22 March 2012

Musim baru Two Days One Night

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Seperti dijanjikan, hari ni adalah entri lanjutan dari entri yang bertajuk '2 days 1 night'. Aku dan wifey mempunyai kegemaran yang serupa dalam menonton siaran TV terutama dalam rancangan berbentuk hiburan.



Antara yang menjadi pilihan kami siaran rancangan hiburan dari Korea Selatan yang menampilkan rancangan berbentuk info-hiburan-realiti, 2 days 1 night yang bersiaran sejak dari Ogos 2007 lagi. Rancangan berkonsepkan pengembaraan yang melibatkan 6 orang hosnya pergi selama dua hari satu malam (dan kadang kala lebih lama) ke destinasi pilihan sekitar Korea Selatan seperti perkampungan, pergunungan dan tempat tempat menarik lain yang terdapat di Korea Selatan.

Untuk memeriahkan lagi rancangan ni, pelbagai aktiviti diselitkan sepanjang rakaman diadakan seperti permainan 'bokbulbok' iaitu permainan untuk menentukan pasukan mana yang bernasib baik dan sebaliknya. Pastinya aksi dan keletah para hos rancangan ni membuatkan penonton tak kering gusi ketawa geli hati.



Bermula dari episod pertama yang menampilkan Kang Ho Dong, Eun Ji Won, Ji Sang Ryul, Noh Hong Chul, Kim Jong Min dan Lee Su Geun sebagai hos rancangan hiburan-realiti ni. 

Kemudian setelah Ji Sang Ryul menarik diri tempatnya digantikan oleh Kim C, penyanyi kumpulan Hot Potato. Seterusnya Noh Hong Chul pulak menarik diri dari menjadi hos kerana ingin menumpukan perhatian pada rancangan hiburan di rangkaian MBC dan tempatnya telah digantikan oleh penyanyi dan pelakon, Lee Seung Gi.



Apabila Kim Jong Min diarahkan untuk menyertai khidmat tentera awam selama dua tahun, tempatnya digantikan oleh Mc Mong namun atas dakwaan mengelakkan diri dari berkhidmat dalam tentera dan didapati bersalah maka Mc Mong kemudiannya telah digam dari muncul di rangkaian KBS.

Kemunculan semula Kim Jong Min bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kim C selepas Kim C menarik diri atas alasan untuk menumpukan perhatian pada muzik memeriahkan kembali rancangan ni. Bagi melengkapkan hos rancangan, Uhm Tae Woong dijemput untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Mc Mong.



Pada awal September, Mc Kang Ho Dong didakwa tidak menjelaskan cukai yang mana menyebabkan beliau menarik diri dari muncul dalam apa apa rancangan TV termasuklah rancangan 2 days 1 night. 

Dan bagi siaran di Malaysia pada 18 Mac lepas merupakan episod terakhir sebelum bermulanya musim terbaru yang menampilkan beberapa hos baru dan dibawah pengarah yang baru. Eun Ji Won dan Lee Seung Gi antara ahli yang menarik diri dari terus mengacara rancangan hiburan terkenal ni.



Namun dibawah pengurusan baru, beberapa muka muka baru seperti Kim Seung Woo, Cha Tae Hyun, Sung Si Kyung dan Joo Won dibawa masuk untuk menjadi hos rancangan ini selain dari anggota lama yang masih bersama seperti Lee Su Geun, Kim Jong Min dan Uhm Tae Woong. Bagi peminat peminat 2 days 1 night, tunggu je la siaran musim baru bermula 25 Mac ni dalam Happy Sunday di siaran KBS.


Gambar : Ehsan Google








4 comments:

  1. macam best je...
    nk kena layan ni..
    hihihi

    ReplyDelete
  2. hhehe...mmg best citer ni...mesti layan bila sempat...

    kesian tgk pasukan yg kalah, kena tidur luarlah, takde dinnerlah...

    p.s-pandai mereka promosikan tmpat2 menarik dgn cara yg cukup menghiburkan

    ReplyDelete