30 March 2012

Mari jadi penari tiang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Marilah kita bersama sama memperbanyakkan selawat dan zikir serta ibadah di penghulu segala hari ni mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.


Sakitnya hati bila membaca akhbar kosmo online semalam tentang kisah penari tiang melayu beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan hanya mengikut Seksyen 21 akta kesalahan kecil 1995 yang hanya mengenakan hukuman denda tak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Biadab. Kurang Ajar. Tak bermoral. Apa lagi yang boleh kita nak cakapkan ? Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam ? Dengan keruntuhan moral anak bangsa kita yang beragama Islam semakin menjadi jadi, ditambah pulak dengan cerita sebegini dah tentu semakin menjadi penyuntik semangat bagi jiwa jiwa anak bangsa yang dah sememangnya menantikan kehancuran. 

Sedangkan naik kereta tak pakai tali keledar belakang boleh dikenakan denda tak melebihi RM2000 atau satu tahun penjara bagi setiap kesalahan, ni pulak kesalahan yang melibatkan sensitiviti agama. Apa sangat la dengan denda RM25 tu. Mungkin lepas ni semakin ramai anak gadis bangsa kita yang beragama Islam semakin berani bertelanjang dan beraksi jalang di pusat pusat hiburan serata Malaysia ni. 


Andai hanya dikenakan denda RM25 jika didakwa, senyum kambing je la bila bayar di mahkamah tu. Sekali buat aksi terkangkang di depan mata mata jantan bernafsu syaitan tu dah berapa ratus ringgit boleh dikumpul dicelah seluar dalam. Belum lagi buat aksi menonggeng sambil meliuk lentuk menayang bonjolan punggung sampai membuatkan para penonton jantan menjadi tak keruan.

Apakah reaksi para pemimpin negara kita ? Aku bukan nak memetik soal politik pulak. Tapi dimanakah mereka yang berada dibarisan atas yang memiliki kuasa dalam kepimpinan negara ? Sekurang kurangnya berilah reaksi membenci dengan keputusan sebegitu. Andai semuanya berdiam diri, insyaAllah akan lahir semakin ramai penari penari tiang berbangsa melayu beragama Islam di masa akan datang ni. Sebagai umat Islam, aku sekeras kerasnya mengutuk perbuatan, keputusan dan tindakan yang berkaitan dengan perkara ni. 

Semoga Allah memelihara diri kita dan ahli keluarga kita semua dari terjebak dengan perkara sebegini. Andai terlanjur, bersegeralah kita memohon ampun dan bertaubat agar kita terselamat dari siksaan azab neraka. 




18 comments:

  1. salam,

    tak tau apa nak jadi dgn
    anak2 gadis lani
    macam2 hal saje...

    risau juga sbb kak ati ada
    2 anak dara...minta di jauhkan
    semua itu ..amin

    ReplyDelete
  2. Ati Masrif :

    moral semakin merosot dah akhir zaman ni..

    kita pelihara je la ahli keluarga kita dari terjebak dengan perkara perkara yang tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  3. Nampaknya ramai berasa panas dengan denda yang dikenakan terlalu rendah.

    Jabatan Agama Islam perlu mainkan perana untuk mengisafi pelaku supaya bertaubat.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq....mcm2 remaja skg ini dah la kena mcm tu masih boleh senyum...:)

    ReplyDelete
  5. akubiomed :

    Mungkin akta perundangan Syariah nak kena digubal semula kot..

    tapi hairan jugak, pihak yang berkaitan tu macam buat buat tak nampak je dengan perkara ni..

    ReplyDelete
  6. maszull :

    w'salam..

    tu la..camne tak senyum, bayar RM25 je dah boleh naik pentas semula kalo nak..bukan mahkamah tau pun kalau diorang pegi gelek tiang semula..

    ReplyDelete
  7. yg perempuan ni satu hal..

    yg undang2 ni...mana la logiknya denda serendah itu...?? tak faham betul..!!

    ReplyDelete
  8. sama lah! saya pon tak puas hati klu takat rm25 je dendanya.

    tringat plak kesah faizal tahir dulu yg kena gam sbb bukak baju time buat show. haihh

    doniaa donia..

    ReplyDelete
  9. betul2....
    semoga dengan denda murah macam ni baut diorng insaf..

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908 :

    nak buat cmne..ni la jadinya bila hukum syariat dipandang ringan..

    ReplyDelete
  11. [wani_mn] :

    mungkin sebab kes FT dulu pasal dia tu public figure la konon..

    tu sebab kalau orang awam, nak buat camne pun takde orang atasan yang ambik kesah pun

    ReplyDelete
  12. ∫êℳå ℋiℳå₩åℛï :

    kalau tak terbuka hati jugak tak tau la..silap haribulan jadi bahan lawak sati hari nanti..

    ReplyDelete