03 March 2012

Santai sabtu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

Mendung je langit petang kat Ipoh ni adakah mungkin akan turun hujan seperti semalam. Hari ni agak terasa kemalasan pulak nak memikirkan entri apa nak dikongsikan bersama. Sambil temankan anak menonton animasi barbie di saluran astro cartoon network, sambil melawat lawat blog rakan rakan yang lain.


Bagi yang berada berhampiran Ipoh untuk makluman rakan rakan yang mungkin terlepas pandang , bermula semalam bertempat di Stadium Indera Mulia Ipoh berlansung pameran I.T , telefon bimbit dan barangan Elektrik anjuran PCDA Ipoh dan akan berakhir esok.


Kalau yang berada di kawasan Hilir Perak pulak, boleh la datang beramai ramai ke bandar Teluk Intan untuk bersama sama memeriahkan Clock Tower Street Fiesta anjuran BN Youth yang berlansung hari ni dan dijangka berakhir pada tengah malam ni jugak. Cuma dalam bersuka ria tu jangan sampai lupa nak solat sudah la. 


Andai kata tak ke mana mana dan berlibur kat rumah je petang petang mendung macam ni, apa kata kita santaikan minda kita bersama sama dengan menjawab soalan yang tertera kat gambar di bawah ni. Semoga terhibur dan selamat bersantai sabtu.


3 comments: