22 March 2012

malware cross-site warning

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sekali lagi untuk minggu ni macam terlebih rajin pulak nak kemas kini entri sampaikan dua entri sehari.

Bukan rajin sangat pun sebenarnya. Cuma nak mempergunakan fungsi utama blog ni sebagai medium perkongsian secara bermanfaat. Terlebih dulu aku nak minta maaf kepada rakan rakan pengunjung yang menghadapi masalah ketika berkunjung ke blog aku ni semalam dan awal pagi tadi kerana mendapat amaran malware.


Sebenarnya sejak dari semalam lagi aku berhempas pulas untuk menangani masalah yang dihadapi. Jangan kata nak bukak laman blog, aku nak akses masuk untuk edit HTML melalui draft.blogger pun tak dapat. Puas aku mencari tutorial untuk membuang malware tu tapi boleh aku katakan tak la berapa nak membantu sebab memang tak membantu lansung. 


Situasi yang aku alami dinamakan sebagai 'cross-site warning'. Maknanya malware yang dikesan tu bukan dihasilkan dari laman aku tapi dari laman pihak lain melalui jaringan yang ada di laman aku. Faham ke ? Hehehe..

Jenuh jugak la aku bukak sana sini mencari jalan penyelesaian. Bila aku jalankan pemeriksaan melalui webmaster tools untuk mengesan malware, lansung tak dapat dikesan apa apa pun. Camtu jugak bila aku menggunakan Google Safe Browsing diagnostic page untuk tengok punca masalahnya namun lansung tak dapat nak dikesan.


Memang kalau dilihat dari amaran tu, kita boleh tau dari mana datangnya malware tu cuma dalam masalah aku ni, laman yang dikatakan punca datangnya malware tu memang sudah terkeluar dari senarai jangkauan radar aku. Puas aku cari kot kot masih tertinggal di dalam senarai 'followers' tapi tak ditemui jugak. Hinggalah aku mendapatkan bantuan teknikal dari pihak google sendiri yang akhirnya menyelesaikan masalah yang aku hadapi sejak semalam. 


Puncanya boleh aku katakan dari kesilapan aku sendiri jugak la. Rupa rupanya ianya datang dari widget bloglist yang aku letakkan dalam blog aku ni. Agak menghairankan jugak sebab seperti ada sedikit kecelaruan yang berlaku kat situ. Walaupun nama laman yang bermasalah tu sudah aku keluarkan dari senarai ikutan, namun ianya masih tersenarai dalam bloglist pada widget tu. 

Hanya di situ je satu satunya tempat yang aku lansung tak periksa sebab lansung tak terfikir ianya berpunca dari situ. Jadi andai kata ada rakan rakan yang menghadapi masalah sebegini, pastikan kita memeriksa segala isi dalam blog kita tu terlebih dahulu bagi mencari punca sebenar masalah. 


Kesimpulannya walaupun semalam hampir sepuluh laman blog yang menawarkan tutorial membuang malware aku lawati bagi mencari penyelesaian, namun boleh aku katakan takde satu pun yang benar benar membantu. Mungkin sebab tutorial yang diberikan tu hanya hasil dari tiru dan tampal atau taip semula dan bukannya dari pengalaman sebenar yang mana mungkin jika dihadapi oleh mereka sendiri, pastinya mereka lebih tahu tutorial mana yang lebih membantu.



12 comments:

  1. Saya cuba hendak beritahu bro tapi tidak contact mengenai bro. Punca adalah blog JiwaKacau ada malware.

    ReplyDelete
  2. hehehe..terbogkar pulak..tapi tu la, jenuh jugak semalam nak cari penyelesaian..sib baik boleh setel gak hari ni..

    ReplyDelete
  3. biasanya serangan malware memg dtg dari widget2 dalam blog kita..

    sy pernh kena juga..ada la dalam 3 kali...memang merisaukan..

    ReplyDelete
  4. Assalam...
    Seeloknya asingkan url blog lain dalam senarai. Bloglist saya selalu kena tapi nasib baik tau datang dari mana malware tu...

    ReplyDelete
  5. nabilah_2908 :

    risau kat kawan kawan yang berkunjung la sebab kang tak pasal pasal je terjangkit ye tak ?

    ReplyDelete
  6. iza :

    baru pertama kali kena camni..tgk tutorial yang ada pun semua tak leh membantu..sib baik ada jugak penyelesaian..

    ReplyDelete
  7. alamak...risaunya kalau kena
    blog kak ati sbb kak ati langsung
    tak reti ni..takpe refer blog pipoq je :)

    ReplyDelete
  8. blog saya pun pernah kena dulu..saya yg tak tahu nak buat apa, buat bodoh aja..hahaha..last2 okey sendiri..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tuan laman yang bawak malware tu dah 'cuci' laman dia memang terselamat la laman kita tu..cuma sebagai pencegahan awal je kena jugak tau sikit sikit

      Delete
  9. ishh,, sy baru tau la benda ni. sy pun ada jugak, kalau buka archive tahun 2010 ada keluar ni...

    tp 2 la, sy xtau apa2.

    sy rela jawab 100 soalan matematik drpd mengadap benda2 cenggini. haha~~

    ReplyDelete