam campuran tepung sampai rata, kemudian celupkan ikan tu dalam telur ayam dan lepas tu gulingkan dia dalam bread crumbs lalu dimasukkan ke dalam kuali selama 4 - 5 minit secara 'deep fry'

Senang kan ? Kalau nak yang susah punya, kena tanya kat Gordon Ramsey la kot sebab antara aku dengan dia tu memang tak boleh nak bertentang mata pasti akan melayang periuk belanga. Hehehe..apa pun selamat mencuba resipi ikan salmon goreng bersalut tepung dihiasi dengan bread crumbs ala ala nugget ni ye. 



17 comments:

Edy Zaidi said...

pernah makan ikan salmon kat Manhattan fish market...makan sikit dah muak...

akubiomed said...

Terima kasih berkongsi maklumat mengenai ikan Salmon yang bagi saya sangat informatif.

Memang nampak macam mudah penyediaan ikan Salmon tapi apabila buat tidak jadi hati mana tidak kecewa. Ada baki ikan Salmon akan mencuba resepi yang dicadangkan oleh bro.

Gadis Kampung said...

GK tak penah lagi makan ikan salomon mentah2 sedap ker?

maszull said...

assalamualaikum pipoq....pernah mkn sekali kat hotel tapi x habis separuh je dah rasa muak sesgt...:)

pipoq said...

Edy Zaidi :

mmg kalau tak biasa makan ikan ni akan rasa muak..mungkin sebab kandungan omega 3 dia yang tinggi tu..

pipoq said...

akubiomed :

yg penting berani mencuba..hehehe

cara penyediaan tu yang penting dalam penghasilan apa makanan pun walaupun resipi yang mudah..

selamat mencuba..

pipoq said...

Gadis Kampung :

makan mentah ? sangat tidak digalakkan la..walaupun yang dihiris nipis dijadikan sashimi tu sebab bukan selera kita orang melayu kot..hehehe..tapi kalau nak mencuba apa salahnya..

pipoq said...

maszull :

w'salam..

kalau kita dah rasa masakan ikan salmon ni kat hotel baru la kita tau kenapa orang makan ikan tu sikit sikit..+ biasanya dimasak dengan jus lemon..

nabilah_2908 said...

pernh makan juga ikan salmon ni secara mentah..

masa tu pergi seminar.di hidangkan sandwich dalam tu ada kepingan salmon...erk...tekak tidak boleh menerimanya...huhu..

tak berani kot nak tanya kt chef ramsay tu...muka ketat tiap masa..

bila tgk rancangan hells kitchen.. rasa tension je.. :)

pipoq said...

nabilah_2908 :

hehehe..memang ajenye ketat muka si gordon tu..

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Belum pernah merasa ikan tu...
Nampak macam sedap...

Jobless Girl said...

Salam, tapi saya rasa ikan salmon lebih sedap kalau makan mentah atau grill kalau goreng hilang rasa yang sedap tu.

pipoq said...

Iza Teratak Usang :

W'salam..

kalau kena dengan cara masakannya sedap la jugak tapi sebab mungkin selera kita Malaysia ni dalam bab ikan, jarang jarang merasa ikan beriklim sejuk ni tu yang kadang kadang susah nak masyuk..

pipoq said...

Jobless Girl :

Tak ramai yang 'lalu' nak makan mentah ikan salmon ni seperti hidangan sashimi atau dalam sushi tu..kalau yang dihiris nipis dan disalai tu mungkin boleh diterima lagi la..

kalau digoreng dengan kaedah yang betul, insyaAllah rasa unik ikan salmon tu takkan hilang..

mie said...

gue memang minat ikan salamon..
tapi lebih kepada smoked salamon..
ehehehee

pipoq said...

mie :

setuju..smoked salmon lebih sodap dari yang lain..

leny said...

sedapnyaa,,,,boleh lah saya coba resep ini.

Post a Comment