14 April 2012

Panduan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Hidup kita di dunia ni penuh dengan panduan. Andai kata tanpa adanya panduan, maka betapa sukarnya untuk kita menjalani kehidupan sehari hari. Bagi umat Islam khususnya, panduan terutama yang perlu kita ikuti adalah apa yang terkandung di dalam Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Dan berbagai bagai lagi panduan lain yang ada boleh kita rujuki seperti yang ditulis oleh pakar pakar kajian dan sesiapa sahaja yang lebih berpengalaman dari kita sendiri.


Tanpa panduan pastinya kehidupan kita akan menjadi kucar kacir. Tak tahu mana arah hala tuju. Apa saja yang dibuat pastinya seperti tikus membaiki labu. Tanpa panduan juga menjadikan kita ibarat seorang yang buta matanya, pekak telinganya dan bisu mulutnya. Bukan setakat tu je, bahkan tak ada pembantu untuk memudahkan setiap perbuatan kita.

Maka sebab tu la kita sebagai manusia yang dijadikan Allah untuk mentadbir muka bumi ni perlu sentiasa merujuk kepada setiap panduan yang ada bagi menyempurnakan setiap tugasan kita sebagai hambaNya. Kerana tanpa merujuk kepada panduan yang ada, ianya akan menyebabkan kita menzalimi diri kita sendiri bahkan mungkin menyebabkan kita mendapat kemurkaan dari Allah. 



2 comments:

  1. Assalam..
    Panduan itu penting dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa panduan, kihup kita tak terarah dan tiada matlamat.

    ReplyDelete
  2. Panduan menjadi pendoman. Tanpa paduan ibarat orang buta meraba-raba didalam gelap hidup tanpa tujuan.

    ReplyDelete