16 April 2012

Syariat siapa ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan yang sentiasa didoakan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Alhamdulillah kita masih lagi diberikan peluang untuk menikmati segala pemberian Allah di muka bumi ni untuk kesekian kalinya. Namun begitu jangan kita lupa bahawa kematian itu adalah pasti terjadi tak kira sekuat, semuda atau sesihat mana pun kita seperti yang menimpa ke atas pemain bolasepak,  Piermario Morosini yang rebah maut ketika sedang bermain bola akibat serangan jantung.


Ketika menonton rancangan Nona di TV3 petang semalam, aku berasa muak dan jelik pada tayangan segmen fesyen. Disebabkan rancangan Nona tu menjurus untuk kaum wanita, dah tentulah fesyennya juga untuk kaum wanita. Cuma yang terasa menjengkelkan tu apabila pengacaranya membacakan skrip yang aku rasa mencemarkan keindahan Islam tu sendiri.


Bila disebut busana muslimah, pasti kita terbayangkan pemakaian menutup aurat. Seharusnya begitu la. Tapi yang menyakitkan hati tu apabila dilabelkan pemakaian fesyen busana muslimah tu adalah mengikut kehendak syariat Islam. Belum lagi ayat 'berjinak jinak' untuk memakai tudung.

Mereka bukan buta fesyen kerana memang kerjaya mereka adalah sebagai pereka fesyen. Mencipta sesuatu pakaian untuk dipakai oleh mereka mereka yang dahagakan pakaian berfesyen. Namun janganlah sampai buta agama dan menghalalkan cara. Asalkan menutup rambut dikatakan mengikut kehendak syariat.


Syariat siapakah tu ? Syariat Islam atau syariat syaitan ? Apakah mereka yang berkata tentang fesyen berlandaskan kehendak syariat tu benar benar memahami erti sebenar kehendak syariat tu sendiri ? Atau sekadar menjadi penyebar fahaman sesat ke dalam minda kita yang tak berapa nak patuh dengan syariat sedia ada.

Memang menjadi fitrah manusia ni sukakan kepada kecantikan. Bagi yang lelaki memang suka untuk melihat sesuatu yang indah indah. Bagi yang perempuan pulak, suka untuk menjadi yang indah indah. Tiada dosa pada perbuatan keduanya selagi mana mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Islam.


Kaum lelaki tak salah nak menjamu pandangan melihat kecantikan dan keindahan ciptaan Allah yang terdapat pada kaum wanita asalkan yang dipandang dilihat dan ditenung tu isteri yang halal untuknya. 

Kaum wanita pula tak salah untuk berfesyen seperti mana sekalipun walaupun nak bergaya seperti Lady Gaga atau bermekap tebal mengalahkan badut di sarkis asalkan ianya untuk tatapan suami tercinta, bukannya untuk tontonan umum. 

Kalau betul betul nak ikut landasan kehendak syariat, pastikan la jalan yang dipilih tu benar benar mengikut lunas lunas syariat yang ditetapkan dalam Islam. Jangan menyalahgunakan bahasa sehingga merosakkan fahaman. Tak pasti la pulak mungkin ada syariat lain yang membenarkan kaum wanitanya memakai pakaian yang menyerlah warnanya, terbonjol kepalanya dan lain lain lagi gaya yang dikatakan mengikut syariat. 

Surah An Nur, ayat 31
Janganlah kita mudah terikut ikut dengan arus kemodenan yang adakalanya menyesatkan akidah. Dan janganlah kita menjadi mudah terperdaya sehingga menyebabkan kita percuma mendapat dosa. Sama samalah kita membersihkan diri dari segala dosa dan kemungkaran, mudah mudahan kehidupan kita di dunia ni akan dirahmati Allah.






15 comments:

  1. wow!!
    berwajah baru...
    sekarang ni tudung hanyalah sebuah fesyen..

    ReplyDelete
  2. lama dah xtgk nona huhu..
    letih nak belit2 bila lihat fesyen tudung sekarang ni hihi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...wah dah berwajah baru blog ni yer...nice...:)

    ReplyDelete
  4. mie :

    asyik dalam kegelapan je..hehehe

    fesyen bersyariat kononnya..rosak dah umat sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. qemaishak :

    tapi tu jugak la yang jadi pilihan ramai..cuma tersilap fahaman je..

    bertudung kerana fesyen..

    ReplyDelete
  6. maszull :

    w'salam..

    nak bagi mesra mata sikit ngan wajah baru ni..

    ReplyDelete
  7. tersenyum sendiri bila baca entri ni...

    itu juga la yang ayah saya bisingkan bila tgk segment Nona :)

    nyata la si pereka dan si pemakain masih belum faham apa yg dikatakan menutup aurat.. :)

    p/s: wah..smart la blog En Pipoq.. :)

    ReplyDelete
  8. nabilah_2908 :

    yg tak patut tu dikatakan fesyen yang mengikut syariat..bikin panas je..

    ReplyDelete
  9. Saya mengharap wanita diluar sana membuat transfomasi bertudung adalah kerana syariat agama.

    ReplyDelete
  10. akubiomed :

    berfesyen kalau tak keterlaluan tak salah, cuma jangan menyalahi syariat je..

    ReplyDelete
  11. betul tu, mungkin ramai yg terlepas pandang. kalau terlepas pandang bolehlah betul2kan.

    ReplyDelete
  12. Denaihati :

    hampir setiap minggu jugak bila segmen fesyen kat rancangan nona tu asyik dok cakap fesyen ikut syariat islam..geram je dengornya..

    ReplyDelete