12 March 2012

Tutorial blog

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Bersempena cuti sekolah ni, bagi pengguna jalanraya semua diharapkan lebih berhati hati agar tidak terlibat dalam apa kemalangan pun. 


Sehari dua ni kurang jugak aku merayau rayau berkunjung di alam maya melawat laman blog rakan rakan sebab kelihatan seperti masing masing mempunyai komitmen terhadap perkara lain. Namun kunjungan tetap juga diteruskan walau tanpa meninggalkan jejak.

Dalam banyak masa terluang yang ada tu, sambil sambil tu menambahkan ilmu berkenaan blogging dan sebagainya melalui bacaan di laman laman web tertentu. Antara yang menjadi pilihan seperti laman www.allblogtools.com yang menyediakan berbagai tips dan tutorial untuk membangun dan menaik taraf blog sedia ada.


Mudah untuk difahami terutama bagi pengguna pengguna baru yang baru menceburi bidang blogging yang rasa nak mengubahsuai blog sedia ada mengikut citarasa sendiri.

Selain dari tu, laman My Blogger Tricks pun banyak jugak informasi yang boleh dipelajari berkenaan blog dan sebagainya ni. Berbagai pilihan tutorial yang mudah untuk diikuti juga boleh didapati di laman ni.


Apa yang sedikit bagusnya berkenaan laman ni, tuan punya laman My Blogger Tricks ni sentiasa memberikan maklum balas terhadap setiap pertanyaan dari pengunjung yang meninggalkan pertanyaan di bahagian komen. Sekurang kurangnya andai ada sesuatu yang tak kena, takde la persoalan kita tu terbiar tanpa sebarang jawapan macam sesebahagian laman web tutorial yang lain.


6 comments:

  1. Inilah dinamakan ledakkan informasi. Maklumat dihujung jari cuma masalah kesahihan maklumat itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq...wah pas ni boleh la pi lawat laman webnya..:)

    ReplyDelete
  3. skang ni malas nak mencantikkan blog, hanya menambah mana yg perlu..byk komitmen lately..;)

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    Thanks atas info tersebut. Lepas ni boleh try terjah blog2 tu...

    ReplyDelete