31 March 2012

Sup ayam nangka

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Siapa yang tak kenal dengan buah nangka ? Kalau masa budak budak dulu bila berebutkan nangka masak yang baru dipetik dari pokoknya memang lepas tu asyik bergelut dengan getahnya yang memenuhi tangan. Rupanya selain dari dimakan mentah begitu, nangka jugak boleh dimasak. Agak pelik aku rasakan sebab kenapakah buah yang sebegitu enak dimakan perlu dijadikan masakan.


Seingat aku la masa budak budak dulu pernah sekali arwah mak aku masak lauk gulai lemak nangka kat rumah. Tapi hanya kakak sulung aku sorang je yang berani nak makan nangka digulai tu dan yang lain hanya mengambil kuahnya je.

Bila aku terceburkan diri dalam bidang penyediaan makanan pulak, pernah jugak beberapa kali aku menyediakan masakan gulai nangka tapi tetap aku tak pernah rasa teringin nak menjamah nangka yang digulaikan tu. Setakat kuah gulai tu memang tak menjadi masalah lansung, tapi bila nak jamah nangka yang digulai tu terasa macam 'pelik' pulak rasanya bagi aku.


Pelik tak pelik, akhirnya kepelikan aku terhadap nangka yang dimasak berakhir jugak. Ianya bermula bila isteri aku yang teringin nak makan sup ayam nangka seperti yang biasa dimasak ketika di kampung kat Sabah sana tu. Ya, jangan berasa pelik pulak bila aku sebut 'sup ayam nangka' tu ye sebab aku pun baru pertama kali merasainya.

Nak dijadikan cerita setelah beberapa kali terlepas peluang nak bertemu dengan nangka muda di pasar harian, waktu nak membeli sedikit keperluan dapur di pasar malam berdekatan rumah, ternampak pulak la nangka muda yang dah siap dipotong kecik diletakkan dalam pinggan. Dengan semangat suami penyayang aku pun beli la sepinggan buat penawar kerinduan isteri aku pada masakan kampung halamannya. 


Setelah membantu memasak seperiuk nasi, aku menyerahkan tugasan menyediakan lauk nangka tu pada isteri sebab caraku dan caramu berbeza. Hehehe..Sebenarnya selalu jugak aku ngan isteri bergasak tak sama pada cara memasak. Mungkin sebab aku dah biasa dengan cara masakan semenanjung manakala isteri pulak dah biasa dengan cara masakan di Sabah. Cuma masakan tradisional dari Sabah je yang belum sampai ke tekak aku ni walaupun dah berulang kali balik ke sana.

Maka semalam tercatat la sejarah dalam hidup aku ni bila pertama kali aku menjamah nangka yang dimasak menjadi lauk. Dan lebih bersejarah lagi, kalau sebelum ni aku hanya kenal masakan nangka ni kebanyakannya dijadikan gulai tapi semalam aku menikmati 'sup ayam nangka'. Rupanya boleh jugak dijadikan bahan sampingan sup. 


Caranya cukup mudah. Bersihkan dulu nangka muda yang sudah dipotong kecil tu kemudian masukkan ke dalam periuk yang diisikan air bersama sama dengan hirisan halia dan ayam yang dipotong kecil lalu rebuskan sehingga nangka menjadi lembut. Kemudian masukkan serbuk perisa atau garam secukup rasa dan siaplah sup ayam nangka. Untuk menambahkan lagi keenakannya, sediakan perahan limau dan kicap yang dicampur dengan hirisan cili api sebagai cicahan.

Tekstur nangka yang lembut dan manis tu, diselang-selikan dengan rasa pedas, masam dan masin dari perahan kicap limau tu memang menghilangkan rasa kepelikan aku terhadap nangka yang dijadikan menu dalam masakan. Anak aku pun sangat berselera menikmati masakan sup nangka isteri aku tu. Kenapa aku kata pelik ? Sebab dalam minda aku ni, buah nangka tu hanya dimakan apabila sudah masak dari pokok, bukan dimasak di dapur. Nangka tu yang pelik atau aku yang pelik ?



9 comments:

  1. Belum pernah merasai sup Nangka sebelum ini. Baru pertama kali melihat disini.

    ReplyDelete
  2. akubiomed :

    sungguh sama la kita..hehehe..

    pertama kali jugak makan sup nangka..selalu kita dengar gulai lemak nangka dsb..tapi menurut kata isteri, di Sabah jarang masakan menggunakan santan..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...mama pun belum pernah merasanya nangka masak lemak lauk yg dimasak kat semenanjung ni...:)

    ReplyDelete
  4. xpenah lagi merasa resepi macam ni..
    nak kena try juga..
    eheheee

    ReplyDelete
  5. maszull :

    w'salam..

    sy pun baru pertama kali tau + merasa nangka sup ni..

    ReplyDelete
  6. sedapnya...lapar lak tengok pic tue...

    ReplyDelete