13 March 2012

Peringatan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Buat adik adik bersekolah yang sedang bercuti sekarang ni jangan buang masa macam tu je, walaupun bercuti tapi isi la masa yang ada dengan perkara perkara yang bermanfaat.



Malam semalam sewaktu menonton buletin utama jam 8 malam, agak mengejutkan apabila berita berkenaan adik Nurul Nadirah yang dilaporkan hilang awal minggu lepas bertukar menjadi kes bunuh. Penemuan satu mayat rentung dibakar di Nusa Damai dekat Seri Alam, Johor Baharu oleh pihak polis pada 8 Mac yang lepas mengesahkan bahawa mayat yang ditemui itu milik adik Nurul Nadirah selepas hasil ujian DNA dilakukan melalui serpihan tulang yang ditemui di tempat kejadian.

Semoga Allah menempatkan roh adik Nurul Nadirah yang tak berdosa tu dikalangan hamba hamba Nya yang dirahmati. Takziah kepada ahli keluarga adik Nurul Nadirah, semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian di dunia ni. Pada rakan rakan pengunjung yang membaca entri ni, marilah kita sama sama meluangkan sedikit masa untuk membacakan surah Al Fatihah buat arwah adik Nurul nadirah. Al Fatihah..



Apakah salah dan dosa beliau hingga diperlakukan sebegitu ? Angkara makhluk apakah semua ini ? Apa tujuan diperlakukan sebegitu rupa ? Andai berniat untuk menutup kesalahan sampai perlu dihapuskan bukti, kenapa melakukan kejahatan ? 

Walaupun semalam aku ada terbaca berkenaan rentetan awal kejadian kehilangan adik Nurul Nadirah ni disebabkan kecuaian ibunya yang leka dengan melayan facebook, namun tak perlulah kita menuding jari menyalahkan ibunya 100% atas kejadian yang berlaku ni. 



Apa yang dah berlaku, itu semua takdir qada dan qadar dari Allah yang tak mungkin dapat untuk kita ulangi lagi. Mungkin juga apa yang berlaku ni sebagai peringatan dari Allah untuk kita semua yang sering leka dan lupa tentang tanggungjawab kita semua.

Jangan sampai kita terlalu sibuk memperkatakan tentang kejadian yang berlaku terhadap orang lain sambil menuding jari menyalahkan orang lain bagaikan kita ni makhluk Allah yang terbaik serba serbi padahal kita terlupa kita juga memiliki berbagai kelemahan sebagai makhluk ciptaan Nya yang serupa sama taraf tak kita siapa pun kita ni kecuali la kita ni hamba Nya yang paling bertaqwa.


7 comments:

  1. Pengakhiran pencarian adik Dirang berita kematian yang tragis. :-(

    ReplyDelete
  2. makin kejam manusia skrg. kena ebih berhati2. al fatihah..

    ReplyDelete
  3. saya masih tak faham, dan ingin tahu motif pembunuhan ini

    ReplyDelete
  4. Assalam...
    Sedih juga bila dengar berita tu..

    ReplyDelete
  5. how sad. si pelakunya memang benar heartless :( salam takziah buat ahli keluarganya juga. al-fatihah...

    ReplyDelete
  6. moga ibubapa jadikan pengajaran atas apa yg berlaku...

    zmn sekrang ramai org gila....

    kt tmpt sy...malam2 ank jiran sy dok main basikal kt luar rumah...

    kita yg risau..mak ayah dia relax je...hmm...entah la...

    ReplyDelete