08 March 2012

Taat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan kepada rakan rakan pengunjung yang sudi berkunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Kelmarin sewaktu mengunjungi blog Mama Maszull selepas membaca entri berkenaan ganjaran untuk isteri solehah dan meninggalkan komen pada entri tersebut, maka terhasillah entri perkongsian untuk hari ni seperti yang dijanjikan.


Memang benar dan tak dinafikan lagi apabila terjalinnya ikatan pernikahan yang sah antara seorang lelaki dan perempuan yang membawakan gelaran suami dan isteri maka bermulalah dari situ satu corak kehidupan yang baru bagi keduanya.

Apabila seorang bakal suami melafazkan qabul "aku terima nikahnya" tu maka selepas disahkan oleh kedua saksi, tertanggunglah segala tanggungjawab terhadap si isteri yang dinikahinya tu yang mana sebelum tu segalanya ditanggung oleh bapa kepada isteri tersebut bermula dari umur akhil balighnya.


Dan bagi bakal isteri pulak, apabila telah dipersetujui sah oleh kedua orang saksi dalam upacara ijab qabul tu maka bermula juga la ketaatannya kepada suami yang dinikahinya tu.

Taat yang macam mane ? Apa je yang suami suruh kena patuh ke ? Kena jadi macam kerbau dicucuk hidung ke ? Atau seperti taatnya seorang hamba sahaya kepada tuannya ? Rasa macam terbeban ke wahai para para isteri dan bakal bakal isteri ? 

Sebenarnya mudah je untuk menanam ketaatan ni dalam diri bila kita mengetahui tanggungjawab masing masing baik pada suami mahupun isteri. Cuba kita imbas kembali tanggungjawab seorang isteri tu di mana antaranya,
menjaga kehormatan diri terutamanya bila suami tiada di rumah.


Misalnya tak benarkan lelaki yang bukan mahram atau orang yang tidak disukai suami masuk ke dalam rumah, tak bersidai di tepi jalan menyertai mesyuarat tingkap (lebih lebih lagi dengan tidak menutup aurat) dan tidak meninggikan suara sehingga didengari oleh jiran tetangga.

Kemudiannya seorang isteri tu wajib patuh terhadap suruhan suami selagi mana suruhan itu bukan yang maksiat. Dan seorang isteri tu jugak harus sentiasa suka untuk melayan suami samada dari aspek zahiriah mahupun batiniah. 

Seorang isteri jugak harus menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak anak. Tak mengeluh atau buat mogok sebab penat mentadbir rumah dan anak anak. Sentiasa ambil berat tentang penjagaan kebersihan rumah, kesihatan diri dan anak anak.

Begitu jugak dalam menjaga amanah dan harta suami. Seorang isteri wajib bertanggungjawab dalam perkara menjaga amanah dan harta suami. Amanah dan harta yang dimaksudkan tu termasuk la anak anak bersama tu. Tak boleh dibiarkan tanpa jagaan yang betul. Walau sibuk camne pun, tak boleh bersikap lepas tangan dalam penjagaan amanah ni.


Rahsia pergaulan antara suami isteri pun wajib dijaga dengan baik. Jangan sampai terlepas cerita pulak. Kadang kadang tu dah jadi macam ritual pulak terutama bagi yang baru mendirikan rumahtangga pasti ada je soalan soalan berbaur dalam kelambu akan ditanyakan. Jangan sesekali menjawab walaupun dalam nada berjenaka kerana ianya hanyalah rahsia antara suami dan isteri. 

Zaman sekarang ni kebanyakan wanita pun berkerjaya walaupun sudah bersuami. Paling penting untuk selalu diingati, jangan sesekali keluar rumah tanpa izin dari suami walaupun untuk ke tempat kerja. Suami pulak jangan la ngengada tak bagi isteri keluar berkerja pulak kalau isteri tu benar benar jujur berkerja. Dan bila diizinkan pulak untuk keluar, jangan la ada niat nak melencong ke arah tujuan lain tanpa pengetahuan suami. Kalau jadi apa apa kan susah nak jawab.

Dan yang terakhir buat yang bergelar isteri, berhias dirilah hanya untuk tatapan suami sahaja. Diulangi sekali lagi, hanya untuk tatapan suami sahaja. Jangan waktu nak keluar rumah je bercantik cantik dan berwangi wangian tapi kat rumah punya la serabai. Pandai pulak bagi alasan kononnya supaya dilihat oleh orang lain betapa bertuahnya badan si suami mempunyai isteri yang cantik. 


Kalau terjaga perkara perkara tanggungjawab seorang isteri ni, insyaAllah takde masalah dalam menjaga ketaatan terhadap suami. Dan insyaAllah andainya seorang isteri tu betul betul menitikberatkan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atasnya tu, pastinya takde alasan untuk seorang suami menyalahkan isterinya dalam apa jua cara apatah lagi nak berlaku kasar terhadap isteri. 

Entri ni macam nak ditujukan kepada kaum hawa je. Jangan rasa tergugat atau berkecil hati pulak. Bukan ada niat nak memperkecilkan kaum hawa. Entri ni sesuai jugak sebagai panduan bagi para para dan bakal bakal suami. Kaum adam pulak, tunggu je la entri pasal kita kita ye. InsyaAllah.


5 comments:

  1. Kuasa wanita mampu mengegar dunia. Selamat Hari Wanita 2012 yang disambut hari ini.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq..mekacih sbb siap letakkn link blog mama kat n3 ni....

    betul tu taat seorang isteri adalah dengan keredhaan suaminya...sentiasalah berbuat perkara yg menyukai hati suami dan jgn sekali-kali mengingkarinya...

    mudah2an kita semua kaum isteri akan melangkah ke syurga atas ketaatan yg kita berikn pada suami...

    syurga seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suaminya...

    ReplyDelete
  3. selamat hari wanita sedunia.
    teringat pulak cerita seorang kwn yg suka dedahhkan aksi bersama suami kat org lain. gila punya orang!
    btw, entri ni memang bermanfaat. thnx pipoq sbab mengingatkan. :)

    ReplyDelete
  4. Wanita sangat mulia, menjadi tiang rumah tangga yang sangat utama.

    ReplyDelete