17 March 2012

Penyelesaian ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Buat adik adik dibangku sekolah yang masih seronok bercuti, persiapkan minda untuk menghadapi pelajaran di sekolah semula sebab cuti pun tinggal baki beberapa jam je lagi ni. 

Sepertimana dijangka berkenaan isu dalam entri semalam agak panas untuk dibincangkan. Ingatkan aku sorang je yang rasa isu tu tak masuk akal, rupanya orang orang di kementerian pun berasakan isu yang dibangkitkan oleh pihak di Indonesia tu pun sangat membebankan.


Hari ni pulak dalam akhbar tempatan yang sama, tajuk yang diutarakan supaya pihak negara kita memboikot pengambilan amah dari Indonesia. Masuk akal jugak sebab syarat yang dikenakan oleh pihak Indonesia memang sangat membebankan.

Sudahlah perlu dibayar mininum RM700 untuk melakukan satu kerja khusus sahaja, andai tak diberikan cuti mingguan maka pihak majikan harus membayar RM108 untuk khidmat berkerja pada cuti mingguan tu. Semuanya sangat mengarut dan melampau lampau. Memang patut sangat kalau kita rakyat Malaysia jangan memanjakan sangat permintaan dari negara jiran tu.


Berkenaan itu, ada pulak ura ura untuk mengambil pembantu rumah dari negara lain bagi menggantikan perkhidmatan pembantu rumah dari negara Indonesia. Nepal ? Bangladesh ? Thailand ? Filipina ? Vietnam ? Taiwan ? Amerika Syarikat ?? Mana satu menjadi pilihan rasanya ?

Seperti yang aku perkatakan semalam, mungkin dah tiba masanya kita menggunakan khidmat tempatan seperti 30 tahun dahulu. Buat apa kita nak menghabiskan wang negara diberikan kepada warga asing ? Rasanya sebelum ni pun ada pihak di kementerian sudah mencadangkan pasal pengambilan rakyat tempatan kita untuk berkerja di sektor pembantu rumah atau seperti yang dicanangkan namanya sebagai pengurus rumahtangga. 

Cuma masalahnya, masih ada ke rakyat negara kita yang berkenan untuk mengisi kekosongan jawatan sebegitu atau ada ke majikan majikan yang berkeinginan untuk mengambil rakyat tempatan sebagai pengurus rumah mereka ? Atau mungkin yang diimport itu lebih bagus gamaknya ?


3 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...macam mana nak selesai kalau masing2 masih x mahu mengalah...:)

    ReplyDelete
  2. Harap kedua-dua kerajaan dapat membuat keputusan terbaik untuk kebaikkan rakyat kedua-dua negara.

    ReplyDelete
  3. nak buat pertanyaan tapi masih aktif lagi ke tak laman nie?

    ReplyDelete