01 April 2012

Misteri kucing

Apakah perasaan anda sekiranya kucing peliharaan yang dibelai saban hari rupanya ditunggangi oleh 'sesuatu'. Mungkin juga sesekali kucing anda berkelakuan aneh seperti ada sesuatu yang tak kena. Atau mungkin anda sendiri seperti pernah terlihat bayang kelibat sepintas lalu di dalam rumah yang anda diami bersama kucing kesayangan anda tu.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat semua rakan rakan pengunjung yang mungkin ketika ini sedang bersantai merehatkan badan dan fikiran bagi persediaan untuk menghadapi hari esok. Dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Apa cerita pasal kucing tu sebenarnya ? Apa pun sebagai orang yang beriman maka kita wajib percaya kepada perkara yang ghaib termasuk la akan kewujudan makhluk makhluk halus yang kita gelarkan hantu tu tapi bukan la sampai meletakkan kepercayaan kat hantu pulak.


Sebenarnya dah agak lama jugak aku tak buat ulasan filem YouTube pilihan dalam blog ni. Lagipun selepas ulasan filem yang terakhir dulu tu memang aku dan isteri dah tak tengok  sebab takde lagi filem filem terbaru yang agak menarik untuk ditonton dimuatnaik ke laman YouTube tu. Cuma baru baru ni setelah lama tak melayan filem di YouTube, aku dapati banyak jugak filem filem yang boleh menjadi pilihan untuk tontonan.

Seperti biasa atas dasar pandang ke timur, filem keluaran negara Korea Selatan masih lagi menjadi pilihan dan untuk ulasan pertama tahun ni dimulakan dengan filem berunsur seram yang menjadi pilihan untuk kali ini. Filem lakonan mantap pelakon Park Min-Young sebagai watak utama dalam filem yang diberi tajuk The Cat atau dalam bahasa Koreanya, Goyangyi: Jookeumeul Boneun Doo Gaeui Noon (고양이 : 죽음을 보는 두 개의 눈.)


Unsur keseraman dan unsur kejutan bermula sejak dari awal tayangan lagi. So-Yeon (Park Min-Young) yang berkerja sebagai tukang andam di kedai haiwan peliharaan diminta oleh Joon-Suk (Kim Dong-Wook), seorang anggota polis untuk menjaga seekor kucing milik seorang wanita yang ditemui mati secara misteri di dalam lif bangunan kediamannya. Bermula dari sejak itu, So-Yeon mengalami beberapa kejadian aneh dalam kehidupannya. Kemunculan bayang seorang budak sering menghantui dirinya semenjak dia menjaga kucing tersebut.

Apabila rakan baiknya, Bo-Hee (Shin Da-Eun) menghadapi kematian misteri setelah mengasari seekor kucing diikuti oleh majikan tempat So-Yeon berkerja juga ditemui mati dalam keadaan mengerikan diikuti dengan kemunculan bayang budak misteri tersebut, So-Yeon bertekad untuk menyiasat tentang kisah sebenar disebalik semua kejadian yang berlaku.


Dipenghujung cerita, terselit unsur menyentuh hati apabila misteri kucing dan bayangan budak tu terjawab setelah So-Yeon menemui mayat budak tu di dalam sebuah tangki bilik pendandang bangunan tempat tinggalnya. Cuma jalan cerita pengakhiran tu aku rasa macam ada sikit sikit tiru gaya satu filem seram Jepun yang aku lupa tajuknya. 

Untuk meter keseraman filem ni aku bagi 3/5 manakala meter kejutan aku boleh bagi 4/5 dan untuk meter kepuasan tontonan keseluruhan filem ni aku bagi 4/5 sebab jalan ceritanya menarik dan tidak membosankan ketika menontonnya. 




11 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...wah mcm best je ...:)

    ReplyDelete
  2. Kalau menonton seorang diri boleh meremang bulu roma tengkuk. :-)

    ReplyDelete
  3. salam pipoq,

    kak ati ni bab2 cite hantu ni kecut sikit
    sbb ambil masa nak lupa..baik tak yah tgk..hik3

    ReplyDelete
  4. maszull :

    w'salam..memang best kalau nak dibandingkan dengan filem seram tempatan..hehehe

    ReplyDelete
  5. akubiomed :

    tu dah pasti..kena lak tutup semua lampu..jalan ceritanya pun sukar nak diduga bila akan ada kejutan, tu yang menambah saspen..

    ReplyDelete
  6. Ati Masrif :

    salam kak ati..

    hehehe..insyaAllah akan ada juga review untuk filem yang tak seram..

    ReplyDelete
  7. mcm best je..nak cari kat utube la

    ReplyDelete
  8. baru saja download cerita tu..
    cuma x tengok lagi...
    ehehe

    ReplyDelete
  9. Edy Zaidi :

    cari jangan tak cari..kot kot kucing kat rumah tu ada apa apa jugak..hehehe

    ReplyDelete
  10. mie :

    tengok tengah malam sorang sorang layan jugak owh..

    ReplyDelete